Bab 9

1.6K 35 0
                                    

"Kau tengok apa tu?" tanya Mia Sofea kepada Amin selepas melihat Amin memandang ke arah siling.

"Eh, tak! Saya.. Umm, macam ada nampak cicak tadi...hehehe," Amin membuat cerita.

"Yelah.." Mia Sofea seolah-olah tahu Amin hanya membuat cerita.

Suasana sunyi seketika.

"Jadi..umm, cik-- cik Mia tengah shooting drama apa sekarang?" tanya Amin memecah kesunyian.

"Drama Osaka Cintaku. Sekarang ni lah tengah kat TV. Shooting episod akhir dah ni. Kau ada tengok?" tanya Mia Sofea kembali.

Amin teringat 'drama Mia Sofea' yang pernah disebut oleh anak muridnya Suhaina dan Suzana. Gara-gara drama inilah mereka enggan untuk menyiapkan kerja sekolah mereka untuk malam itu.

"Yang tayang kat TV time malam tu kan?"

"Ha'ah, time malam... Eh, ini macam tak pernah tengok je ni?" Mia Sofea mengecilkan matanya memandang ke arah Amin.

"Oh, maaf. Saya malam-malam tak tengok TV sangat. Sibuk tanda homework anak murid saya. Kalau tak pun, buat soalan exam untuk diorang," jelas Amin dengan nada sedikit rasa bersalah.

"Oh. Yalah. Kau cikgu kan? So, apa drama atau filem aku yang pernah kau tengok?"

"Ummmm.."

Wajah Amin mula berkerut. Dia sedaya upaya memikirkan drama dan filem-filem lakonan Mia Sofea.

"Seriously?" tanya Mia Sofea kehairanan melihat Amin begitu gigih berfikir.

Amin tersengih janggal. Habis. Satu drama atau filem Mia Sofea apa pun dia tak tahu.

"Kau memang tak tengok drama melayu ke?"

"Saya jarang sikitlah. Saya ni biasanya baca novel je. Atau baca manga jepun. Kalau drama.."

"Drama orang putih je? Atau Korea je?" potong Mia Sofea.

"Err.." Amin terkedu.

"Come on lah. Kalau bukan kita yang support drama Melayu kita, siapa lagi kan?" kedengaran nada kecewa pada Mia Sofea.

Aih? Ni kali kedua Amin terkena ayat yang macam ni. Kali pertama dari anak muridnya. Kali kedua dari bakal isterinya ini pulak.

"Maaf..." Amin hanya mampu meminta maaf sahaja.

"Eh, kejab..."

Mia Sofea terfikirkan sesuatu.

"Maknanya kau ni tak berapa kenal aku lah kan? Kiranya bukan peminat aku lah kan?" tanya Mia Sofea.

Amin memegang dagunya.

"Macam tu la kot..." jawab Amin sambil mengangguk perlahan.

"Tapi bukanlah saya langsung tak kenal cik Mia. Cik Mia kan famous. Saya biasa dengar jugak la dengan nama cik Mia ni," sambung Amin lagi.

"Oh ho. Biasa dengar je? Kau biasa dengar dari mana?" tanya Mia Sofea.

"Dari..dari anak murid saya. Ada anak murid saya tu minat betul dengan cik Mia. Sampai esei pun dia tulis pasal cik Mia-"

"Oh kejab," Mia Sofea menghentikan percakapan Amin.

"Lupa nak bagitau tadi. Tak payah panggil cik Mia. Panggil Mia je. Lagipun kau tahu kan kita bukannya orang lain lepas ni.." Mia Sofea memberitahu Amin.

"Ah OK. Boleh.." Amin tersenyum.

"Jadinya, kau biasa dengar nama aku dari anak murid kau lah?"

"Macam tulah.."

"Dari facebook, twitter ke, instagram? Tak ada terbaca pasal aku?"

"Saya tak ada semua tu..."

"I see...!" kata Mia Sofea dengan nada sedikit teruja.

Amin menjadi sedikit hairan. Apa yang teruja sangat ni? Atau, adakah dia salah tafsir yang Mia Sofea ni sebenarnya marah kerana Amin tidak mengenalinya?

Rugayyah dan Hamidah Ahmad kemudiannya muncul sambil membawakan nasi dan lauk pauk untuk makan tengahari bersama.

