Bab 30

1K 19 0
                                    

Yayat akhirnya tiba di hadapan pejabat Daya Bintang Entertainment.

Tujuannya datang ke agensi ini adalah untuk bertanyakan sendiri kepada Datin Hidayah Ramli mengenai gosip perkahwinan antara Mia Sofea dan Dato' Azman yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Bagaimana dia sebagai pengurus Mia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini?

Dan, di manakah Mia Sofea sekarang? Mengapa dia tidak dapat dihubungi?

Pelbagai persoalan yang sudahpun tersedia dalam kepala Yayat untuk ditanyakan kepada Datin Hidayah Ramli. Malangnya sebaik sahaja Yayat melangkah masuk ke dalam pejabat, dia ditahan oleh seorang pengawal keselamatan.

"Maaf encik Yayat. Encik tak dibenarkan masuk!" kata pengawal keselamatan tersebut.

"Aih? Saya tak boleh masuk? Apa ni pak cik? Tak kan pak cik tak kenal saya?" Yayat agak terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu.

"Ya..saya kenal. Tapi ini arahan orang atasan.." jelas pengawal keselamatan itu, sedikit serba salah.

"Orang atasan? Siapa? Datin?"

"Bukan datin. Datin dah tak ada sini..."

"Eh? Datin dah tak ada? Datin tak kerja sini ke? Habis tu siapa...?"

"Saya pun tak tahu nak cakap. Tapi pagi tadi dengarnya Daya Bintang ni dah ada pemilik baru, bukan Datin lagi..."

"Siapa? Siapa owner Daya Bintang sekarang?"

Pengawal keselamatan itu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum janggal. Kelihatannya jelas yang dia sendiri tidak berapa tahu mengenai perkara ini.

Yayat faham. Pengawal keselamatan itu tugasnya hanya menjaga dan mengawal bangunan ini sahaja. Dia tidak terlibat dengan apa yang berlaku dalam agensi ini. Sudah tentu dia tidak tahu menahu.

"B-Baiklah..terima kasih pak cik.." Yayat mengambil keputusan untuk mengundurkan dirinya.

"Maaf..." pengawal keselamatan itu meminta maaf.

"Tak apa pak cik.." Yayat tersenyum. Nampaknya dia terpaksa menghubungi orang lain yang bekerja dalam agensi ini. Itupun kalau mereka semua masih ada dalam syarikat ini..

"Yayat!"

Nama Yayat dipanggil. Yayat berpaling ke belakang dan melihat Nurain, salah seorang staff di agensi ini melambai ke arahnya.

"Ainnnn!!!" Serta merta Yayat menjerit keterujaan dan berlari tergedik ke arah Nurain. Nampaknya Nurain masih ada dalam agensi ini. Nasib baik!

"Ainn!! Apa yang berlaku ni?" Yayat terus bertanya kepada Nurain.

"Yayat!! Kita ada masalah ni Yat!" Wajah Nurain kelihatan bimbang.

"Kenapa?"

"Agensi kita dah kena take over Yat!"

"Take over? Bila?"

"Aku pun tak pasti. Semalam macam ok lagi. Datin pun datang ofis macam biasa. Tapi pagi tadi..tiba-tiba ada orang lain masuk ofis. Katanya Datin dah jual Daya Bintang ni. So dia owner baru sekarang..."

"Eh??? Siapa? Siapa orang tu?" tanya Yayat dengan mata terbeliak.

Nurain mendiamkan dirinya. Hanya kelihatan bibirnya yang bergerak tanpa berkata-kata.

Yayat dapat mengagak. Yang mengambil alih agensi ni mesti bukan orang yang biasa. Mereka mesti ada kuasa yang besar yang membolehkan pengambilalihan ini berlaku begitu pantas.

Seseorang yang berpengaruh dan sangat kaya...

"Dato' Azman?" Yayat meneka.

Namun, Nurain menggelengkan kepalanya.

"Dato' Maliki..."

Ah, sudah. Dato'Maliki mana pulak ni?

"Dato' Maliki mana ni?" Yayat hairan dengan nama yang jarang didengar itu.

"Dato' Maliki, setiausaha Datuk Seri Hamdan Kassim. Dia yang datang sini, jadi wakil Datuk Seri Hamdan tu..."

"Hamdan Kassim, yang menteri komunikasi tu?

"Ha'ah..."

"Aih? Maksud kau... menteri yang beli agensi ni? Jadi under kerajaan laah??"

"Macam tu lah..." Kelihatan Nurain sendiri keliru dengan apa yang diceritakannya.

"Whaaattttt???"

Yayat tergamam. Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi selepas itu.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now