Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu

11 2 4
                                    

*Notes:semua karakter yg author guna tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Cerita ini hanya lah rekaan semata-mata.Semua visual/imej yang digunakan diambil dari Pinterest dan bertujuan sebagai ilustrasi.*

______________________________________

Di awal cuti penggal pertama,sebelum peperiksaan bermula.Kebanyakkan pelajar pulang ke kediaman masing-masing untuk mengulang-kaji.

Akan tetapi,penghuni Dorm Grace ambil keputusan untuk tinggal di Dorm Sekolah kecuali Naoh dan Miyuki.

Jam menunjukkan pukul 9 malam.Matsumi,Asuna,Hachiro,Ryuki dan Fumiya sedang duduk dihadapan Televisyen.Ayame berada di dapur manakala Yuzuki sedang mandi oleh kerana baru sahaja pulang dari latihan fizikalnya sempena Hari festival sukan yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Pukul 11 malam nanti ada rancangan seram dekat TV."

Kata Hachiro sambil membaca surat khabar tentang rancangan di saluran televisyen Jepun.

Disitulah,munculnya idea di dalam minda Fumiya.

"Weh,korang tau tak? Akademi ni ada kisah tersendiri tauuu~"

Kata Fumiya.

"Kau biar betul??"

Soal Asuna.

"Tak heran lah.Sekolah ni pun dah berapa tahun.Memandangkan kita pun pelajar generasi ke 92."

Balas Hachiro.

"Aku pernah dengar.Sekolah Tinggi Akademi Shinjyu juga terkenal dengan kisah-kisah misteri.Semuanya dari pelajar-pelajar yang pernah bersekolah dekat sini.Ada jugak kisah dari guru-guru dan semua khabar angin tu berkait rapat sampailah wujudnya,Tujuh Kisah Misteri Di Shinjyu."

Kata Ayame setelah mendengar perbualan mereka.
Suasana menjadi suram seketika.

"Macam mana kau tahu??"

Soal Hachiro.

"Aku kan dalam badan majlis pelajar,aku tahu lahh."

Balas Ayame.

"Apa kata kita kumpul balik dekat sini pukul 11:50.Kita dengar kisah seram masing-masing.Aku pergi ajak Yuzuki sekali nanti."

Fumiya memberikan cadangan.Mereka lalu bersetuju lalu bersurai.Mereka semua menyibukkan diri dengan melakukan kerja rutin sehinggalah hampir larut malam.

Mereka semua berkumpul di meja makan.Ryuki menyalakan lilin dengan kuasa api nya.Lampu pun lalu ditutup.

"Mana Yuzuki??"

Soal Ayame.

"Haihh itulah.."

Keluh Fumiya.

______________________________________

"Jom lah Yuzuki...Mesti seronok nanti."

Kata Fumiya ingin mengajak Yuzuki.Namun Yuzuki menolak.

"Taknak lah...karut je lah.Tak wujud pun semua tu.Tu semua cerita rekaan untuk takutkan junior yang selalu berjaga sampai lewat malam.Baik aku tido."

Yuzuki lalu menutup pintu biliknya.

______________________________________

"Macam tulah ceritanya..."

Kata Fumiya.

"Haihh..takpelah.Biarlah dia tidur."

Balas Ayame.

Setelah duduk di tempat mereka.Maka cerita seram pun bermula.

"Rasa seram sejuk tiba-tiba pulak bila duduk macam ni dalam gelap."

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now