Chapter 23:World-Level Capabilities

13 1 1
                                    

"Tak guna! Kenapa pula aku kena berpasangan dengan budak mentah tu!?"

Kata Musashi sambil berasa berang setelah melihat e-mel yang dikirim ke telefon pintarnya.

"Pertempuran esok mesti akan jadi lagi menarik."

Kata Inasa sambil tersenyum.

"Ceh...budak bernasib baik sebab tak lawan dengan aku awal-awal lagi.Kalau tak dia takkan sampai separuh akhir."

Balas Musashi.

Daichi baru sahaja sedar.Dia berada di atas katil di bilik rawatan.Tangan dan kakinya kelihatan berbalut.Dia lalu memandang kearah kiri katilnya.Kelihatan seorang perempuan sedang tertidur.Wajahnya ditutup dengan tangan yang dijadikan 'bantal' lalu diletakkan keatas katil.

"Cik Kurosawa.."

Kata Daichi sambil bangun.

Perempuan tersebut sedar dari lenanya dan melihat Daichi yang sudah sedar.Matanya terus berkaca lantas memeluk Daichi.

"Kan saya dah cakap.Jangan paksa diri..Awak degil!"

Ichigo Kurosawa,yang merupakan kedudukan keenam Shinjyu Elit Sepuluh,juga adalah teman wanita Daichi sedang memeluknya sambil menangis.

"Maafkan saya...Cik Kurosawa."

Kata Daichi sambil mengusap kepala Ichigo dengan niat ingin memujuknya.

Mereka berdua sedang diperhatikan oleh Nana yang bertugas pada ketika itu dari luar pintu bilik rawatan.Nana tersenyum lega lalu berjalan pergi.Namun,riak wajahnya kelihatan kecewa semasa berjalan menjauhi bilik rawatan Daichi.

Di dorm Grace,mereka sedang berbincang mengenai pertempuran esok hari.

"Kenapa aku kena berpasangan dengan dia? humph!"

Soal Yuzuki berasa geram sambil menyilangkan tangannya.Sumire lalu mengetuk kepala Yuzuki menggunakan alat kawalan TV.

"Aduh..Sakit lah!"

Yuzuki mengerang sakit sambil memegang kepalanya.

"Ceh...bukannya kitorang penganjur boleh buat apa-apa pun..Keputusan muktamad."

Balas Sumire.

"Habislah...apa la yang akan jadi esok nanti."

Kata Hachiro sambil menepuk dahinya.

"Err...dah lewat malam ni,boleh ke kalau kitorang bermalam je dekat sini ..hehe."

Kata Sumire tersengih-sengih.

"Takut lah tu hihi."

Ajuk Yuzuki.Sumire lalu memukulnya.

"Boleh kot.Lagipun ruang tamu luas."

Kata Ayame.

"Oh lupa nak bagitahu.Yuzuki,Satoru...untuk suku akhir peringkat pertama nanti.Akan ada perubahan besar dekat stadium dan gelanggang untuk tujuan memudahkan pertempuran berjalan lebih lancar disebabkan perlawanan berpasangan selain memberikan rasa kelainan seolah-olah dalam situasi sebenar kepada peserta dan penonton."

Kata Sumire.

"Perubahan? "

Soal Yuzuki dengan perasaan tertanya-tanya.

"Kau akan tahu esok.Apa yang aku tahu,stadium dengan gelanggang akan diubah 100%."

Balas Sumire.

Yuzuki dan Ryuki mula berasa gementar setelah mendengar kata-kata Sumire.Lagikan pula,ini kali pertama mereka sertai pertandingan besar ini.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now