Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin

17 2 4
                                    

"Ryuki~"

"Mama!"

Ryuki Satoru,berumur 5 tahun,baru sahaja membangkitkan kuasanya.Beliau mewarisi kuasa ibunya,iaitu kuasa memanipulasi Api.

"Mama,Ryuki nak jadi wira!"

Ryuki menuding jarinya kearah televisyen.Terpapar susuk tubuh seorang wira yang baru sahaja menyelamatkan orang awam.Wira tersebut adalah pesaing bapanya sendiri,Hizashi Taiga.

"Anak mama kan kuat.Mestilah boleh."

Ibunya,Himiko Satoru atau Himiko Tachibana merupakan seorang suri rumah yang lahir dalam keluarga Tachibana.Atas perkahwinan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua keluarga Satoru dan Tachibana,Kenji Satoru dan Himiko Tachibana lalu berkahwin.Setahun selepas perkahwinan mereka,Ryuki Satoru dilahirkan.

Kenji mempunyai impian yang tinggi.Beliau berhasrat ingin mengatasi pesaingnya yang mendapat julukan wira terulung di Jepun ketika itu,Hizashi Taiga,lebih dikenali sebagai Robin.Demi impiannya itu,beliau mengahwini Himiko untuk melahirkan keturunan yang jauh lebih kuat dan sempurna berbanding dirinya memandangkan kuasanya mempunyai kelemahan.

Ryuki merupakan anak yang 'senpurna'.Pada mulanya dia hanya menunjukkan keupayaannya menggunakan kuasa milik ibunya.Namun pada suatu hari,Ryuki tidak sengaja membangkitkan kuasa yang diturunkan oleh bapanya.Hal ini menyebabkan Kenji menetapkan latihan yang keras untuk Ryuki supaya keturunannya yang 'sempurna' itu dapat menandingi Hizashi dan dirinya.

Setiap malam,Ryuki selalu menangis oleh kerana latihan yang diberikan oleh bapanya yang tiada belas kasihan.Ibunya juga sering dipukul oleh kerana cuba untuk melindungi Ryuki menyebabkan ibunya mengalami tekanan jiwa disebabkan masalah yang dihadapi dalam keluarga tersebut.Secara tidak sedar,dia telah memukul Ryuki sehingga mengakibatkan lebam di badannya akibat hilang kawalan.Himiko langsung dihantar ke hospital dan dipantau sejak itu.

"Bangun! Kalau kau nak jadi lagi kuat,bangun!"

Kenji berkeras ingin anaknya itu menjadi lebih kuat.

"Semua yang jadi dekat ibu,disebabkan ayah...semua..salah ayah.."

Balas Ryuki sambil menangis.Wajahnya kelihatan amat marah.

Sejak itu,Ryuki tidak menggunakan kuasa milik ayahnya.Ryuki menganggap bahawa menolak kuasa ayahnya ibarat seperti tidak menerima bapanya sendiri.Walaupun Ryuki kini sudah menjadi kuat oleh kerana latihan yang dihadapinya ketika kecil,perasaan benci terhadap bapanya masih lagi membara sehingga kini.

______________________________________

"Ryuki..sekarang masa makan malam! Keluarlah."

Fumiya mengetuk pintu biliknya namun tiada sebarang jawapan diberikan oleh Ryuki.Fumiya lalu berjalan kearah ruang tamu sambil berasa hampa.

"Dia nak makan sekali tak?" Soal Ayame.

Fumiya menggelengkan kepalanya.Mereka semua berasa risau akan keadaan Ryuki.Mereka lalu ambil keputusan untuk menikmati sahaja makan malam tanpa Ryuki.Semasa sedang makan,Yuzuki mula membuka topik perbualan.

"Tadi masa Ryuki datang,dia ada cakap yang dia akan menang kalau aku dengan dia ditakdirkan berlawan.Masa tu dia pandang dekat Blizzard,ayah dia." Kata Yuzuki.

"Wira nombor dua Blizzard!? Dia ayah Ryuki!?" Ayame terkejut setelah mendengar kata-kata Yuzuki.

Yuzuki hanya mengangguk sahaja.

"Selama ni dia nampak okay je..sampai lah masa dia jumpa dengan ayah dia."
Kata Naoh pula.

"Aku pernah nampak Ryuki keluar dari hospital.Masa aku dengan Miyuki keluar beli-belah." Kata Asuna.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now