Bab 69

878 28 0
                                    

"Macammana? Dah habis nangis? Hehehe..." Amin mengusik Mia Sofea.

Pada ketika itu mereka bersama-sama berada di luar bilik kaunseling, berdiri bersandar pada dinding koridor sambil dikelilingi oleh suasana sekolah yang sunyi petang tersebut.

"Diam lah kau!" Mia Sofea mencebik.

Ah, malunya Mia Sofea bukan kepalang! Langsung dirinya tidak menyangka boleh menangis di hadapan Amin kerana terlampau panik tadi.

Menangis tak apa lagi... dipeluknya Amin pula! Arghhh! Minda Mia Sofea mula bercelaru sekali.

"Ni Yayat kat mana sebenarnya ni? Hilang lagi ke? Hari tu dah hilang, tak kan hari ni hilang lagi kot?" Amin bertanya pula soal Yayat.

Mia Sofea memandang ke arah Amin. Kelihatannya Amin langsung tidak terkesan atau berasa malu selepas dia dipeluk Mia Sofea tadi. Masih nampak rilek dan bersahaja.

"Itulah Yayat ni! Ish! Mati-mati aku ingatkan dia datang ambik aku. Ambik kau, sampai pukul lima lebih tak ada lagi?!" Mia Sofea kegeraman sambil menghentak kakinya.

"Sabarlah Mia. Mungkin ada hal yang tak dijangka macam hari tu. Macam hari dia kena tahan polis tu. Mana lah tahu kan?"

"Entah lah..." Mia Sofea kelihatan kepenatan. Penat memikirkan soal Yayat. "Kau pulak?" tanya Mia Sofea kepada Amin selepas itu.

"Saya? Nak buat macam mana lagi? Phone dah habis bateri. Motorsikal habis minyak. Kena tunggu pak guard lah mintak tolong dia. Pinjam motor dia ke, pinjam charger dia..." jawab Amin.

"Bukan ke pak guard ni selalu ada ke? Dah nama pun guard kan?"

"Dah kali ni dia tak ada. Apa nak buat..."

"Hmm...."

Mia Sofea memalingkan badannya dan memandang ke arah luar bangunan. Mia Sofea dan Amin saling mendiam, tidak berkata apa-apa sesama mereka. Hanya menikmati sahaja suasana yang sunyi itu di antara mereka.

"Dah berapa lama kau mengajar kat sekolah ni?" tanya Mia Sofea kepada Amin.

"Umm...adalah lima tahun? Agaknya?" jawab Amin.

"Kau mengajar kat sini sebab dulu kau belajar kat sini ke?"

"Tak adalah. Saya cuma apply nak mengajar kat Selangor ni je. Sebab dekat dengan rumah. Rezeki la terus dapat kat sini. Paling dekat la dengan rumah."

"Oh. Nak mengajar pun apply dulu ke? Ingatkan boleh masuk sini terus?"

"Awak belajar kat mana dulu?"

"Aku? Aku dulu SMK Tengku Nazirah. Kenal sekolah tu?"

"Eh? Sekolah femes tu. Salah satu sekolah cemerlang negeri Selangor. Awak sekolah sana?"

"Apasal? Tak percaya aku sekolah sana?"

"Ha'ah. Macam tak percaya pulak hehe!'

"Ish, kau ni!"

Mia Sofea mencubit lengan Amin. Menggeliat kesakitan Amin dibuatnya sambil ketawa.

"Haish...rindu pulak zaman sekolah. Pergi sekolah pagi-pagi. Pergi perhimpunan. Belajar matematik, belajar sejarah, geografi, pergi makmal..." Mia Sofea terkenangkan zaman persekolahannya.

"Saya pun bila tengok budak-budak ni...teringat jugak masa dulu-dulu. Makan kat kantin, beratur beli makanan, main bola masa PJK.." kata Amin pula.

"Kan? Haish...bagusnya zaman sekolah. Tak payah pening-pening kepala macam ni. Kerja la, bayar cukai la, bayar bil..."

Amin tersenyum melihat Mia Sofea yang asyik terkenangkan zaman persekolahannya itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

"Okey, jom?" Amin mengajak Mia Sofea.

"Hah? Pergi mana? Dah nak balik ke?" tanya Mia Sofea kehairanan.

"Bukan...jom, pusing-pusing sekolah. Saya bawak awak. Saya bawak awak masuk kelas, saya bawak awak padang bola, saya bawak awak pergi makmal...nak?"

"Eh..? Nak! Nak! Jom!!"

Mia Sofea begitu teruja sekali dengan cadangan Amin tersebut, sehingga terkeluar sikap keanak-anakannya.

Amin tersenyum.

Dating mereka yang seterusnya bermula! Kali ini dalam kawasan sekolah!

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now