Chapter 5: Yuzuki's Trial

26 2 2
                                    

"Sekarang,kita akan tentukan sama ada yang tertuduh,Yuzuki Taiga, pelajar tahun satu masih lagi layak bersekolah di sini atau dibuang."

Yuzuki dalam keadaan resah memandang kearah wakil unit disiplin yang memulakan perbicaraan.Tangannya digari dan disuruhnya berdiri menghadap 'hakim'.

Di hadapannya,sepuluh elit Pandora serta beberapa lagi guru sedang duduk di tempat mereka.Yuzuki terkejut melihat Daichi yang sedang mengambil tempat duduknya sebagai ahli sepuluh elit pandora kedudukan ketujuh.Yuzuki mendongak keatas memandangkan tempat mereka berada di tingkat 1.

Hachiro,Matsumi dan Nishimiya duduk di tempat yang disediakan di belakang Yuzuki sebagai saksi.Dewan agak riuh oleh kerana pelajar-pelajar tahun kedua juga hadir menyaksikan perbicaraan.

"Tak sangka,keadaan jadi seteruk ni."

Yuzuki bermonolog dalam hatinya.

(2Jam sebelum perbicaraan)

Seperti biasa,Yuzuki dan rakan-rakannya berjalan menuju ke kelas masing-masing.Yuzuki mengenang kembali kata-kata datuknya ketika dia melawat beliau di bangunan utama akademi tempoh hari.

______________________________________

"Lagi satu,minggu depan kamu mungkin akan dipanggil.Tentang perbicaraan kes kamu minggu lepas."

Yuzuki terkejut lalu memandang datuknya.

"Apa maksud atuk??"

"Mengenai kes letupan yang berlaku di makmal kimia,kerosakan besar berlaku sehinggakan bangunan tu terpaksa ditutup buat sementara waktu.Pelajar sepatutnya berkumpul di padang bila berlakunya kecemasan.Jelas sekali kamu dah langgar peraturan.Kes ni akan dikendalikan oleh unit disiplin dan sepuluh ahli elit pandora akademi ni."

"Sepuluh ahli elit pandora."

Setelah mendengar penjelasan,sejak itu Yuzuki berasa bersalah terhadap diri sendiri dan kurang berkeyakinan.
Selepas sahaja balik ke dorm,dia terus masuk ke bilik dan tidak bercakap dengan sesiapa.Rakan-rakannya berasa risau akan Yuzuki.
Malam itu,mereka semua berkumpul di ruang tamu.Semua orang hadir kecuali Yuzuki.

"Tindakan Yuzuki dianggap langgar peraturan.Tak lama lagi dia mesti dipanggil macam apa yang Hajime pernah cakap."

Matsumi memulakan perbualan.Keadaan begitu tegang memikirkan apa yang akan jadi sekiranya akademi mengambil keputusan untuk mengusir Yuzuki.

"Matsumi,kita pun bersalah jugak.Sebab tak halang dia masa tu."

Hachiro memandang Matsumi.Mereka berdua berasa bersalah kerana tidak menghalang rakan mereka.Fumiya pula kelihatan marah.

"Yuzuki tak guna,kenapa kau bertindak sesuka hati macam tu."

"Nama dia dah tersebar ke seluruh akademi."

Asuna mengerut dahi.

Tiba-tiba penggera pintu berbunyi.Matsumi bangun lalu membuka pintu.Kelihatan Nishimiya sedang berdiri dihadapannya sambil tercungap-cungap.

"Kau ni..budak haritu!"

"Kau rakan sekelas dia kan? Ni pasal Yuzuki...Minggu depan ada perbicaraan pasal kes hari tu."

Mereka semua terkejut mendengar kata-kata Nishimiya.

"Aku dah agak dah."

Ayame mula tidak senang duduk.Mereka semua turut berasa risau tentang apa yang akan terjadi kepada Yuzuki.Terserah kepada takdir.

______________________________________

"Maafkan saya,Saya wakil pelajar."

Seorang pelajar mengetuk pintu kelas.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now