Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin

57 3 3
                                    

"Dilahirkan...tak ada,kuasa?.."

Pada haritu,aku tak boleh nak terima hakikat...yang aku tak ada kuasa.

Yuzuki Taiga,seorang pelajar sekolah rendah biasa.Antara rakan-rakannya,cuma Yuzuki yang tidak memiliki sebarang ciri khas atau kuasa.Itu membuatkan Yuzuki selalu dibuli dan dipandang rendah oleh rakan sekelasnya.

"Oi Taiga,tolong belikan kitorang makanan lagi ye."

"T-tapi..aku ada.."

"Huh..jadi kau nak bantah ye."

Jinn Ogawa,rakan sekelas Taiga yang selalu menjadikan Taiga sebagai sasaran untuk dibuli.
Jinn sering ugut Taiga dengan tangan batunya untuk menakutkan Taiga.

"B-baiklah, saya pergi beli.."

"Tak guna...."

Yuzuki bermonolog dalam hati.

______________________________________

(Beberapa bulan kemudian)

"Senarai nama cikgu dah letak dekat papan kenyataan sekolah,kamu semua boleh lah tengok sekolah mana yang akan kamu masuk nanti."

Semua pelajar kelas tersebut mendekati papan kenyataan dengan perasaan teruja.Mereka kelihatan gembira kerana dapat ke sekolah tinggi yang mereka idamkan.Akan tetapi..

"Cikgu.."

Suasana menjadi senyap seketika.

"Ada apa,Yuzuki?"

"Kenapa,nama saya... tak ada?"

Pelajar-pelajar yang lain terkejut mendengar kata-kata Yuzuki.Belum sempat gurunya memberi respons terhadap pertanyaan Yuzuki,Jinn sudah mencelah.

"Tengoklah ni,si pendek Taiga tak dapat pergi ke mana-mana sekolah tinggi."

Rakan-rakan Jinn juga mentertawakannya.

"Nampaknya dia terpaksa lah bersekolah dekat sekolah menengah biasa."

"Dia dah boleh lupakan impian dia nak jadi wira..lagi pun,dia bukannya ada kuasa pun."

Kata-kata yang dilemparkan oleh beberapa rakan Jinn membuatkan Yuzuki berasa kecewa.Tambahan pula dengan dirinya yang tidak memiliki kuasa,Yuzuki sudah mula berputus asa dengan impiannya.

_____________________________________

(4 tahun sebelum)

"Ibu,saya akan buktikan,yang saya akan jadi wira terhebat!"

Ibu Yuzuki senyum sahaja.

Alangkah baiknya kalau benda ni tak terjadi.

"Saya dah periksa anak puan.Taiga tergolong dalam golongan 'Nomad'.Dilahirkan dengan tiada sebarang kuasa.Maafkan saya."

Malam tu,aku langsung tak keluar bilik.Masa tu,aku tak terima yang hakikatnya aku tak ada sebarang kuasa sejak lahir.

______________________________________

"Yuzuki Taiga,kamu telah terpilih untuk sertai Akademi Tinggi Sea Haberd.Walaupun markah ujian fizikal kamu paling rendah,tetapi markah lisan kamu yang paling tinggi.Jadi pihak pengurus sekolah ini dan pengetua Akademi Sea Haberd telah ambil keputusan untuk hantar kamu ke sana sebagai pelajar bidang kursus wira."

Semua pelajar kelas terkejut termasuklah Jinn.

"S-Sea Haberd??."

Jinn tergamam.

"Wahh!!"

"Kau memang hebat Taiga!!"

"Walaupun tak berapa perform,tapi dapat masuk akademi tu dah macam satu anugerah!"

Rakan-rakan sekelasnya meraikan Yuzuki yang berjaya masuk ke Akademi Sea Haberd,sekolah berprestij tinggi di tengah-tengah bandar Tokyo dimana kebanyakkan wira 'terlahir' di sana.Jinn pula duduk ditempatnya dengan rasa tidak puas hati.

"Kenapa? Si nerda tu boleh masuk ke Akademi tu?"

2 bulan kemudian,tiba lah masa untuk aku melapor diri di Akademi Sea Haberd.Pada mulanya,aku tak memiliki kuasa,tapi..

"Cahaya apa tu?"

Sebuah cahaya seperti nyalaan api terpancar di dalam bilik Yuzuki lalu masuk ke dalam badannya.Pada mulanya dia tidak faham apa yang berlaku sehinggalah dia sedar,bahawa cahaya tersebut secara ajaibnya memberi Yuzuki kekuatan yang luar biasa.Keesokkan harinya,ayahnya yang merupakan seorang wira professional ditemui tidak sedarkan diri di stesen kereta api dimana berlakunya perlawanan ayah Yuzuki dan penjahat.

(1 Januari 2017)

"Sila beri nama,ciri-ciri kuasa kamu dan kursus yang kamu ambil."

"Saya,Taiga Yuzuki.Kuasa saya,jenis kekuatan super..saya nak masuk kursus wira."

"Kamu anak Jet-Back Hero:Robin ye.saya tumpang simpati,semoga ayah kamu cepat sembuh.Baik sila ikut lorong tu dan kamu akan jumpa kelas kamu."

"Baik.Terima kasih!"

Yuzuki terus berjalan menuju ke kelas barunya.

Inilah langkah pertama aku, untuk menjadi wira terhebat!

..

..

"Ayah percaya,kamu dapat gunakan kuasa yang ayah turunkan kepada kamu dengan baik,Yuzuki."

Bersambung*

Sorry sebab pendek je..ni pun percubaan pertama.Insyaallah author akan make effort dengan book ni.Ini just prologue je tau.
and another book pun( flaming wind)author tgh usahakan so stay tune.!!(・∀・)

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now