Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies

24 2 6
                                    

Cuaca pada hari itu kelihatan mendung.Salji turun oleh kerana musim sejuk belum tamat.Yuzuki sudah pun bertolak pulang ke rumahnya,Kediaman Taiga.Semua orang hadir ke majlis perkabungan serta pengebumian Hizashi Taiga kecuali Ayame dan Miyuki oleh kerana mereka menemani Matsumi yang masih demam.Daichi juga hadir ke majlis tersebut.
Selepas pengebumian selesai Daichi meminta mereka untuk berbual.Pada masa yang sama,ibu Yuzuki,Puan Misaki Taiga menjemput mereka menginap buat sementara waktu sebelum bertolak semula ke akademi oleh kerana cuaca amat sejuk pada waktu malam.Ahli keluarga Taiga juga turut ada pada malam itu kecuali bapa Asuna.

"Maaflah,makcik jarang dapat tetamu seramai ni termasuklah saudara-mara."

Puan Misaki menghidangkan beberapa cawan teh panas kepada rakan-rakan Yuzuki.Walaupun baru kehilangan orang yang tersayang,Puan Misaki sedaya upaya senyum walaupun tidak dapat sembunyikan hakikat bahawa dia masih meratapi atas kematian suaminya.
Yuzuki juga tidak begitu ceria seperti selalu.Dia lebih banyak menyendiri dan mendiamkan diri.Matanya juga kelihatan gelap akibat kurang waktu tidur.Mereka senyap seketika sehingga Daichi bersuara.

"Kali pertama aku jumpa Tuan Hizashi masa Expo tahun lepas.Masa tu dia betul-betul nampak hebat,lagi hebat dari tengok melalui TV."

Mereka semua memandang Daichi termasuklah Yuzuki.

"Dia pernah cakap,sesiapa je boleh capai tujuan mereka kalau berusaha."

Daichi mengimbas kembali masa lalunya sebelum dia memasuki Tahun kedua.

"Siapa nama kamu?"

Hizashi menyoal Daichi.

"D-Daichi Hajime.."

Hizashi lalu menghulurkan tangannya.

"Selamat berkenalan,Hajime."

Sejak tu,aku berlatih di bawah Tuan Hizashi sampai lah sekuat diri aku yang sekarang.

Yuzuki terkejut.Setelah mengetahui bahawa Daichi dan bapanya saling mengenali.

"Kau anak murid Robin.Mesti kau ni tak mudah untuk dikalahkan."

Ryuki bersuara sambil memandang Daichi.

"Dengar,memang betul dia dah tak ada.Tapi tak semestinya kita kena terus putus asa.Teruskan maju kehadapan,teruskan legasi dia."

Kata-kata Daichi membuatkan mereka bersemangat semula.Namun Yuzuki masih lagi ragu-ragu akan dirinya.

"Tapi.."

Daichi terus mengedarkan beberapa helai kertas kepada Yuzuki,Hachiro,Ryuki dan Fumiya.Masing-masing mendapat tiga helai kertas yang dilekatkan bersama.

"Kertas apa ni?"

Hachiro tertanya-tanya sambil membelek kertas tersebut sehinggalah dia ternampak isi kandungannya.Mereka juga terkejut melihat isi kandungan kertas tersebut.

"Kertas tu sebenarnya surat kebenaran untuk sertai Kem latihan khas dianjurkan sendiri oleh Regimen.Memandangkan Hachiro,Satoru dan Taiga dah ditetapkan sertai Regimen,jadi kem ni khas untuk korang bertiga.Anggaplah yang ni ujian kemasukan."

Sambil Daichi menerangkan isi kandungan kertas itu,mereka menyelak dan meneliti maklumat-maklumat dalam kertas tersebut.

"Untuk Izanami,kau pun termasuk atas sebab permintaan seseorang."

"Permintaan seseorang?"

Fumiya tertanya-tanya.

"Kem latihan ni sebenarnya diadakan sempena festival sukan yang akan diadakan nanti.Siapa yang dapat pergi kem latihan dah dikira terus layak dan ada tempat di pertempuran arena."

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now