Bab 11

1.7K 32 0
                                    

"Entah apa lah yang diorang fikirkan? Mengarut betul!" bebel Mia Sofea sebaik sahaja memasuki rumah.

"Sniper? Pakai sniper mak? Serius ah? Sniper? Aduh. Saya tiada masa untuk sakit kepala..." Mia Sofea menyambung bebel samhbil meniru iklan ubat di TV.

Hamidah Ahmad yang mengekori dari belakang tersenyum.

"Layan je lah Mia. Dah diorang style macam tu buat macammana.." Hamidah Ahmad tenang memahami keadaan.

"Diorang pun dah banyak tolong kita kan? Sebab diorang lah mak rasa selamat kalau Mia nak pergi shooting mana-mana.." kata Hamidah Ahmad lagi.

Mia Sofea mengangguk faham. Dia juga menyedari hakikat tersebut.

Mia Sofea mengimbas kenangan lalu, pada saat-saat pertama kali dia berjumpa dengan Zam dan Mail, dua orang pemuda dari kumpulan gangster yang kemudiannya menjadi bodyguard tidak rasmi kepada Mia Sofea..

*****

Satu tumbukan padu dilepaskan ke arah wajah Mail. Serta merta anak mata Mail terangkat ke atas. Kakinya mulai longlai. Mail akhirnya rebah dan pengsan.

"Sial! Oi, Mail!" Zam mulai panik melihat keadaan tersebut. Serta merta dia menerpa ke arah Mail yang masih tidak sedarkan diri itu.

"Kau pulak macammana? Nak kena jugak?" tanya Mia Sofea kepada Zam. Zam merasa sedikit tercabar namun bila difikirkan kalau dia juga pengsan kena tumbuk nanti siapa yang nak tengokkan mereka berdua?

"Err..sori kak. Sori. Kitorang saja je gurau. Main-main je bukan serius. Sori ya kak hehe," Mail tersengih-sengih meminta maaf. Dia memilih jalan selamat.

"Dah la tu Mia. Jom blah!" Yayat mengajak Mia untuk beredar segera dari situ. Tanpa berkata apa-apa, Mia Sofea menuruti Yayat dan segera beredar dari situ.

Ketika beredar, Yayat sempat menoleh ke arah Zam dan Mail. Kelihatan Zam masih lagi menampar-nampar pipi Mail dalam cubaannya untuk mengejutkan Mail.

Yayat menelan air liur. Tak sangka juga Mia Sofea sangat kuat sehingga mampu menumbangkan lelaki berbadan sasa seperti itu. Yayat menjeling ke arah Mia Sofea. Kelihatan wajahnya masih berapi-api. Yayat akhirnya mengambil keputusan untuk berdiam diri seketika. Takut juga dia tengok wajah Mia Sofea yang berapi-api macam tu.

Mia Sofea pula berasa sangat teruja. Dia tersenyum. Jiwanya terasa sangat puas. Segala stress dan tekanan kerjanya hilang serta merta selepas menumbuk lelaki itu!

*****

Mia Sofea menggelengkan kepala teringat peristiwa tidak dijangka tersebut.

Seminggu selepas peristiwa itu, Mia Sofea bertemu dengan dua orang lelaki tersebut yang memperkenalkan diri mereka sebagai Zam dan Mail ketika pulang dari site penggambaran. Mia Sofea mengjangkakan mereka ingin membalas dendam namun tanpa disangka mereka memanggil dirinya sebagai Kak Long. Menurut Zam dan Mail, mereka sangat menghormati dan mengakui kehebatan Mia Sofea. Mereka telah mengambil keputusan untuk menjadi pengikut setia. Pada mulanya Mia Sofea tidak melayani kehendak mereka. Namun selepas melihat Zam dan Mail setia menjaga dan mengawal keselamatan Mia Sofea, Mia Sofea akhirnya menerima kehadiran mereka dan melantik mereka sebagai bodyguard tidak rasmi

Hubungan 'Kak Long' Mia Sofea dengan Zam dan Mail berterusan bermula dari masa Mia Sofea belum terkenal, sehinggalah Mia Sofea mencapai kemuncak populariti seperti sekarang.

