Chapter 2:A Will and The Truth

27 2 2
                                    

"Ergh.. dekat..mana ni?"

Yuzuki memandang sekeliling namun tiada sesiapa kecuali dia seorang.

"Dia dah bangkitkan semula Pyro-force?"

"Adakah pemuda ni jelmaan semula 'orang tu'?

"Tak salah lagi,memang dia."

Pelbagai suara misteri kedengaran di sekitar bilik menyebabkan Yuzuki mengalami sakit kepala.Suara-suara tersebut ibarat berlegar-legar dalam kepalanya.

"Pergi....PERGIII!!"

Yuzuki tersedar dari lenanya.

"Dah bangun ye?"

Yuzuki menoleh kearah suara yang baru sahaja menegurnya.Ternyata pemilik suara tersebut ialah seorang pelajar senior.

"Apa?..dekat mana ni?"

Yuzuki masih keliru dengan keadaan tangan dan kakinya yang berbalut serta kesan calar-balar di mukanya.

"Kau cuba untuk pergi selamatkan seseorang masa letupan makmal terjadi.Tindakan berani,tak sayang nyawa ke?"

Lantas itu,Yuzuki terimbas kembali apa yang berlaku.

"Lelaki tu..dia pelajar sekolah ni! senior sekolah.."

"Kami tahu."

Belum sempat Yuzuki menghabiskan ayatnya,lelaki tersebut sudah menjawab.

"Kau sekarang dekat bilik rawatan.Kau dah ada dekat sini sejak petang tadi."

Lelaki tersebut menjelaskan apa yang berlaku.Yuzuki terkejut.

"Sekarang kau dah sedar..nampaknya aku dah boleh balik."

"Siapa kau?"

Keadaan menjadi senyap seketika.

"Cuma pelajar tahun kedua."

Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut pelajar lelaki tersebut sebelum meninggalkan bilik Yuzuki.Tak lama kemudian,seorang pelajar perempuan masuk ke dalam biliknya.

"Kau dah sedar?...lepas minum ubat ni kau dah boleh balik,lagipun dah malam ni."

Yuzuki masih keliru dengan keadaannya.Juga tertanya-tanya siapa yang menjaganya semasa dia tidak sedarkan dirinya.

"Oh ye..nama aku Nana Hatsume,pelajar tahun kedua kelas 2D..yang tadi tu pulak Daichi Hajime.Pelajar tahun kedua..kelas 2K."

"Senior..oh,saya Yuzuki...Taiga Yuzuki.Sila beri tunjuk ajar!"

Nana memeriksa kecederaan Yuzuki.Dia juga menutup kesan-kesan luka dengan pembalut luka.

"Baik,dah takde masalah..kau dah boleh balik."

"Maaf sebab menyusahkan.Terima kasih banyak-banyak."

Yuzuki terus menyarung baju yang disediakan dan beredar.

_____________________________________

Keesokkan harinya,Keadaan di kelas 1A agak riuh oleh kerana pelajar-pelajar khusyuk bercerita tentang kejadian yang berlaku tempoh hari.

"Kenapa bising sangat ni?"

Baru selangkah ingin masuk ke kelasnya,kelas menjadi sunyi seketika sebelum kebanyakkan dari mereka pergi ke arah Yuzuki.

"Ehh ehh kenapa pulak ni??"

Yuzuki gemuruh oleh kerana rakan sekelasnya mendekatinya walaupun baru sahaja berkenalan.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now