Chapter 20: Metamorphosis

10 1 2
                                    

Pintu di bilik VIP tiba-tiba terbuka.Daichi,Inasa dan Neito menoleh kebelakang lalu terkejut.

"T—Tuan!?"

Kata Daichi.

Yoichiro masuk sambil diiringi oleh seorang pembantunya.Beliau lalu duduk di sofa menghala kearah pemandangan gelanggang di bawah.

"Gelanggang dah pun dibaik pulih,sekarang giliran pemuda Fudo."

Kata Yoichiro sambil menyalakan rokok paipnya.

"Kedudukan kesepuluh,Naoh Fudo.Dia mungkin masih belum 'matang' lagi untuk berdepan dengan 'dia'."

Balas Daichi.Pada ketika itu,Naoh dan Hanzo sudah mula berjalan kearah tengah gelanggang.Yoichiro hanya tersengih setelah mendengar kata-kata Daichi.

"Anak muda,dalam pertarungan...apa sahaja keajaiban boleh berlaku."

Balas Yoichiro.

Ketika itu, pertempuran antara Naoh dan Hanzo langsung bermula.

"Cuba elak ni budak!"

Kuasa serta kekuatan Hanzo seakan-akan Naoh sedang menentang Ahli Shinjyu Elit Sepuluh yang berpengalaman.

Hanzo Kagemori menggunakan teknik tenaga,membolehkan dirinya menyalurkan tenaga ke setiap bahagian dalam badannya.Hampir serupa dengan kuasa milik Yuzuki,Fumiya dan Aizawa.Hanzo juga mempunyai kebolehan dalam meniru pergerakan hanya dengan sekali pandang.Beliau juga terkenal dengan taktik dan helah kotornya yang berjaya digunakan menentang pihak lawannya.

"Mati lah!"

Serangan bertubi-tubi dikeluarkan oleh Hanzo.Tidak sampai 5 minit, pertempuran terus menjadi sengit.

Naoh kelihatan dalam keadaan kesulitan.Walaupun berjaya mengelak serangannya,namun Hanzo yang dapat membaca gerakan Naoh membuatkan dirinya sukar untuk menyerang balas.

"Dia bukan je dapat meniru gaya pergerakan orang lain,tapi dia pun boleh baca segala gerakan yang dibuat.Bahaya,ni kali pertama aku jumpa orang macam ni.Nampaknya aku dah pandang rendah dengan dia.Dia....."

Monolog Naoh.

Tumbukan Hanzo menuju laju kearah Naoh.Naoh sempat menghalangnya dengan kedua-dua belah lengannya.Impak dari serangan tersebut membuatkan Naoh terjatuh ke lantai gelanggang.

Hanzo berdiri di hadapannya sambil senyum sinis.

"Bukan je..Ahli Shinjyu Elit Sepuluh, dengan kebolehan yang dia ada...dia boleh jadi salah seorang 5 teratas!"

Monolog Naoh sambil memandang kearah Hanzo.

"Patutlah kau nak sangat jadi yang teratas di Shinjyu."

Hanzo tidak berhenti menyerang sambil tersenyum lebar.Pergerakkan Naoh pula semakin perlahan mengelak segala serangan yang dilemparkan oleh Hanzo.Pada saat itu,dia sedar bahawa Hanzo seorang yang tidak boleh dipandang rendah.

"Tak guna,dia ni...kuat!"

Monolog Naoh.

Naoh lalu melancarkan serangan yang sama digunakan ketika menentang Daichi.

"Bayang yang dihasilkan berbentuk tangan,mengikat musuh sampailah tak dapat bergerak...inilah.."

Naoh mengikat Hanzo dengan beberapa tangan bayang.

"Tangan sumpahan,Za'bbaniya!"

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now