Chapter 24:Yuzuki vs Musashi

12 2 4
                                    

Pusingan pertama bagi Pertempuran Arena separuh akhir telahpun tamat dengan kemenangan di tangan pasukan Yuzuki dan Musashi.Hanzo yang telah melanggar undang-undang pertandingan telah menyebabkan dirinya dan Ryuki disingkirkan dari pertandingan.Akhirnya,Yuzuki dan Musashi dapat mencapai kesefahaman melalui pertempuran ni.Namun,pertandingan masih belum berakhir,masih ada lagi pertempuran yang menanti mereka.Pertempuran yang sudah lama dijanjikan.

Hanzo dibawa oleh dua orang pelajar senior yang bertugas pada ketika itu.Mereka merupakan ahli Regimen.Sambil berjalan,dia terserempak dengan Inasa yang menunggunya di koridor.

"Aku macam dah tahu apa yang kau nak cakap.Teruskan."

Kata Hanzo.

Inasa tidak berkata apa-apa lalu mendekatinya.

"Gelaran kau akan dikekalkan—tak,pangkat kau akan dinaikkan.Kau dinaikkan pangkat sebagai Kapten Division 1."

Hanzo terkejut setelah mendengar kata-kata Inasa.Dia seperti tidak percaya akan perkara yang baru sahaja dia dengar.

"Betul ke??"

Kata Hanzo.Dia kelihatan teruja.Sinar harapan ingin ke kedudukan teratas masih lagi jelas dalam mindanya.Namun impian tersebut hanyalah sekadar angan-angan sahaja.

"Jangan seronok sangat.Aku takkan biarkan Regimen dicemari oleh tangan kotor kau."

Kata Inasa sambil merenung rapat kearah mata Hanzo.Tindakan Inasa tersebut membuatkan Hanzo gemuruh.Inasa lalu berjalan pergi.

"Orang yang akan jadi Eksekutif Regimen adalah, Yuzuki Taiga."

Kata Inasa sambil berjalan meninggalkan Hanzo.Hanzo terkejut setelah mengetahui bahawa junior nya sendiri menjadi Eksekutif Regimen.Pangkat yang lebih tinggi darinya.Hanzo mula berasa geram dan marah.

Rakan-rakan Yuzuki datang ke bilik rawatan untuk menjenguk dirinya dan Ryuki.Oleh kerana mereka mengalami kecederaan ringan,maka Ryuki dan Yuzuki dibenarkan untuk keluar.

"Banyak lagi masa ni...apa kata kita tengok apa yang ada dekat dataran."

Kata Fumiya.Mereka lalu bersetuju dan berpecah.Ada yang memasuki rumah hantu,ada yang menikmati sample makanan,ada juga yang bermain permainan yang ada di dataran.

Yuzuki,Asuna,Hachiro,Emiko,Fumiya dan Matsumi berada di rumah hantu hasil dari pelajar tahun ketiga kelas A.

"Weh...mana jalan keluar ni?..."

Soal Yuzuki sambil berasa resah.Kelakuan Yuzuki tersebut menyebabkan Asuna ingin mengusiknya.

"Ehehe..takut la tuu~"

Balas Asuna dengan nada mengusik.Yuzuki lalu berasa geram.

"Mana ada lah!"

Tiba-tiba,sebuah kepala manusia palsu jatuh dihadapan mereka.

"FUUUUUUU***!!!!"

Jerit Yuzuki.Lebih mengejutkan apabila Yuzuki yang secara tiba-tiba menjerit dengan kuat menyebabkan mereka yang lain berasa takut.

"Oi jangan menjerit lahh!"

Balas Asuna.

Emiko yang terkejut dan takut berpaut pada lengan Hachiro tanpa sedar.

"Erm..Cik Emiko.."

Kata Hachiro sambil berasa segan.

Emiko yang memandangnya terus berasa malu setelah menyedari akan tindakannya.Wajah mereka kelihatan kemerahan.

"Tolong lah jangan seksa aku begini~"

Kata Fumiya terduduk sambil menutup mata dan kedua-dua belah telinganya.Yuzuki juga turut serta melakukan perkara yang sama.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now