Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!

14 2 2
                                    

Asuna, Matsumi dan Emiko,pelajar baru kelas 1-K duduk bersama sambil menikmati hidangan minum petang di kafeteria akademi.

"Yuzuki sekarang tengah jalani latihan dengan kawan-kawan dia yang lain.Dah hampir 2 minggu diorang dekat Kyoto."Ujar Asuna kepada Emiko.

Emiko hanya mengangguk tanda faham.

"Kenapa awak cari dia?"Soal Matsumi.

"Ayah saya wakil keluarga Chiaki pernah bekerja di agensi Tuan Yoichiro dulu.Jadi sebabkan tu ayah saya mengadakan satu kontrak."

Emiko mengeluarkan sebuah surat dari dalam failnya lalu menunjukkannya kepada Matsumi serta Asuna.

"Kontrak yang dibuat oleh Tuan Yoichiro Taiga bersama ketua keluarga Chiaki,Fujio Chiaki.Untuk kekalkan kesepakatan,ayah saya tawarkan kerjasama ahli keluarga kami untuk bekerja terus dibawah keluarga Taiga."Balas Emiko.

Mereka berdua membaca isi kandungan surat tersebut dengan tekun.

"...telah berjanji bahawa dengan mengekalkan kesepakatan ini,Keluarga Chiaki akan menjadikan anak perempuan sulung kami,Emiko sebagai pembantu kepada anak lelaki sulung.... yang mewarisi nama Taiga!?"Kata mereka berdua dengan serentak sambil terkejut.

Emiko memandang mereka sambil tersenyum.

Kandungan surat tersebut-

Kami dari ahli keluarga Chiaki yang sudah berkhidmat bertahun lama bersama agensi Yoichiro Taiga,dengan ini telah memperakui serta berjanji bahawa dengan mengekalkan kesepakatan ini,Keluarga Chiaki akan menjadikan anak perempuan sulung kami,Emiko,untuk berkhidmat sebagai  pembantu serta penjaga kepada anak lelaki sulung yang mewarisi nama Taiga,cucu lelaki Tuan Yoichiro Taiga, Tuan muda,Yuzuki Taiga.

~~~

______________________________________

Pertempuran masih lagi berlangsung diantara Yuzuki dan Aizawa.Dengan masa yang semakin suntuk,Yuzuki buntu tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian.

Sebaliknya bagi Aizawa pula,walaupun kelihatan bersemangat,dia masih lagi kelihatan tenang memikirkan tindakan Yuzuki yang seterusnya.

"Tak ada sesiapa yang tahu macam mana kuasa Yuzuki berfungsi,termasuklah Senior Tatsuma.Sama jugak dengan Yuzuki,ini pun kali pertama dia kena berhadapan sendiri dengan ahli Regimen."

Monolog Hachiro.Dia lalu memandang kearah Aizawa.

"Tapi dari luaran,memang dah jelas kuasa dia jenis pertempuran jarak dekat.Yuzuki pun sepatutnya dah sedar pasal hal ni.Bermaksud yang Yuzuki lebih tahu macam mana kuasa Senior Tatsuma berfungsi.Kelebihan berpihak kepada Yuzuki..."

Yuzuki terus menyerang Aizawa.Namun,Aizawa hanya mengelak segala serangan Yuzuki tanpa melakukan sebarang serangan.

"Ini je ke yang kau mampu buat?"

Kata-kata Aizawa menyebabkan Yuzuki berasa tercabar.

"tch!.."

"Masa dah semakin suntuk...apa je yang budak ni boleh buat?"

Monolog Aizawa.

Mereka yang menyaksikan pertempuran itu mula menunjukkan riak wajah hairan.

"Aizawa belum lancarkan serangan sejak serangan pertama dia tadi.Apa yang dia rancangkan?"
Soal Fumiya dengan kehairanan.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now