Chapter 21:True Intention

10 2 4
                                    

"Aku pasti yang pengkhianat tu tau yang aku ada terlibat dalam pertempuran arena nanti.Apa kata aku cakap macam ni,andai kata lah kalau pengkhianat tu bukan pelajar tahun kedua atau ketiga,tapi pelajar tahun pertama.Pengkhianat tu pun boleh jadi dalam kalangan kita.Atau mungkin,kalau pendapat aku yang ni salah,mungkin salah seorang ahli Shinjyu Elit Sepuluh pun boleh jadi pengkhianat tu."

Musuh yang sebenarnya sedang berselindung di dalam selimut.

"...Untuk siasat dan dedahkan identiti sebenar pengkhianat tu."

Asuna dan Naoh memerhati setiap gerakan suspek yang disyaki serta menyiasat latar belakang mereka.

"Taiga,aku akan pastikan kau keluar dari Shinjyu."

"Suspek-suspek utama,yang menyasarkan Yuzuki,berkemungkinan dialah pembelot sebenar..."

"Untuk pastikan benda tu jadi kenyataan,aku hanya perlu tumpaskan ahli-ahli Shinjyu Elit Sepuluh.Untuk Yuzuki Taiga pulak? Dia cumalah batu loncatan yang tak bernilai untuk aku.Dia bukannya sasaran yang selayaknya."

"Musashi Wakiya yang nak Yuzuki dibuang akademi dan Hanzo Kagemori,seorang lelaki yang sanggup buat apa saja untuk meraih kedudukan teratas."

Kata Asuna kepada Naoh.

"Jadi,apa yang kita kena buat?"

Soal Naoh.

Asuna diam seketika sebelum menjawab pertanyaan Naoh.

"Buat je macam biasa.Tapi tetap kena berjaga-jaga jugak.Sebab lawan kau adalah salah seorang suspek utama,Hanzo Kagemori.Aku mungkin akan minta tolong Hachiro dan pelajar baru tu.Semoga berjaya."

Balas Asuna.Naoh lalu tersenyum,menunjukkan bahawa dirinya begitu bersemangat dan tidak sabar ingin menumpaskan Hanzo.

"Jangan risau cik puan,kemenangan itu pasti."

Balas Naoh lalu berjalan menuju kearah gelanggang.

Asuna hanya memerhati Naoh dari belakang.

______________________________________

"Asuna,kau pasti ke kita tak perlu nak ajak Matsumi sekali?"

Soal Hachiro.

"Abang dia,Musashi pun turut jadi suspek utama.Takkan kita nak bawak dia sekali.Apa yang akan jadi,tak...apa yang akan dia buat kalau betul Musashi lah pengkhianat tu selama ni?"

Balas Asuna.

"Kalau fikir balik memang betul apa yang kau cakap tu tapi.."

Balas Hachiro dengan perasaan resah.

Asuna,Hachiro dan Emiko berjalan di koridor menuju kearah bilik rawatan.Sampai sahaja mereka di sana, kedua-dua Yuzuki dan Ryuki sudah pun hilang dari tempat mereka.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now