Chapter 8:The Seventh Seat

19 2 2
                                    

(8:30 PM)

"Kenapa dengan kau balik lambat sangat dengan luka-luka ni??"

Fumiya menyoal Naoh.Semua orang dalam dorm tersebut memandang Naoh dengan agak risau.

"Hehe sorry tadi ada cedera sikit masa latihan.Jangan risau aku okay je."

Naoh menggosok belakang kepalanya lalu pergi ke bilik mandi.
Mereka semua kelihatan sedang buat kerja masing-masing.Yuzuki,Ryuki, Hachiro serta Fumiya sedang berseronok bermain kad permainan 'UNO'.
Pelajar perempuan pula,Miyuki dan Matsumi sedang menonton drama di laptop di meja makan.Manakala Asuna pula membuat kerja rumah.Ayame pula sedang membelek majalah tentang makanan.
Tidak lama kemudian,penggera pintu berbunyi.

"Siapa yang kalah kenalah buka pintu."

Fumiya sempat mengusik Yuzuki.Yuzuki menunjukkan riak wajah tidak berpuas hati.

"Nasib je tu...tunggu lah nanti."

Yuzuki membuka pintu lalu terkejut.Seniornya,Nana datang melawat mereka.Rakan-rakan yang bersama Daichi tempoh hari juga datang bersama.

"Hai Yuu-Chan!!"

"Perempuan pelik ni lagi.

Yuzuki bermonolog dalam hatinya.Walaupun menjengkelkan,dia pura-pura mengikuti sahaja 'permainan' Nana itu.

"Hehe Cik Hatsume rupanya.Korang yang.."

"Panggil Hanzo je.Yang ni pulak Eitaro."

Hanzo memperkenalkan dirinya buat kali kedua.

"Eitaro memang kenal lah."

Hanzo dan Nana terkejut melihat reaksi Yuzuki dan Eitaro.

"Macam mana kau kenal?"

Nana menyoal Yuzuki.

"Dia jiran aku."

Yuzuki dengan perasaan seolah-olah berputus asa dengan hidupnya menjawab.

"Apa kena reaksi kau tu hah!?"

Eitaro memarahi Yuzuki.Mereka yang berada didalam juga bermonolog dalam hati tentang perkara yang sama.

"Dia memang dah dikelilingi orang pelik sejak lahir ke?"

"Oh ye..katanya calon kedudukan kesepuluh baru je terima kedudukannya.Apa entah nama dia..mana dia tak nampak pun?"

Nana meninjau-ninjau kedalam dorm mereka.

"Oh Naoh ke? Dia baru je balik tadi.Dia tengah uruskan diri dia."

Hachiro memberi penjelasan.

"Oh ye kenapa korang datang?Ada apa-apa ke?"

Yuzuki menyoal mereka bertiga.Hanzo lalu membalas soalan Yuzuki.

"Alang-alang ada yang masuk Regimen,kitorang pun nak berkenalan jugak.Lagipun nak bagi sikit pesanan dari Daichi.Dia tak dapat join sekali datang sini sebab ada kerja sikit."

"Ohh..eh masuklah.Bersembang dekat dalam."

Yuzuki mendengar kata-kata Hanzo lalu memperlawa mereka bertiga untuk masuk ke dalam Dorm.Ayame berhenti membelek majalahnya lalu pergi ke dapur menyiapkan beberapa cawan teh.
Naoh yang baru sahaja selesai mandi masuk ke dalam biliknya untuk bersiap.

"Saya masih belum cukup kuat lagi...matlamat saya masih lagi jauh,ibu."

Naoh duduk bersandar di dinding.Air matanya mula mengalir.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now