Bab 60

932 26 1
                                    

Amin masih teringat.

Kali terakhir dia bersama dengan Mia Sofea adalah ketika mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dari Istanbul. Sebaik sahaja Mia Sofea keluar daripada Balai Ketibaan, Mia Sofea terus dikerumuni oleh para peminatnya yang menjerit dan mengambil gambar dan videonya seumpama para wartawan. Pada ketika itu Amin hanya mampu memandang dan tersenyum. Dengan perlahan, Amin menjarakkan dirinya dari Mia Sofea, Hamidah dan Yayat supaya kehadirannya tidak diketahui oleh peminat Mia Sofea.

Amin akhirnya terus pulang ke rumah, dan tidak lagi berhubungan dengan Mia Sofea. Dia sendiri tidak mahu mengganggu Mia Sofea yang diketahuinya sibuk dengan pelbagai perkara selepas itu.

Dan tanpa disangka Amin, pada hari ini Mia Sofea telah datang ke sekolahnya. Ini adalah peluang keemasan bagi Amin untuk bertemu dengan Mia Sofea selepas sekian lama tidak bertemu dengannya. Walaupun mungkin mereka tidak bercakap panjang nanti, bagi Amin cukuplah kalau sekadar melihat wajah Mia Sofea secara berhadapan sahaja.

Preengg! Enjin motorsikal dihidupkan.

Gear kemudiannya dimasukkan dan Amin mula membonceng motorsikalnya keluar dari perkarangan Dewan Utama Shah Alam. Dalam fikiran Amin cuma satu, iaitu pulang ke SMK Ibrahim Yaakub bagi bertemu dengan Mia Sofea....

Ah, bukan!

Amin menggelengkan kepalanya. Dia harus pulang supaya dia dapat menyertai majlis penyampaian anugerah Hari Guru di sekolahnya seperti yang dirancang, bukan sekadar bertemu dengan Mia Sofea sahaja.

Motorsikal Amin terus ditunggang dengan kelajuan 60km/j. Tidak terlalu perlahan, tidak juga terlalu laju. Bagi Amin tiada apa yang perlu dikejarkan di sini. Yang penting, selamat.

Tanpa disedari Amin sebuah kereta Myvi tiba-tiba keluar dengan laju dari simpang tiga berdekatan dengan Amin kemudiannya...

Kedegang!!!!!

********

Mia Sofea mula kehairanan.

Sepatutnya Amin sudahpun tiba di sekolah sekarang. Tapi sampai sekarang, Mia Sofea masih tidak nampak kelibat Amin lagi.

Mia Sofea mula berasa gelisah.

"Eh, mana si Amin dengan Ustazah Husna ni tuan haji? Belum datang sampai lagi ke diorang ni?" Hajah Aminah bertanya kepada pengetua Haji Kamarudin.

Pada ketika itu, sesi persembahan pelajar akan bermula sebentar lagi. Para pelajar yang akan membuat persembahan sedang sibuk di belakang pentas bagi membuat persediaan. Sepatutnya Mia Sofea sebagai artis jemputan turut bersedia, namun dia memilih untuk menonton persembahan pelajar lain terlebih dahulu untuk meraikan mereka.

Sebaik sahaja mendengar Hajah Aminah dan Haji Kamarudin berbual mengenai Amin, cepat-cepat Mia Sofea memasang telinga.

"Entah lah cikgu. Saya pun tak pasti. Tak silap saya program Hari Guru yang kat Shah Alam tu dah lama habis. Kata Amin nak datang sebelum majlis anugerah. Tapi itulah...tak sampai pun lagi," kata Haji Kamarudin. Kelihatan dia sendiri berasa hairan.

"Entah-entah cikgu Amin dengan Ustazah Husna pergi dating tak tuan Haji?" Hajah Aminah berseloroh sambil ketawa.

Panas je hati Mia Sofea di sebelah mendengarnya.

"Hahaha. Tapi setakat yang saya kenal cikgu Amin, tak adanya dia buat benda macam tu. Dia tu utamakan kerja dia dan sekolah dahulu. Entah, mungkin dia sekarang tengah jumpa cikgu-cikgu dari sekolah lain agaknya..." Haji Kamarudin tersenyum.

Lega hati Mia Sofea mendengarnya.

"Yalah..." Hajah Aminah mengangguk.

Sesi persembahan pelajar akhirnya bermula. Pengacara majlis, Tengku Mikael menaiki pentas untuk membuka acara. Kemudiannya dia menjemput pasukan koir sekolah yang diketuai oleh penolong ketua pelajar, Maisarah untuk membuat persembahan...

Isteri Paling Popular!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن