Chapter 18:Greed

11 2 3
                                    

Pertempuran Matsumi menentang bekas kedudukan kesepuluh Shinjyu Elit Sepuluh,Hanzo Kagemori langsung bermula.

"Mula!"

Kata Pengadil.

Lantas Hanzo menyerang Matsumi dengan mengeluarkan sejenis medan pancaran tenaga.

"Apa bendanya tu!?"

Hachiro bangun dari tempat duduknya dengan terkejut.

"Hanzo Kagemori.Dikatakan yang dia merupakan salah seorang dari ahli Regimen yang berpotensi menjadi Presiden Regimen yang seterusnya selepas Inasa Hideyoshi."

Jelas Fumiya.

"Ada kemungkinan yang Matsumi takkan berjaya tandingi dia."

Kata Fumiya pula.Matsumi sempat mengelak serangan yang dilepaskan oleh Hanzo.

"Kuasa tenaga? Dengan mengumpulkan zarah-zarah tenaga yang ada dalam atmosfera..."

Kata Matsumi.

"Betul.Kuasa aku,manipulasi tenaga.Tenaga boleh dipancarkan dalam bentuk sinaran.Boleh jugak digunakan sebagai peningkatan kuasa.Dalam erti kata lain,kuasa aku lebih kurang sama dengan budak Yuzuki tu."

Matsumi terkejut setelah mendengar kata-kata Hanzo.

"Aku baru teringat...Serangan yang dia lancarkan tadi,serupa dengan serangan yang Yuzuki lancarkan masa dekat makmal dulu.Kedua-dua kuasa diorang bagi impak kerosakan yang hampir sama.Yuzuki juga pernah kata yang kuasa dia jenis kekuatan super.Jadi..."

Monolog Matsumi sambil memandang kearah wajah Hanzo.Hanzo lalu mengukir senyuman sinis.

"Dia guna kuasa tenaga untuk tingkatkan kekuatan dia sendiri."

Monolog Matsumi.Hanzo sepertinya ingin melancarkan serangan kedua.Namun secara tiba-tiba,kabus halus muncul disekeliling Matsumi dan melitupi gelanggang.

"Kabus ni...sejuk."

Kata Hanzo sambil memandang sekeliling.Apabila dia memandang kearah tempat Matsumi berdiri,susuk tubuh Matsumi sudah pun tidak kelihatan.

"Mana budak tu pergi??"

Monolog Matsumi sambil memandang sekeliling.

"Jadi itulah kuasa Matsumi?"

Kata Asuna.

"Sama dengan abang dia,kuasa ais."

Balas Yuzuki.

"Kuasa budak perempuan tu tak sekuat Wakiya.Dia hanya mampu mengeluarkan kabus sejuk dan menurunkan suhu sekeliling."

Monolog Daichi.

Sementara Hanzo tercari-cari di mana keberadaan Matsumi,badannya mula kesejukkan.

"Tak guna,mana kau!"

Hanzo lalu bersedia untuk melepaskan serangan secara rawak.

"Photon Ray!"

Sejenis medan sinaran tenaga muncul menyebabkan kabus tersebut mula hilang.Kini,Matsumi berada dibelakangnya.

"Ergh."

Hanzo menoleh kebelakang.

"Dapat pun!"

Matsumi menyerang Hanzo dengan menembaknya dengan hujan beku.Menyebabkan Hanzo tidak dapat maju kehadapan dan sukar bergerak.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now