Chapter 1:A Secret Power

37 4 5
                                    

"Ayah..bertahanlah!"

"J-jangan risau,ayah tak apa-apa"

Hizashi Taiga,bapa kepada Yuzuki merupakan seorang wira professional dengan nama Jet-back Hero:Robin.Ayahnya dihantar ke hospital kerana cedera parah akibat menentang penjahat berdekatan stesen kereta api awam di Bandar Sendai Wilayah Miyagi daerah Tohoku.

"Semalam ada cahaya masuk ke dalam tubuh kamu betul kan? Mesti kamu dah mula sedar dengan kehadiran kuasa tu."

Memang betul apa yang ayah cakapkan.Lepas cahaya tu masuk ke dalam badan aku,sesuatu benda aneh berlaku.Badan aku rasa panas dan kebas,terdapat garisan seperti sebuah lambang muncul di bahu kanan aku.Bila aku cuba untuk tumbuk 'punching bag' aku,tumbukan tu menghasilkan impak yang kuat sehinggakan punching bag tu terkoyak dan terpelanting.Nasib baik masa tu tak ada sesiapa terjaga.

"Kuasa tu adalah kuasa yang wujud dan diturunkan sejak beberapa generasi bermula dari permulaan era Edo.Kuasa yang wujud dari semangat api yang membara dalam hati,semangat untuk melindungi dan mempertahankan serta keberanian.Kuasa tersebut digelar "Pyrokinetic".

"Pyrokinetic?"

"Pyrokinetic merupakan kuasa yang berdasarkan penggunaan haba.Dengan kata lain,kuasa api.Cara kuasa ni dihasilkan mengikut isi hati pengguna.Ayah dapat guna kuasa Pyrokinetic dengan menghasilkan sayap api.Ayah yakin kamu juga mesti dapat guna kuasa ni dengan cara berbeza.Ya,ayahlah yang dah turunkan kuasa ayah kepada kamu."

"Jadi maknanya,ayah dah tak ada kuasa lagi?"

"Pengorbanan mesti dibuat,untuk melindungi sesuatu.Suatu hari nanti kamu akan faham."

Walaupun masih tak faham apa yang berlaku,tapi aku ceritakan apa yang berlaku malam ketika aku dapat kuasa misteri tu.

"Kuasa mutasi.Nampaknya kamu ada kuasa yang tersembunyi sejak lahir tapi tak dibangkitkan."

"Apa??"

Yuzuki terkejut setelah mendengar kata-kata ayahnya.

"Kuasa jenis kekuatan luar biasa.Mencipta daya bila dilepaskan,Force."

Aku terkejut,yang sebenarnya aku ada kuasa yang terpendam dari dulu lagi.

"Nampaknya kuasa tu dah serasi dengan kuasa Pyrokinetic lalu mencipta sejenis kuasa baru,Pyro-force.Belum ada wira dari mana-mana generasi menggunakan kuasa pyro sebagai pertempuran jarak dekat.Kamu kena rahsiakan perkara ni,jangan bagitau sesiapa pun tentang kuasa yang diturunkan kepada kamu ni."

"Baik.."

______________________________________

"Saya,Yuzuki Taiga.Kuasa saya,jenis kekuatan daya..saya nak masuk kursus wira."

Pyro-force...aku masih tak faham kenapa kuasa ni diturunkan dan kena dirahsiakan.Yang pastinya,kuasa ni mesti berbahaya kalau kebenarannya didedahkan.

"Kelas 1A..."

Yuzuki pun mula melangkah masuk ke dalam kelas.Tidak lama kemudian dia terkejut melihat rakan-rakan masa kecilnya merupakan rakan sekelasnya.

"Ehh Yuzuki!! Lamanya tak jumpa."

"Tak sangka betul,kau pun dapat ke sekolah ni,Hachiro.

"Makin tinggi ye kau hm."

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now