Bab 31

1.2K 23 0
                                    

"Benda ni semua ada kaitan dengan gosip Mia ke?" tanya Yayat selepas mendiamkan diri seketika.

"Ini..aku pun tak pasti. Aku pun terkejut jugak macammana gosip tu boleh keluar!" jelas Nurain sambil menggarukan kepalanya.

"Ish, apa aku nak buat ni? Dah tu kenapa aku tak boleh masuk agensi ni pulak! Aku kan manager Mia?" jelas ketidakpuashatian ditunjukkan oleh Yayat. Dia menumbuk-numbuk pahanya berulang kali dan berpusing badannya ke sana sini.

"Eh? Err...Yayat?" Nurain kehairanan.

"Kenapa? Apa lagi ni?" Yayat berpaling ke arah Nurain dengan pantas, sedikit emosi. Namun Nurain tidak mengambil hati.

"Yat, kau tak ada dapat notis ke?"

"Notis? Aduh. Notis apa pulak ni? Lahai..."

"Notis... Err..."

"Cakaplah!"

"Notis pemecatan? K-kau sebenarnya dah kena pecat Yat. Kau bukan manager Mia lagi..." Nurain menelan air liurnya ketika menceritakan hal ini kepada Yayat. Situasi itu terasa sangat cemas sekali.

Namun, Yayat memandang Nurain sambil tersenyum. Tanpa disangka, Yayat mula ketawa berdekah.

"Hahahahhaha!"

"Yat?"

"Kau ni Ain! Agak-agak lah! Tak kan lah diorang nak pecat aku pulak. Kan aku ni manager Mia dari dulu lagi? Nak pecat aku pasal apa pulak? Tak kan lah.. amboi! Hahaha!"

Yayat ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudian mengangkat mukanya, memandang ke arah Nurain. Yayat melihat Nurain memandangnya dengan wajah yang serius.

Yayat mula tidak sedap hati.

"Ain, kau buat lawak kan?"

Nurain hanya mendiamkan diri. Menelan air liur dan memandang ke bawah, tidak berani rasanya untuk menatap wajah Yayat lama-lama. Semakin menebal rasa bersalah dalam dirinya walaupun dia tiada kaitan dengan pemecatan Yayat ini.

"Tak Yat. Aku tak bergurau. Memang kau kena pecat. Aku ingat kau dah tahu..." perlahan sahaja suara Nurain memberitahu.

"Ain, kalau betul aku dah kena pecat mesti aku sendiri dah tahu kan? Aku tak terima apa-apa notis pun?"

"K-kau ada cek email hari ni?"

"Email..?"

Oh! Oh, ya!

Dengan segera Yayat mengambil telefonnya untuk memeriksa emel. Matanya terpaku pada skrin, membaca tajuk emel terbaru di dalam senarai emelnya di inbox.

[Notis Pemecatan: Daya Bintang Entertainment Agency]

Hampir sahaja telefon terlepas dari tangan Yayat. Dengan pantas dia berpaling ke arah Nurain dengan wajah seakan tidak percaya.

"Sabar Yat...sabar."

Namun sabar Yayat tidak tertahan. Pada masa itu juga Yayat menjerit sekuat hati sehingga didengari oleh satu bangunan tersebut.

*******

Yayat termenung seorang diri di sebuah kafe berhampiran dengan pangsapurinya.

Mindanya bercelaru.

Dia berasa sangat hampa. Setelah bertahun bekerja untuk Mia Sofea, tanpa disangka agensi Mia Sofea, Daya Bintang Entertainment telah memecatnya sebagai pengurus tanpa alasan yang kukuh.

Sudah berpuluh kali, malah mungkin ratusan kali dia telah cuba untuk menghubungi Mia Sofea dan Hamidah. Namun panggilannya langsung tidak masuk. Sepertinya telefon mereka dimatikan. Kat mana mereka sebenarnya? Apa yang mereka sedang lakukan?

Begitu juga dengan Datin Hidayah Panggilannya masuk, namun tidak diangkat. Seolah-olah sengaja membiarkan telefonnya berdering tanpa dipedulikan. Yayat memahami, mungkin Datin Hidayah menghadapi masalahnya tersendiri selepas agensi yang dibina sejak dari tanah ini secara tiba-tiba dijual dan menjadi milik orang lain, atau lebih tepat milik kerajaan.

Kenapa kerajaan secara tiba-tiba..

Arghhh!!!

Yayat semakin tension. Malas baginya untuk memikirkan hal ini lagi.

Tapi kalau tak fikir, hal ini datang sendiri dalam kepalanya pula...

Argghhhh!!!

Yayat tak tahu apa yang harus dilakukan. Ingin sahaja dia bangun dan pergi ke mana-mana tempat. Namun seolah punggung sudah melekat di kerusi empuk tersebut. Malas sungguh rasanya nak bangun!

Argghhhhhh!!!

Ingin sahaja Yayat nak menjerit tanpa sebab.

Yayat menoleh ke arah luar tingkap. Masa ini waktu tengahari. Kelihatan ramai orang di luar sana mula keluar untuk makan tengahari bersama kawan atau rakan sekerja mereka. Mungkin tak lama lagi kafe ini juga akan dipenuhi orang.

Yayat akhirnya bangun dari kerusi. Dia harus mencari tempat lain, yang lebih sunyi supaya dirinya dapat keseorangan melayan perasaan.

Perasaan sebagai seorang penganggur terhormat...

Tiba-tiba, mata Yayat menangkap sesuatu. Kira-kira di pintu masuk sebuah kedai buku bertentangan dengan kafe yang didudukinya sekarang, kelihatan seorang gadis yang pernah Yayat temui sebelum ini.

Dia adalah si gadis bertudung labuh misteri..

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now