Chapter 17: Bonds

10 2 1
                                    

[Rumah penginapan Kyoto]

"Hey Yuzuki.Dalam banyak-banyak pelajar yang kau kenal,siapa yang kau rasa paling kau takutkan kalau dalam pertempuran arena tu nanti?"

Soal Fumiya.

"Paling aku takut?"

Soal Yuzuki.Fumiya lalu mengangguk.

"Hurm...Takdelah nak kata takut tapi kalau kau tanya aku siapa yang aku kena elakkan diri dari lawan,aku rasa Hachi lah."

Balas Yuzuki.

"Hachiro?"

"Kuasa mata dia tu satu-satunya ancaman.Sebab tu aku kalau boleh nak elakkan diri dari lawan dia.Pertempur jarak dekat macam kita bukan lawan dia."

Balas Yuzuki.

______________________________________

"Jadi Ryuki lah lawan aku..."

Kata Fumiya kepada Hachiro.

"Haih nak buat macam mana lagi.Jom buat yang terbaik.Ryuki mesti takkan bagi muka punyalah."

Balas Hachiro sambil memberi 'fist bump' kepada Fumiya.Fumiya lalu tersenyum sebelum membalas 'fist bump' tersebut.

Sementara itu,Matsumi langsung tidak bersuara.Hal ini membuatkan Yuzuki dan Asuna mendekatinya.

"Hey..Kau okay tak?"

Soal Asuna.

"Hmm..entahlah."

Balas Matsumi.

"Giliran kau lepas ni.Apa yang aku boleh cakap..Buat yang terbaik."

Kata Yuzuki dengan niat ingin mencuba untuk memujuk Matsumi.Matsumi memandangnya lalu mengukir senyuman dengan niat ingin melupakan sahaja perkara yang sudah berlalu.Fumiya hanya memandang mereka.

______________________________________

[5 Hari lepas]

"Yuzuki,masa pengebumian ayah kau dulu,itu ke rumah keluarga Taiga?"

Soal Fumiya.

"Taklah,tu cuma rumah kitorang sekeluarga.Bukan rumah keluarga utama."

Balas Yuzuki.

"Keluarga utama?"

Soal Fumiya sambil berasa keliru.

"Rumah keluarga utama Taiga lagi besar dari rumah ni.Ramai ahli keluarga Taiga yang lain tinggal dekat sana.Boleh kata Rumah Agam lebih kurang."

Fumiya terkejut beruk selepas mendengar penjelasan Yuzuki.

"Mesti ramai lagikan selain kau dengan Asuna."

Kata Hachiro.

"Nanti kalau ada masa,aku bawak korang melawat sekali.Estet Taiga besar jadi ada beberapa bilik untuk tetamu."

Balas Yuzuki.

"Pergi masa cuti musim panas pun boleh jugak.."

Hachiro memberikan cadangan.

"Elok jugak tu.Estet Taiga pun dekat-dekat dengan air terjun.Lagipun musim panas memang semua ahli keluarga berkumpul.Ada tetamu lagi meriah."

Balas Yuzuki dengan perasaan teruja.

"Ehh masa pengebumian tu,semua ahli keluarga ada datang kan? Ayah dengan Ibu Asuna pun ada sekali ke?"

Yuzuki tersentak lalu terdiam setelah mendengar soalan Fumiya.Hachiro menunjukkan riak serius sambil mengelengkan kepala kepada Fumiya.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now