Bersama-sama dengan Kak Mastura yang merupakan bodyguard lantikan rasni dari agensinya, mereka setia menjaga dan mengawal keselamatan Mia Sofea dari tangan peminat-peminat yang tidak bertanggungjawab.

"Mak, ada betul jugak yang diorang bagitau tu. Kak Mastura pun ada bagitau benda sama. Sejak rumah kita masuk youtube itu hari, memang ramai stalker mula berkumpul kat depan rumah ni mak.." Mia Sofea menongkat dagunya memikirkan perkara ini.

"Betul la mak cakap, kita tak sepatutnya terima offer diorang masuk program rumahku Syurgaku tu... Haish!" sambung Mia Sofea lagi. Mengeluh.

"Tak apa Mia. Yang lepas tu lepas lah..." Hamidah Ahmad menenangkan Mia Sofea.

"Kalau macam tu, kalau nak selamat kita keluarlah dari rumah ni. Mia nak?" sambung Hamidah Ahmad lagi sambil mengaju pertanyaan kepadanya.

"Keluar dari rumah ni? Nak duduk mana?" tanya Mia Sofea balik.

"Duduk rumah si Amin lah. Nanti bila Mia kahwin dengan Amin nanti, tak payah duduk rumah ni. Duduk je rumah Amin sana tu. Lagipun besar jugak rumah Amin tu kan? Selesa pun selesa mak tengok!" kata Hamidah Ahmad sambil memeluk anaknya itu.

"Hadoi mak ni..." Mia Sofea mencebik mulutnya.

Hamidah Ahmad mencubit pipi anaknya itu sambil ketawa.

Manakala di bangku luar rumah, Zam dan Mail sedang bersembang sambil menikmati donut pemberian Hamidah Ahmad tadi. Tiba-tiba, mereka menerima panggilan telefon dari seseorang.

"Hello! Zam! Ni budak 84 langgar tempat kita lagi!" kata suara panggilan tersebut.

"Ba**! Tak serik lagi ke diorang ni!" marah Zam.

"Nak buat macammana? Diorang tak puas hati kita tak kutip duit dari kedai kawasan ni. Diorang nak rampas tempat kita ni balik!"

"Sukahati la kita nak kutip ke tak? Apa diorang peduli! Dah, kau stay je dulu. Biar je dulu apa yang diorang nak buat. Nanti malam aku arrange orang kita serbu ramai-ramai kebun diorang!"

"Baik Zam!"

"Kena ingat! Kita kena jaga kawasan kita ni betul-betul. Pastikan kawasan ni aman tanpa sebarang gangguan demi keselamatan Kak Long!"

"Betul Zam! Demi Kak Long!"

Panggilan dihentikan.

"Malam ni?" tanya Mail.

"Ha ah, malam ni. Budak-budak 84," jawab Zam.

"Tak serik lagi diorang tu.."

"Buat macammana.."

"Eh, kau ada terfikir tak kalau-kalau Kak Long nak pindah pergi tempat lain nanti?"

"Maksud kau?"

"Yelah, kalau Kak Long pindah tempat lain kita pun kena take over kawasan tu jugak la kan?"

Zam terdiam seketika. Betul jugak apa yang Mail katakan tu.

"Kalau macam tu, take over je lah. Dah kerja kita jaga keselamatan Kak Long nak buat macammana.." jawab Zam bersahaja sambil menyuap donut ke mulutnya.

"Tapi, mintak-mintaklah Kak Long stay sini je. Penat nak meninggal masa kita take over kawasan ni dulu. Sayang lah kalau lepas macam tu je haha," Mail ketawa.

"Yelah, mintak-mintak macam tu lah. Kalau take over kawasan baru..ish, satu kerja juga tu hahaha," Zam juga ketawa.

Zam dan Mail ketawa bersama-sama, tanpa menyedari cadangan Hamidah Ahmad untuk berpindah dari situ selepas Mia Sofea berkahwin nanti..

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now