Chapter 22:One Last Time

15 2 4
                                    

Malam yang dingin,ditemani dengan hujan renyai yang turun membasahi bandar Kyoto.Beberapa orang anggota polis mengawasi lokasi kejadian.

"Jumpa apa-apa?"

Soal salah seorang dari pegawai polis tersebut.

"Tak ada pendarahan berlaku pada mangsa.Mungkin peluru ni untuk tidurkan dia."

Kata anggota polis yang memeriksa perompak tersebut.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut,pihak polis telah menghubungi Yoichiro Taiga,Direktor Akademi Tinggi Shinjyu untuk membantu siasatan.

Yoichiro berjalan masuk ke dalam pejabat ketua polis selepas mengetuk pintu.

"Agak lama sejak kali terakhir kita jumpa,Yoichiro."

Yoichiro lalu duduk di hadapan meja Ketua Polis tersebut.

"Macam biasa,kau masih tak ada perubahan.Sama je macam dulu.Tak ada kes penjenayah yang tak dapat diselesaikan,Inspektor Jotaro Konno."

Balas Yoichiro sambil senyum.Sudah lama beliau tidak berjumpa dengan rakannya.

"HAHAHAHA...macam mana dengan anak aku dekat Kyoto?"

Soal Jotaro.

"Dia baik-baik je...mungkin tengah berlatih dengan pelajar senior."

Balas Yoichiro.

Sebaik sahaja selesai berbual kosong.Mereka beralih tempat,di mana mereka boleh berbincang sambil minum teh di meja dan sofa yang terletak tidak jauh dari meja kerja Jotaro.

Selepas sahaja duduk dan menikmati teh panas,Jotaro meletakkan sebuah fail di atas meja.

"Beberapa hari lepas ada satu insiden yang berlaku dekat sebuah lorong di Bandar Kyoto.Semua butiran kes ni ada dalam fail tu."

Yoichiro mengambil lalu membuka fail tersebut.

"Pada mulanya kes ni diurus di Pejabat Polis Kyoto.Sampailah mereka lihat rakaman ni."

Yoichiro lalu melihat gambar di dalam fail tersebut.Gambar tersebut diambil dari rakaman CCTV berdekatan.

"Ini pula rakamannya."

Jotara lalu menunjukkan rakaman video di telefon pintarnya.

"Identiti mangsa,Daigoro Kagemori Umur 39 tahun,duda.Dia dan isterinya dah bercerai kira-kira 4 tahun lepas.Memiliki seorang anak lelaki.Seorang lelaki yang memiliki 3 rekod kes rompakan,1 kes penyeludupan dadah dan 2 kes cubaan serangan seksual keatas orang awam.Pernah di penjara 5 tahun.Ini pulak kes keempat rompakan."

Kata Jotaro.

"Kagemori?"

Balas Yoichiro.

"Aku difahamkan,Kagemori ada anak yang bersekolah di Shinjyu betul? Dia dan anaknya tidak lagi berhubung sejak dia dan isteri dia bercerai."

Balas Jotaro.

Yoichiro melihat rakaman tersebut dengan teliti.

"Tiga orang berjubah hitam tu,memiliki cincin ni."

Kata Jotaro sambil mengeluarkan beg bahan bukti yang berisi cincin delima merah lalu diberikan kepada Yoichiro.

"Cincin ni!..."

Yoichiro terkejut setelah melihat cincin tersebut.

"Ini pulak gambar cincin dari kes kebakaran makmal dulu.Aku tak rasa ni kebetulan.."

Balas Jotaro.

"Lelaki yang buka topeng tu..ada nampak muka dia??"

Soal Yoichiro ingin tahu.

Rise of The Greatest Heroes | COMPLETED✅Where stories live. Discover now