Bab 41

873 23 0
                                    

Menurut Kak Mastura, dia telah menghantar Mia Sofea dan Hamidah ke lapangan terbang pada minggu lepas. Mereka terbang ke Turki kerana perlu menjalani penggambaran drama yang kononnya 'last minute' di sana.

Kak Mastura turut terkejut dengan isu kontroversi mengenai perkahwinan Mia Sofea dan Dato' Azman. Dia yakin, itu adalah berita palsu semata-mata kerana Mia Sofea tidak pernah menyebut berkenaan hal ini kepadanya. Jika ikutkan hati, ingin sahaja dia menghubungi Mia Sofea untuk mendapatkan cerita yang sebenar. Namun sebagai seorang pengawal peribadi, dia harus kekal profesional dan tidak masuk campur dalam urusan peribadi majikannya.

Walaubagaimanapun, Kak Mastura sudi membantu Amin. Kak Mastura memberitahu Amin destinasi penggambaran Mia Sofea di Turki itu. Ini kerana Kak Mastura mempunyai jadualnya.

Maka keputusan akhirnya telah diambil oleh Amin..

Dia akan pergi ke Turki untuk mencari Mia Sofea!

*****

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, Turki

Setelah mengharungi perjalanan kapal terbang selama lebih dua belas jam, Amin dengan gayanya ala backpacker akhirnya tiba di Turki buat kali pertama dalam hidupnya...

Ah!

Amin memegang kepalanya yang tidak sakit. Dia masih tidak sangka sedang berada di Turki sekarang! Tindakannya ini sangat mengejutkan dirinya sendiri...

"Betul ke aku ni? Betul ke...?" Amin bermonolog sendirian, masih berasa tidak percaya yang dia kini sedang berada di Turki.

Seharusnya tindakan ini lebih sesuai jika dilakukan bersama Yayat, memandangkan Yayat pernah mengikuti Mia Sofea menjalani penggambaran di Turki ini suatu ketika dahulu. Maka sudah tentu Yayat tahu apa yang perlu dilakukan.

Malangnya, Yayat masih belum dapat dihubungi. Dalam masa sama, Kak Mastura berjanji akan menolong mencari dan menjejaki di manakah Yayat.

Memandang tiada orang lain, Amin terpaksa terbang seorang diri ke Istanbul ini walaupun dia tidak pernah pergi ke mana-mana negara lain sebelum ini.

Apapun yang terjadi, sudahpun terjadi. Amin terpaksa menempuhi segalanya seorang diri tanpa bantuan dari sesiapa.

Destinasinya sekarang hanyalah satu,

Iaitu Mia Sofea.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now