Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

20 2 9
                                    

Pusat Bandar Tokyo.

"Lepas ni kita nak pergi mana??"

Soal Nana.

"Ada kedai yang jual smoothie baru buka dekat plaza sana.Jom kita pergi tengok."

Balas Asuna.

Asuna,Nana,Matsumi dan Ayumi baru sahaja pulang dari bercuti di Okinawa.

"Maaflah sebab tak dapat bercuti lama.Perjumpaan Rejimen akan diadakan lusa."

Kata Ayumi.

"Dengar cerita pemilihan atasan Regimen akan diadakan.Memandangkan graduasi pelajar tahun ketiga dah nak dekat."

Kata Matsumi.

Sambil mereka berjalan,mereka ternampak Yuzuki,Hachiro dan Ryuki.

"Eh..tu bukan Yuu-Chan ke??"

Kata Nana sambil menuding jari ke arah mereka bertiga.

"Apa yang diorang buat dekat sini??"

Matsumi kelihatan tertanya-tanya.

Sementara itu,Yuzuki dan Hachiro masih lagi bingung tentang pakaian yang hendak dipakai ketika perjumpaan kelak.

"Macam tak ada yang sesuai je."

Keluh Hachiro sambil menikmati waffle di tangannya.

"Oi..Kau tak beli baju ke??"

Soal Yuzuki kepada Ryuki.

"Tak...Aku dah ada."

Balas Ryuki.Sambil mereka berjalan,Yuzuki ternampak sebuah kedai menjual baju yang kelihatan agak suram.

"Kita cuba tengok yang ni."

Kata Yuzuki.

Mereka lalu pergi kearah butik tersebut.Mereka bertiga disambut oleh pekerja kedai.Tidak lama kemudian,mereka keluar dari butik selepas selesai membeli baju.

"Ehh aku lupa! Naoh ada suruh aku belikan dia pembalut luka.Kejap aku pergi beli."

Kata Hachiro sambil meletakkan beg membeli-belahnya di atas tempat duduk yang disediakan.

"Aku pun macam nak beli vitamin."

Kata Ryuki.

"Tak apalah...aku tunggu sini."

Kata Yuzuki.

"Okayy...jaga barang aku."

Kata Hachiro sambil berjalan pergi bersama Ryuki.

Yuzuki hanya duduk menunggu sambil menikmati waffle yang dibelinya.Tiba-tiba,seorang lelaki datang dan duduk disebelahnya.Lelaki tersebut memakai jaket dan menutup kepalanya.

"Kenapa sorang je ni??"

Soal lelaki tersebut.

"T-taklah..saya dengan kawan saya."

Balas Yuzuki.

"Siapa dia ni?? Aku langsung tak perasan.Dia muncul dari mana?? Rasa macam ada benda yang tak kena."

Monolog Yuzuki.

"Kamulah budak yang juara Pertempuran Shinjyu tu kan?"

Yuzuki tersentak seketika setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut.

"Dia saksikan perlawanan tu?"

Lelaki tersebut tiba-tiba mendekati Yuzuki dan meletakkan lengannya di belakang bahu Yuzuki.Yuzuki mula tidak senang duduk.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now