Chapter 9:To Kyoto Trip!

16 2 2
                                    

Beberapa hari sebelum Kem latihan di Kyoto diadakan...

Daichi keluar dari pintu masuk hospital sambil membawa ubat-ubatan dalam sebuah beg plastik.Sedang dia berjalan,Daichi terserempak dengan dua susuk tubuh yang amat dikenalinya.Mereka adalah Inasa dan Neito.

"Nasib baik kau tak lupa buat pemeriksaan doktor."Kata salah seorang dari mereka dengan niat ingin menyapa.

"Inasa...Suguru pun ada?"Balas Daichi.

"Untuk Kem latihan Kyoto.Disebabkan kem ni dibawah Regimen,Aizawa dan Ryoga jugak akan ikut sekali."
Neito meneruskan perbualan dengan memberi sedikit info tentang kem latihan di Kyoto yang akan datang.Daichi hanya mengangguk tanda bersetuju.

"Kau tau kan tujuan sebenar kem latihan ni diadakan?"
Inasa menujukan soalan sambil memandang Daichi dengan riak wajah yang serius.

"Dah tentulah."Daichi membalas soalan serius yang diajukan oleh Kedudukan pertama itu.Lelaki yang dikatakan pelajar paling terbaik dan teratas.Mendapat julukan 'Kesatria Musim Sejuk' setelah lelaki tersebut menunjukkan kuasa serta kebolehannya.

Daichi terus beredar.Tatkala mereka sedang serius,Neito terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apa yang dibualkan oleh mereka.

"Sesuatu yang besar bakal berlaku."Daichi bermonolog sendiri dalam hatinya.Riak wajahnya kelihatan resah memikirkan tentang sesuatu akan berlaku setelah menyaksikan kematian seorang prajurit terhebat juga mentornya,Hizashi Taiga.

______________________________________

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.Hachiro dan Ryuki sudah pun bersedia membawa beg pakaian mereka menunggu di hadapan pintu  Dorm.Yuzuki dan Fumiya pula masih kelam-kabut menguruskan diri.

"Ini semua salah kau! Kenapa tak kejutkan !?"
Fumiya membebel disebelah Yuzuki sambil mereka menggosok gigi.

"Salah aku ye!? Aku ingat lagi semalam siapa yang ajak tengok filem sampai pukul 2 pagi."
Yuzuki membalas kata-kata Fumiya.Maka mereka berdua mula bertikam lidah.Keadaan di bilik mandi lelaki riuh ketika itu.Suara mereka bertengkar juga dapat didengari sehingga ruang tamu.

"Apa nak jadilah.."Keluh Ryuki sambil menampar dahinya.Hachiro pula hanya tersengih sahaja.
Selepas bersiap,mereka berdua terus bersarapan.

"Nah-nah minum air ni dulu nanti tercekik pulak."
Ayame menghulurkan 2 gelas air kepada mereka.Lantas sahaja mereka berdua meneguknya.
Selepas habis bersarapan,mereka terus mencapai beg mereka dan pergi ke pintu dorm.

"Selamat jalan!"
Kedengaran suara Asuna mengucapkan selamat jalan sambil  melambai-lambai tangan kepada mereka.Mereka berempat lalu membalas lambaian tangan Asuna.

Tidak lama kemudian,sebuah kereta berhenti di hadapan Dorm Grace.Pemandu kereta Toyota Fortuner berwarna hitam tersebut keluar dan memberitahu bahawa dia diarah oleh pihak sekolah untuk menghantar mereka berempat ke lapangan terbang Narita.
Mereka berempat akur dan mengikuti sahaja.Setelah meletakkan beg ke dalam boot kereta,mereka langsung bertolak.

"Sunyi la akhirnya dorm ni.Cuma Naoh je yang tak pergi kan?"
Ayame bertanya sambil menarik nafas lega.

"Rasanya Naoh takkan balik ke dorm buat sementara waktu.Dia ada cakap haritu tak silap."
Asuna membalas soalan Ayame.

______________________________________

*flashback

2 hari sebelum Lawatan ke Kyoto.

Selepas pulang dari latihan biasa oleh 'Big Five' yang diadakan untuk menguji Naoh,Matsumi dan Miyuki datang membawa kit kecemasan bagi merawat kecederaannya.Walaupun kecederaan di bahagian sendi otot serta luka-luka kecil,mereka tetap mengambil berat terhadap rakan mereka yang cedera.
Semasa sedang membantu Matsumi menutup luka-luka di bahagian tangan Naoh,Miyuki teringat kembali tentang Kem latihan yang disertai Yuzuki,Hachiro,Ryuki dan Fumiya di Kyoto.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now