Chapter 3:The Protector

29 2 2
                                    

"Biar betul.Sistem sekolah ni melampau betul..tapi,dia nampak betul-betul tenang je terangkan pasal tu."

"Pfft.."

Secara tiba-tiba,mereka semua memandang Ayame.

"HAHAHAHAHA,korang percaya dengan apa yang Hajime cakap tu!? Tengoklah muka korang..HAHAHAHA."

Ayame tidak berhenti ketawa.

"Woi buat kitorang takut jelah."

Matsume memarahi Ayame.

Selepas keadaan reda(lepas Ayame berhenti gelak sebab dia ni jenis yang senang terhibur jugak)...Ayame menerangkan apa yang berlaku.

"Takkan lah ada peraturan yang tak masuk akal macam tu..tapi,walaupun dia cuma mengusik..sebab tindakan kau semalam,kau boleh dibuang sekolah."

Keadaan mula kembali serius.

"Jadi betul lah apa yang dia cakap tu."

Yuzuki mula tidak senang duduk.

"Senang cerita aku bagitau apa yang betul dari semua 'penipuan' dia.Sebahagian besar dari apa yang dia cakap tu betul dan tak tipu, termasuklah Badan Persatuan Kadet Polis dan Lima pelajar senior tahun terakhir yang digelar 5 yang terkuat, Big Five.Selain yang tu,cikgu-cikgu dengan unit disiplin mungkin dah tahu pasal ni."

Yuzuki berasa susah hati.Mengenangkan impiannya memasuki sekolah tinggi berprestij tinggi dengan harapan ingin menjadi wira terhebat mungkin akan hancur.

Mereka semua bersurai dan pulang ke rumah dengan penuh kerisauan oleh kerana rakan mereka berkemungkinan akan dibuang sekolah lebih-lebih lagi Yuzuki.Malam itu,dia langsung tidak dapat tidur.

______________________________________

3.30 PM|SELASA

"Semalam aku langsung tak dapat tidur.Kenapalah harini mesti ada latihan rumah sukan."

Yuzuki bermonolog dalam hatinya sambil mengeluh.

"Hai..boleh aku duduk."

Yuzuki menoleh kearah suara yang menyapanya.Seorang pelajar lelaki sebaya Yuzuki memandangnya sambil memegang raket badminton.

"Oh..duduklah."

"Nama aku Fumiya,Fumiya Izanami."

Pelajar tersebut memperkenalkan dirinya.

"Izanami huh?"

Secara tiba-tiba,dia teringat akan sesuatu dengan nama tersebut.

"Nishiyo Izanami!? Kau ni.."

"Ohh,Nishiyo tu ayah aku."

Yuzuki bangun dari tempat duduknya sambil terkejut memandang kearah Fumiya.

"Kau..anak saintis terkenal tu!?"

Fumiya tersenyum melihat gelagat Yuzuki.

"Betul la tu."

"Wahhh..nama aku Yuzuki Taiga...Panggil je Yuzuki...Macam mana dengan ayah kau? ..dia tengah buat apa?... boleh aku jumpa dia ke?"

Pelbagai soalan yang ditanya oleh Yuzuki menyebabkan Fumiya mengeluh.

Fumiya Izanami,merupakan anak bongsu keluarga Izanami.Bapanya,Nishiyo,merupakan seorang Saintis terkenal dalam bidang kimia,biologi dan fizik.Bapanya sering mengkaji secara mendalam tentang fungsi kekuatan luar biasa serta ciri-ciri khas yang telah wujud dalam badan manusia sejak berabad lamanya.Disebabkan kejayaannya,Nishiyo berjaya mendirikan bangunan makmalnya sendiri,Izanami Laboratory Research Facility,terletak di Bandar Hiroshima,Daerah Chūgoku.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now