Chapter 11:Medusa

20 2 4
                                    

"Aku akan jadi lebih kuat,dan atasi kau!"

Tak sangka,Yuzuki yang dulunya budak yang lemah dan selalu dibuli.Sekarang,dialah orang yang aku paling pandang tinggi.Orang yang  berpotensi jadi antara yang terkuat.Seseorang yang ada ciri-ciri menjadi seorang wira yang terhebat.

4Hari Lepas*

"Konno.Aku harap kau dapat berlatih untuk jadi lebih kuat.Walaupun kau tak berapa setuju pasal kemasukan kau ke Regimen."Kata Daichi kepada Hachiro.

Mereka berdua secara tidak sengaja bertemu ketika Hachiro mahu pulang ke Dorm.

"Saya berusaha keras bukan untuk Regimen.Saya berusaha untuk maju kehadapan."Balas Hachiro.Daichi tersenyum lalu beredar.

"Oh ye.Kau nampak agak bijak menganalisis berbanding kawan-kawan kau yang lain.Aku tak sabar menunggu sesuatu yang hebat dari kau."Kata Daichi sambil berjalan pergi.

Hachiro lalu berjalan pulang.Dalam hatinya sudah nekad untuk menjadi lebih kuat seperti Yuzuki dan yang lain.

______________________________________

"Erghh.."

Hachiro mula membuka matanya.Dia lalu sedar bahawa dirinya berada di dalam biliknya.Sambil terlantar diatas katil,dia cuba mengingati apa yang berlaku.Sebaik sahaja dia menyentuh kepalanya yang berbalut dengan kain pembalut luka.Kepalanya terasa sakit apabila disentuhnya.

"Yuzuki!"Hachiro lantas bangun dari katilnya lalu pergi mencari Yuzuki di biliknya.Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik,kelihatan Ryuki dan Fumiya yang sedang duduk disebelah Yuzuki yang sedang terlantar dikatilnya tidak sedarkan diri.

"Hachiro,kau dah bangun.Kau okay??"Soal Ryuki selepas menoleh kearah Hachiro.

"Aku okay je.Sakit kepala sikit.Macam mana dengan Yuzuki??"Soal Hachiro pula selepas menjawab soalan Ryuki.

"Dia tak sedarkan diri lagi sejak pertarungan terakhir petang tadi."Balas Fumiya menjawab soalan yang ditanya oleh Hachiro.

Mereka bertiga berasa risau akan keadaan Yuzuki.Kedua-dua belah tangan Yuzuki berbalutkan kain pembalut luka.

"Hachiro."Ryuki bersuara sambil memandang kearah Hachiro.

"Ye?"Soal Hachiro.

"Macam mana kau tahu,cara tu boleh hentikan Yuzuki?"Soal Ryuki ingin tahu.Dia juga kelihatan keliru ketika Hachiro berjaya menghalang Yuzuki.

"Sebenarnya,aku pun tak tahu dengan cara macam tu boleh berjaya halang dia."Balas Hachiro sambil tersengih.

"Oh macam tu ke.Nampaknya kem latihan ni bermula dengan tragedi."Kata Ryuki sambil memandang kearah Yuzuki.Dia juga rasa kesal kerana masih tidak cukup kuat untuk menang menentang Daichi.

"Nak lawan Hajime sendiri pun tak mampu,apatah lagi kalau nak berhadapan dengan musuh-musuh dekat luar sana."
Monolog Ryuki di dalam kepalanya.

"Pergilah makan malam dulu.Rasanya senior Ryoga dan Aizawa ada lagi dekat ruang tamu."Kata Fumiya.

Hachiro lalu bersetuju dan berjalan keluar dari bilik Yuzuki.Semasa Hachiro tiba di ruang tamu,Aizawa dan Ryoga sedang duduk menikmati makan malam.Setelah menyedari kehadiran Hachiro,mereka memperlawa Hachiro untuk menikmati makan malam bersama mereka.

"Ohh Hachiro.Jom lah makan sekali."Perlawa Aizawa sambil menggamit tangannya.

"Terima kasih."Balas Hachiro sambil menggosok belakang kepalanya.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now