Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight

22 3 8
                                    

"Tsk..Tsk"

Yuzuki duduk bersandar di pintu tandas sambil mengesat tangisan yang mengalir keluar dari matanya.Baju dan rambutnya basah akibat disimbah oleh cawan yang berisi jus.Yuzuki masih lagi tidak dapat melupakan perkara yang baru sahaja dilaluinya.

"Kenapa?? Kenapa aku ditakdir jadi seorang yang lemah??"
Monolog Yuzuki.

"Tak kira betapa kuatnya lawan kamu tu,jangan sesekali putus asa.Bangun dan teruskan berjuang."

Yuzuki teringat kembali akan kata-kata Yusuke,Wira pedang Tsurugi yang juga merupakan orang yang dia sangat sanjungi suatu ketika dahulu.

"Memang senang lah cakap.Sebab kau orang yang berbakat semula jadi.Tak kiralah dengan apa cara sekalipun,aku tetap nak jadi lebih kuat ikut cara aku sendiri.Untuk jadi wira terhebat."

______________________________________

Jam menunjukkan pukul 8 pagi.Yuzuki yang baru sahaja tersedar terus bangun dari katilnya.

"Ergh."

Kecederaan sendi di kedua-dua belah tangannya yang berbalut itu masih lagi dapat dirasainya.Pada ketika itu,Neito membuka pintu biliknya.

"Kau dah bangun."Kata Neito sambil memandang kearah Yuzuki.

"Senior Neito.Mana yang lain?"Soal Yuzuki.Neito lalu masuk kedalam bilik dan menutup pintu.

"Diorang semua dah pergi latihan dengan jurulatih masing-masing.Untuk latihan pertama ni,aku akan jadi pelatih kau."Kata Neito membalas soalan Yuzuki.

"Dekat sebelah kau tu.Dalam cawan yang berpenutup tu ada air herba.Ada makanan sikit.Rasanya makanan tu kawan-kawan kau yang sediakan.Air tu berkesan untuk kurangkan rasa sakit.Cepat minum."Kata Neito sambil menuding jari kearah meja kecil yang terletak bersebalahan katil Yuzuki.Yuzuki mengambil cawan yang berisi air herba tersebut lalu meminumnya.

"Hari ni kita takkan adakan latihan.Aku akan soal selidik kau."Kata Neito sambil merenung kearah Yuzuki.

"Soal selidik?"Soal Yuzuki kekeliruan.Pada masa yang sama,Daichi membuka pintu biliknya.Daichi hanya memandang lalu mengangguk kearah Neito.

"Pasal kekuatan Pyro-Force yang ada dalam badan kau."

Yuzuki terkejut setelah mendengar kata-kata Neito.Cawan yang dipegangnya langsung terjatuh dari genggamannya.

______________________________________

"Kuasa kita berdua sangat serupa.Kita berdua ada kelebihan besar dalam pertempuran dekat."Kata Aizawa kepada Fumiya.

Mereka berdua berada di hutan diatas bukit berdekatan.Oleh kerana ini merupakan hari pertama latihan,mereka berdua hanya membuat regangan ringan serta mengenali lebih lanjut tentang kuasa masing-masing.

"Kita mula dengan 100 tekan tubi!!"Kata Aizawa dengan penuh bersemangat.

"Se-seratus!? Mati lah aku..."
Monolog Fumiya sambil berasa kesal.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Où les histoires vivent. Découvrez maintenant