Chapter 6: Declaration Of War

26 2 3
                                    

Pengumuman 'kelahiran Akademi Shinjyu' telah dibuat oleh Yōichiro Taiga selaku direktor akademi sebelum tamat kelas waktu terakhir.Sebaik sahaja pengumuman tamat, pelajar-pelajar mula beredar dari kelas.Ada yang pulang ke rumah dan dorm,ada juga yang menyertai latihan kursus serta perjumpaan kelab dan persatuan.Fumiya pula bersiap-siap untuk pulang ke dorm.

"Mana Yuzuki dengan yang lain-lain ni,Takkan la tak habis lagi perbicaraan? lambat betul."

Fumiya mengeluh sambil menunggu Yuzuki,Hachiro dan Matsumi.
Dalam perjalanan pulang,Fumiya terserempak dengan seorang lelaki tampan dalam lingkungan umurnya berada di hadapannya sambil memandang sekeliling.Fumiya tanpa berfikir cuba menegurnya.

"Maaf,kau tengah cari sesuatu ke?"

Setelah mendengar teguran Fumiya,lelaki tersebut menoleh kearahnya.

"Oh aku tengah cari Dorm Grace.Tau tak dekat mana?"

"Dorm Grace tu.."

______________________________________

Yuzuki memegang lengan Musashi dengan erat.Situasi menjadi agak tegang.Hachiro cuba untuk buat Yuzuki bertenang namun Yuzuki tidak mengendahkannya.Matsumi pula langsung tidak menunjukkan riak muka ceria ketika itu.

"Dengan sekali pandang je,aku dapat tahu yang kau ada bakat terpendam.Cepatlah,keluarkannya."

Musashi mengeluarkan kata-kata seakan-akan mencabar Yuzuki.Yuzuki jadi semakin berang namun masih menahan dirinya.

"Abang jenis apa kau ni?"

"Huh?"

Musashi melepaskan lengannya dari Yuzuki.

"Sepatutnya seorang abang melindungi adiknya.Bukan memandang rendah kebolehan dia! Sama lah jugak dengan kami.Kekuatan tak dinilai dengan luaran je!"

Setelah mendengar kata-kata Yuzuki tersebut,mereka semua terkejut apatah lagi Musashi dan Matsumi.Air mata Matsumi mula mengalir.

"Tak ada apa yang boleh ubah perspektif aku dalam menilai sama ada orang tu layak jadi wira atau tak.Apa yang aku nampak cuma sekumpulan amatur yang tak ada kelayakan."

Musashi mula menunjukkan riak muka berang.Hachiro dan Nishimiya kelihatan marah namun tidak berkata apa-apa.

"Pengecut.Orang macam ni kau ni..pengecut.Layak ke pengecut dipanggil penyelamat manusia?"

Musashi jadi semakin marah mendengar kata-kata Yuzuki.

"Budak tak guna!!"

Musashi melepaskan tumbukan kearah Yuzuki.Belum sempat tumbukannya itu mengenai muka Yuzuki,Daichi terus menghalangnya.

"Tak perlu berkasar la dengan junior."

Mereka semua terkejut.Tiba-tiba sahaja Daichi muncul entah dari mana menahan tumbukan Musashi dengan tangan sebelum sampai ke muka Yuzuki.Daichi menggenggam kuat tangan Musashi sehingga Musashi melepaskannya secara paksa kerana kesakitan.

"Kau pun pertahankan budak-budak ni?"

Musashi memandang Daichi dengan riak tidak puas hati.

"Kau terlalu pandang rendah terhadap orang lain.Dengar sini,diorang cuba sedaya upaya sampai lah ke akademi ni semata-mata untuk jadi wira.Mungkin sekarang lemah,satu hari nanti tak mustahil diorang boleh atasi kita 10 pelajar terbaik."

"cis...Dengar sini,untuk Festival sukan yang akan datang nanti,buktikan yang kau dan kawan-kawan kau ni boleh berpotensi jadi wira.Semestinya,aku takkan bertolak ansur.Yuzuki,kalau kita ditakdirkan untuk berlawan.Aku takkan teragak-agak untuk tumpaskan kau dalam pertempuran arena."

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now