Bab 45

924 27 0
                                    

Seakan mimpi.

Sebuah tasik di Istanbul telah menjadi saksi pertemuan yang tidak disangka oleh mereka.

"Mia! Jumpa jugak awak kat sini! Ingatkan mustahil nak jumpa tadi. Hahahaha!" kata Amin dengan penuh teruja.

Manakala Mia Sofea pula masih keliru dengan apa yang berlaku. Masih merasakan seperti dirinya sedang berada di alam mimpi.

"Mia..?" Amin memanggil Mia Sofea selepas melihat Mia Sofea tidak memberi respon atas kata-katanya tadi.

"Ah, n-nan-nanti! Jab! Jab! Jab! Macammana kau boleh ada kat sini?"

"Macammana saya boleh ada kat sini? Naik kapal terbang lah.."

"B-bukan! Ish! Maksud aku.. maksud aku kenapa kau kat sini?"

"Saya cari awak sebenarnya Mia.."

"C-cari saya? Cari saya?"

"Ya. Banyak benda yang saya nak bagitau kat awak..."

Amin memandang Mia Sofea dengan wajah yang serius. Tapi entah mengapa, kelihatan Mia Sofea tidak fokus kepada percakapan Amin. Sebaliknya, wajahnya tampak kemerah-merahan.

"Hello beautiful girl!" wanita Turki dengan anaknya yang menegur sapa dengan Mia tadi terserempak lagi dengan Mia Sofea bersama Amin.

"Ah? Eh? Hello sister!" Mia Sofea tersedar dari lamunan.

Wanita Turki kemudian memandang Amin kehairanan.

"Mia, this is your friend?" Wanita Turki itu merujuk kepada Amin.

"Ah, yes. This is..." Mia Sofea ingin memperkenalkan Amin. "No. This is my husband-to-be actually..." kata Mia Sofea lagi selepas itu. Nadanya sedikit segan.

"What? Really? U not tell me u coming here with your husband-to-be!"

"Err..no. Actually..Sorry..."

"So, U are her husband-to-be?" Wanita Turki itu bertanya kepada Amin pula dengan penuh teruja.

"Eh? No. No husband. She no wife. No married yet. We later married. Husband after this lah jadi husband, insyaAllah..." jawab Amin dengan English tunggang langgang.

"That's what I meant! InsyaAllah..." Wanita Turki itu tersenyum.

Mereka terus berbual sesama mereka. Kebanyakannya Mia Sofea yang berbual dengan wanita Turki tersebut sambil Amin berusaha sebaik mungkin mendapatkan isi perbualan mereka.

Wanita Turki itu kemudiannya meminta diri meninggalkan Mia Sofea dan Amin di situ.

"Mia, awak bagitau dia saya ni suami awak ke? Tak baik lah awak tipu.."

"Ish, kau ni. Husband-to-be tu bakal suami. Bukan suami!"

"Bakal suami...hehe," Amin tersenyum.

"Apa senyum-senyum ni?"

"Tak adalah saya... Alhamdulillah.."

"Kenapa?"

"Sebab saya bakal suami awak?"

"Memang la kan?"

Amin tersenyum lagi. Senyuman yang penuh dengan kebahagiaan dan kelegaan. Tahulah Amin bahawa Mia Sofea tidak tahu menahu mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Dato' Azman yang sedang heboh di Malaysia sekarang ni..

Mia Sofea tetap bakal isterinya!

"Mia, sebenarnya kat Malaysia tengah heboh sekarang ni.."

"Heboh? Heboh pasal apa?"

Amin mendiamkan diri. Dia kemudiannya menjemput Mia Sofea duduk di bangku panjang yang menghadap tasik itu terlebih dahulu.

Berlatarkan pemandangan tasik yang cantik itu, Amin menceritakan segala-galanya yang sedang berlaku di Malaysia sekarang.

Isu perkahwinan Mia dengan Dato' Azman,

Pertukaran agensi Daya Bintang Entertainment yang kini di bawah kerajaan,

Kehilangan Yayat,

Dan teori perkaitan antara pilihanraya Negeri Kedah dengan isu perkahwinan Mia Sofea.

Amin terus bercerita kepada Mia Sofea.

"Saya rasa awak dengan Makcik Hamidah dibawa ke sini sebab mereka tak nak awak ganggu perancangan mereka buat masa sekarang.."

"Bila pilihanraya Negeri Kedah tu?"

"Hari penamaan calon lagi 5 hari."

"Kebetulan lagi 5 hari saya balik. Itu pun kalau tak ada apa yang berlaku.."

"Maksudnya memang ada orang nak gunakan awak untuk politik.."

"Tak guna!"

Mia Sofea kemudiannya mengambil sebiji batu di kakinya, dan membaling sekuat hati ke tengah-tengah tasik. Mia Sofea cuba menahan sabar.

"Yayat macammana?" tanya Mia Sofea selepas itu.

"Kak Mastura belum update lagi. Saya rasa Yayat selamat. Cuma kena sekat macam awak jugak.."

"Astaghfirullahal'azim..." Mia Sofea kembali duduk di kerusi sambil menyandar dan memandang ke arah langit. Dia betul-betul tak sangka dengan apa yang berlaku sekarang.

Amin hanya memandang sahaja Mia Sofea yang sedang terbeban itu.

Tanpa disangka, Amin kemudiannya memegang tangan Mia Sofea.

"Eh? Apa ni?" Mia Sofea terkejut, cepat-cepat dia mengalihkan tangannya.

"Tak apa. Awak kan pakai sarung tangan? Saya pun pakai sarung tangan. Mari sini tangan awak," jawab Amin.

"Kenapa?"

"Marilah sini. Saya pegang tangan awak..."

Walaupun berasa ragu-ragu, Mia Sofea tetap juga memberikan tangannya kepada Amin. Amin kemudian memegang tangan Mia Sofea dengan penuh erat.

"Kalau saya ada masalah, inilah yang mama saya buat kat saya. Dia pegang tangan saya erat-erat..." Amin memberitahu Mia Sofea.

Mia Sofea hanya memerhatikan sahaja perbuatan Amin itu. Dia masih lagi berasa aneh.

"Sebab mama nak saya tahu, yang saya ni tidak keseorangan. Maka, inilah yang saya buat kat awak. Saya pegang erat tangan awak sebab saya nak awak tahu, yang awak tidak keseorangan..." sambung Amin lagi selepas itu sambil tersenyum.

Mia Sofea tersentak dengan kata-kata Amin tersebut.

Seketika kemudian, Mia Sofea mengukir senyuman sambil menggenggam erat kembali tangan Amin..

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now