Chapter 10:Surpass Our Limit

25 2 8
                                    

Keadaan menjadi tegang.Mereka masih lagi tidak bergerak walau selangkah sekalipun.Daichi juga kekal di posisi nya.

"Kalau nak menang..Lawan."Kata Daichi.
Tidak lama kemudian,Ryuki berlari kearah Daichi.Api menyala di kedua-dua tapak tangannya.Baru sahaja ingin menyerang,Daichi menunduk kebawah dan memegang lengan kanan Ryuki lalu menendang kedua-dua kakinya sehingga terjatuh.

"Ryuki!"Jerit Yuzuki.Daichi memandang mereka lalu terus berlari kearah mereka.

"Aku akan pergi,cuba 'bekukan' dia."Kata Yuzuki sebelum bersedia untuk menerima serangan Daichi.Yuzuki menggenggam tangannya bersedia untuk menyerang seperti serangan yang dilakukannya di kejadian makmal dahulu.Daichi menyedarinya lalu berlari sambil menundukkan badannya.Pergerakkannya juga menjadi agak lincah seperti seorang pengguna seni bela diri.Oleh kerana pergerakkan Daichi yang sukar diramal,Yuzuki tidak dapat menyasarkan serangan dengan tepat.

"Lajunya dia!"kata Yuzuki.Matanya tajam memerhati gerakkan Daichi.Daichi juga kelihatan sangat berwaspada.Memandangkan kesan serangan Yuzuki bukanlah kesan serangan biasa.

Ryuki pula tanpa berfikir panjang menyalakan api di tangannya dan menyerang Daichi.Gerakkan seperti semburan api tersebut hampir sahaja terkena Daichi.Walaupun berjaya elak,Daichi tetap merasai haba panas dari serangan tersebut.

"Boleh tahan.."Kata Daichi sambil menggosok bajunya yang berdebu.

Kini,Fumiya pula yang menyerang setelah mengaktifkan kuasanya.

"Kuasa jenis kekuatan super...macam aku.."
Monolog Yuzuki di dalam kepalanya setelah menyedari kuasa Fumiya,merupakan jenis yang sama dengannya.

"Kuasa serat otot ye?"Balas Daichi lalu turut berlari kearah Fumiya bersedia membalas serangan.Ryuki turut memberikan kerja sama dengan membebaskan apinya kearah Daichi.
Semasa pertempuran itu berlangsung,Neito,Aizawa,Ryoga dan Inasa membaca fail maklumat mereka sambil menyaksikan gerakkan-gerakkan serta kuasa mereka yang sedang bertempur.

"Fumiya Izanami,kuasanya jenis kekuatan super.Serat Otot.Nama lainnya,kebolehan menguatkan otot.Kuasa yang agak sama dengan Aizawa."Kata Neito sambil menganalisis kuasa Fumiya.

"Untuk junior yang lagi sorang.Ryuki Satoru.Sejujurnya aku berminat dengan budak ni.Kuasa manipulasi api,memang dah dijangka dari anak sang wira api neraka , Infernal."Balas Ryoga sambil menunjukkan perasaan tertarik terhadap Ryuki.

"Tapi kita masih taktau kuasa lagi dua orang.Konno Hachiro masih belum tunjukkan kebolehan dia.Yuzuki Taiga pulak,masih banyak benda pasal kuasa dia yang kita still tak faham."Kata Inasa sambil memandang kearah Yuzuki dan Hachiro yang sedang berdiri kaku melihat rakan mereka bertempur.Yuzuki masih lagi mencari pembukaan untuk dia melepaskan serangan.Manakala Hachiro,masih berdiri memikirkan tentang sesuatu hal.

"Lincah betul.Aku langsung tak dapat nak lepaskan serangan."
Monolog Yuzuki sambil runsing memikirkan cara untuk menyerang Daichi.Dia lalu memerhatikan gerakkan Fumiya.Badannya kelihatan seperti sedang mengeluarkan cahaya merah disebabkan kuasa peningkatan otot.Fumiya berhadapan dengan Daichi tanpa rasa goyah.

Namun,Daichi masih langsung tidak kelihatan penat.Tumbukan Fumiya dielak dengan mudah.Setakat ini masih tiada sesiapa yang berjaya menyentuh mahupun membuatkan Daichi terjatuh.

"Tak guna!"Kata Daichi sambil mencuba untuk memastikan serangannya mengenai Daichi.Ryuki pula menghadapi kesukaran untuk menyerang oleh kerana jarak Daichi dengan Fumiya terlalu dekat.

"Woi ketepi lah!"Jerit Ryuki.Akan tetapi,Fumiya langsung tidak mengendahkannya.Sebaliknya,
Fumiya membalas dengan mengatakan bahawa dia boleh menjatuhkan Daichi sendirian.Hal ini menyebabkan Ryuki berasa marah.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now