"Mari anak-anak! Kita makan dulu. Sambung berbual kat meja makan pulak eh?" kata Hamidah Ahmad memanggil Amin dan Mia Sofea untuk makan bersama.

Amin dan Mia Sofea saling berpandangan. Mata mereka bertentangan.

"Err, jom Mia?" Amin mempelawa Mia Sofea.

Mia Sofea hanya tersenyum dan kemudiannya bangkit dari kerusi menuju ke meja makan.

Amin masih kehairanan dengan respon aneh yang ditunjukkan oleh Mia Sofea sebentar tadi. Ya, perempuan sememangnya sangat misteri dan sukar untuk difahami.

**

Jam menunjukkan pukul 2 setengah petang.

Pada ketika ini, Mia Sofea dan Hamidah Ahmad berdiri di muka pintu sambil ditemani oleh Rugayyah dan Amin. Mereka bersiap untuk pulang.

"Terima kasih la kak jemput kami datang. InsyaAllah, nanti lain hari kak dengan Amin pula datang rumah kitorang ya? Masa tu boleh kita bincang lebih lagi. Masa ni kita kenal-kenal je. Ringan-ringan kata orang..." kata Hamidah Ahmad.

"InsyaAllah Midah. Nanti kita plan balik ya? Kalau ikutkan kak dengan Amin ni insyaAllah bila-bila masa boleh jumpa. Cumanya terpulang pada Midah dan Mia Sofea la macammana. Sebab yelah kan. Mia kan sibuk sikit sebab kerja.." kata Rugayyah pula.

"Ish. Tak ada masalah tu kak. Benda boleh plan. Nanti Midah bagitau kak ya?" Hamidah Ahmad sambil tersenyum dan bersalam dengan Rugayyah. Kemudian giliran Mia Sofea pula kehadapan dan bersalam dengan Rugayyah.

Rugayyah tersenyum melihat Mia Sofea.

"Mia, terima kasih la sebab sudi datang walaupun Mia tengah busy dengan kerja Mia semua tu.."

"Eh, tak ada masalah mak cik. Lagipun bagus jugak untuk Mia. Boleh berkenalan dengan mak cik, dengan anak mak cik.." kata Mia sambil memandang ke arah Amin yang berdiri di belakang Rugayyah.

Amin hanya tersenyum kecil dan mengangguk kepala.

"Kalau Mia free ada shooting ke dekat-dekat area ni, datang la rumah mak cik ya?" kata Rugayyah.

"InsyaAllah mak cik..." Mia Sofea tersenyum.

Rugayyah memandang ke arah Amin di belakangnya.

"Haa, Amin. Ada nak kata apa-apa ke? Diorang nak gerak dah ni?"

Amin sedikit terkejut dengan pertanyaan tidak dijangka dari ibunya namun masih boleh mengawal reaksi.

"Tak ada kot ma. Cumanya, mak cik Hamidah dengan Mia hati-hati lah masa balik. InsyaAllah ada masa jumpa lagi," kata Amin.

Hamidah Ahmad tersenyum.

"Ha, Mia? Kamu pun ada nak kata apa-apa tak kat Amin?" Hamidah Ahmad menyiku Mia Sofea sambil tersenyum sinis.

Dengan pantas Mia Sofea menggelengkan kepalanya.

Ouch! Amin sedikit terasa sebenarnya. Tak payah la geleng kepala laju sampai macam tu sekali..

"Yelah... Ok lah kak, Amin. Kami gerak dulu ya? Assalamualaikum.." Hamidah Ahmad memberi salam. Manakala Mia Sofea menunduk sedikit kepalanya tanda hormat.

"Waalaikumussalam.." Rugayyah dan Amin menyambut salam.

Hamidah Ahmad dan Mia Sofea bergerak keluar dari perkarangan rumah Amin dengan kereta mereka. Nasib baik, tiada orang yang melihat pada ketika itu. Kalaulah ada orang ternampak walau seorang sekalipun, habis. Mesti akan menjadi viral seperti yang terjadi ketika Mia Sofea memberi kek di kedai secret resipi pagi tadi--

Eh? Nanti.

Amin mula terfikirkan sesuatu.

Kalau dia berkahwin dengan Mia Sofea nanti, bukankah itu suatu perkara yang besar?

Yang SANGAT besar?

Dan akan menjadi viral?

SANGAT viral?

Bagaimana dengan kehidupannya nanti?

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now