Chapter 4: Unexpected Reunion

26 2 3
                                    

"Jadi inilah dorm kita."

"Nampak macam baru bina je."

Mereka semua berdiri dihadapan halaman dorm mereka.Bangunan tiga tingkat yang kelihatan seperti baru siap dibina akan menjadi tempat tinggal mereka mulai hari ini.Hachiro memandang kearah bunga-bunga di tepi bangunan dorm.Kelihatan seseorang sedang menyiram pokok-pokok bunga tersebut.Orang tersebut ialah Ayame.

"Huh..Oh hai korang!"

"Ayame...kau pun tinggal dekat dorm ni?"

Matsume menyoal.Ayame mengangguk sambil menyiram bunga-bunga tersebut.

"Baru ada 3 orang termasuk aku dalam dorm ni..termasuk korang,jadi ramai lah."

"Jap,lelaki dengan perempuan tinggal satu dorm!?"

Hachiro bertanya sambil menggaru kepalanya.

"Mestilah tak,dorm ni ada tiga tingkat.Tingkat paling bawah ruang tamu,dapur,bilik mandi dengan ruang dobi.Kedua-dua tingkat satu dan dua ada lima pintu bilik.Tingkat 2 untuk perempuan,jadi korang lelaki ambiklah tingkat 1.Bilik mandi dengan ruang dobi berasingan."

"Fuhh nasib baik.."

Hachiro berasa lega.Sama juga dengan rakan-rakannya yang lain.
Ayame lalu memperlawa rakan-rakannya masuk ke dalam dorm.Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.

"Miyuki,Matsume,korang naiklah tingkat 3,ada lagi dua bilik kosong untuk perempuan."

"Terima kasih banyak-banyak Ayame!"

Matsume dan Miyuki berterima kasih.Ayama juga turut menunjukkan kepada mereka lif untuk naik ke tingkat atas.Yuzuki,Hachiro,Naoh dan Fumiya pula berhenti di tingkat 1,setiap bilik telah ditulis nama mereka.

"Diorang pun dah tetapkan bilik kita,cuma tinggal nak susun barang je lah kan."

Hachiro memasuki biliknya.Disebabkan hari esok merupakan hari cuti,ini membuatkan mereka ada masa yang secukupnya untuk menyusun barang-barang bilik serta menyesuaikan diri tinggal bersama.

Matahari akhirnya tenggelam.Jam sudah pun hampir menunjukkan pukul 8 malam.Kesemua mereka duduk berkumpul di ruang tamu.

"Ergh penatnya...nasib baiklah esok cuti."

Yuzuki mengeluh sambil meregangkan badannya.

"Lembutnya sofa ni."

Hachiro kelihatan teruja.

"Oh ye,siapa lagi yang ada dekat dorm ni selain kau?"

Matsumi menyoal Ayame.Ayame menghirup air tehnya lalu membuka mulut.

"Oh tu-"

Belum sempat Ayame menghabiskan ayatnya, kedengaran bunyi penggera di pintu menandakan ada tetamu disebalik pintu tersebut.

"Kejap-kejap!"

Ayame lantas bangun dan pergi kearah pintu.Yuzuki juga berdiri ingin melihat siapa yang datang.Saat apabila Ayame membuka pintu, seorang pelajar perempuan masuk ke dalam dorm.Semua orang mungkin menunjukkan reaksi teruja,kerana dapat berkenalan dengan rakan baru.Akan tetapi,Yuzuki dan Fumiya sebaliknya.Mereka amat terkejut.

"Huh,teman sebilik baru?"

Pelajar tersebut menyoal Ayame sambil memandang mereka yang sedang duduk di atas sofa memandang mereka berdua.

Fumiya dalam keadaan terkejut mendekati Yuzuki lalu berbisik.

"Oi,Yuzuki...kau ingat tak apa yang aku cakap siang tadi?"

Yuzuki tidak menjawab.Hanya mengangguk tanda meng-iyakan soalan Fumiya.

_____________________________________

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now