Bab 61

934 28 5
                                    

Sesi persembahan pelajar SMK Ibrahim Yaakub berlangsung dengan meriah sekali.

Bermula dengan koir, ia kemudiannya diteruskan dengan persembahan drama, sketsa komedi, rock band dan nyanyian. Sekarang di pentas sedang berlangsung persembahan silap mata. Hadirin yang menonton termasuklah Mia Sofea berasa amat terhibur.

Sedang Mia Sofea menonton persembahan silap mata, pengetua Haji Kamarudin berkata sesuatu kepada Mia Sofea.

"Maaf cik Mia.." Haji Kamarudin ingin memberitahu sesuatu.

"Ya? Ada apa tuan pengetua?" tanya Mia Sofea.

"Cik Mia naik pentas lepas majlis penyampaian anugerah boleh?" tanya Haji Kamarudin.

"Eh? Saya sepatutnya naik ke pentas lepas ni kan?"

"Betul cik Mia. Tapi lepas kami bincang tadi risau pulak kalau penonton semua balik awal lepas cik Mia habis buat persembahan. Sebab tu kalau cik Mia tak keberatan saya nak minta cik Mia buat persembahan penutup. Kalau cik Mia boleh stay sini lama lagi la.."

Mia Sofea berfikir seketika. Baik juga kalau dia berada di sini lama sikit. Lagipun, dia masih belum berjumpa dengan Amin lagi. Dan, Ustazah Husna. Siapa perempuan yang disebut-sebut itu sebenarnya? Teringin juga rasanya Mia Sofea nak tengok dan kenal.

"Baiklah tuan pengetua. Saya okey je..." jawab Mia Sofea.

"Alhamdulillah. Nanti saya maklum pada diorang. Terima kasih banyak cik Mia!" kata Haji Kamarudin.

"Sama-sama..."

Tepukan gemuruh diberikan. Aksi silap mata daun terup yang ditunjukkan oleh pelajar silap mata tadi berakhir dengan penuh bergaya. Sekarang dia membuat aksi silap mata terakhir, iaitu aksi ikatan tali.

Yayat yang berada di sebelah Mia Sofea mula menegur Mia Sofea.

"Eh Mia, pengetua tadi kata apa kat kau? Aku tak berapa dengar la. Sibuk tengok silap mata.."

"Takde. Diorang mintak aku buat persembahan penutup. Lepas habis majlis anugerah..."

"Hah? Kau buat persembahan penutup? Kau nak stay sini lama lagi?" Yayat kelihatan agak risau.

"Kenapa?" Mia Sofea bertanya.

"Lepas ni kau ada meeting dengan designer Dato' Roziman tu. Pasal jadi model tudung baru diorang..." kata Yayat.

"Itu pukul 3 kan?"

"Ya. Tapi nanti masa rehat kau jadi short lah. Pasal pukul 2 kita dah kena gerak pergi sana!"

"Ish, takpe..."

"Hmmm. Ni mesti sebab Amin belum datang lagi kan? Sanggup kau tunggu eh?"

"Ish, kau ni! Aku cepuk karang! Nasib naik depan orang kalau dalam kereta aku dah cepuk kau!"

Yayat hanya ketawa, bangga kerana dapat mengusik Mia Sofea lagi.

"Tapi itulah. Mana si Amin ni ya? Tak kan dah balik rumah kot?" Yayat juga mula kehairanan.

Mia Sofea mendiamkan diri sahaja, tidak memberi apa-apa respon kepada kata-kata Yayat tersebut.

Selesai sahaja sesi persembahan pelajar, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan anugerah kepada pelajar dan guru. Masa rehat sepuluh minit diperuntukkan supaya mereka dapat menyiapkan pentas untuk acara ini.

Pada ketika ini, kelihatan tuan pengetua Haji Kamarudin yang semakin gelisah. Ini kerana Amin masih belum nampak kelibat pun lagi sedangkan acara penyampaian anugerah sudah pun bermula. Haji Kamarudin berasa sangat bimbang jika Amin berjaya memenangi anugerah, namun dia tiada di sini.

Seorang guru lelaki kemudiannya datang dan membisik sesuatu kepada Haji Kamarudin. Dia mendengar dengan teliti. Wajahnya berubah sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh guru lelaki tersebut.

"Apa? Hospital?" Haji Kamarudin terkejut.

Mia Sofea yang berada berhampiran dengan Haji Kamarudin mendengar perkataan 'hospital' itu dengan jelas sekali. Dia mula berasa tidak sedap hati.

Haji Kamarudin kemudian menyampaikan apa yang didengarinya itu kepada Hajah Aminah dan Puan Noraini bekas pengetua di sebelahnya. Mia Sofea cuba memasang telinga. Walaupun tidak berapa jelas, Mia Sofea masih dapat menangkap apa yang sedang diperkatakan oleh mereka...

"...Amin berada di hospital.."

Serta merta jantung Mia Sofea gugur. Wajahnya turut berubah sehingga disedari oleh Yayat yang berada di sebelah kiri Mia Sofea.

"Eh, Mia? Kenapa ni?" Yayat mula bertanyakan Mia Sofea.

"A-Amin..."

"Ya, ada apa dengan Amin? Eh, kau dah tahu mana dia ke?"

"Hospital..."

"Hah? Apa?" Yayat terkejut. Dia terus menjadi cuak.

"Y-yat, aku kena pergi hospital sekarang! Aku nak pergi hospital.." kata Mia Sofea. Dia kelihatan sangat cemas.

"Eh, Mia? Jab! Sabar Mia. Sabar! Tenang dulu. Kau kasi aku lima minit. Aku siasat benda ni sekejab. Nanti aku datang balik. Kau rilek dulu sini. Nanti aku uruskan!" Yayat kemudiannya terus bangkit dari kerusinya dan meninggalkan Mia Sofea.

Mia Sofea memandang ke arah Haji Kamarudin. Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia bertanya Haji Kamarudin dengan teliti berkenaan dengan Amin yang didengar tadi sedang berada di hospital. Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk bertanya.

Bukan kerana bimbang jika identiti Amin sebagai tunangnya terbongkar,

Tapi kerana dirinya tidak bersedia untuk mendengar pengkhabaran berita tidak baik mengenai Amin.

"Baiklah! Sekarang ni kita akan pergi ke acara seterusnya, iaitu acara penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka tadi, dan paling utama acara penyampaian anugerah guru SMK Ibrahim Yaakub!" pengacara majlis Tengku Mikael memulakan majlis.

Dengan segala kekuatan yang ada, Mia Sofea menenangkan dirinya. Dia harus sedaya upaya mengekalkan sikap professionalisma pada saat-saat sebegini, demi peminatnya yang setia bersamanya sejak dari tadi.

Jauh di sudut hati, Mia Sofea berdoakan keselamatan Amin..

Isteri Paling Popular!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora