Bab 24

1.1K 32 0
                                    

Kekuatan seorang pelakon bukan terletak pada bakat, tapi terletak pada popularitinya.

Seandainya seorang pelakon berbakat sekalipun, seandainya dirinya tidak popular dan tidak dikenali, kerjayanya juga tidak akan ke mana.

Bakat hanyalah salah satu alat yang digunakan untuk mengekalkan populariti sahaja. Bukannya penentu kerjaya seseorang pelakon.

Dan jika bakat adalah alat untuk mengekalkan populariti, maka terdapat juga alat untuk menjatuhkan populariti.

Alat tersebut dikenali sebagai  'kontroversi'.

Walaupun bakat itu adalah alat untuk mengekalkan populariti, manakala kontroversi itu alat untuk menjatuhkan populariti, pada hakikatnya kuasa antara keduanya langsung tidak sama. Sebesar manapun bakat yang seseorang itu ada, jika dia mempunyai sekelumit kontroversi sekalipun tidak mustahil popularitinya boleh jatuh.

Kontroversi inilah perkara yang paling ditakuti oleh Yayat jika ia terjadi kepada Mia Sofea.

Dari segi bakat lakonan, Yayat mengakui Mia Sofea sememangnya seorang pelakon yang hebat dan semulajadi, bukan bersandarkan kepada rupa semata-mata. Ini dibuktikan apabila Mia Sofea pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik dan pelakon pembantu wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia sebelum ini.

Namun, ia tidak menjamin keselamatan Mia Sofea daripada bahana kontroversi.

Kerana itu Yayat sedaya upaya melindungi Mia Sofea daripada sebarang unsur yang boleh menimbulkan kontroversi. Ini termasuklah menjaga perhubungan  Mia dengan mana-mana lelaki yang boleh menjejaskan kerjayanya.

Amin.

Lelaki itu.

Lelaki yang entah siapa-siapa itu berjaya menyelinap masuk ke dalam tembok yang dibina di sekeliling Mia Sofea oleh Yayat. Dia sebenarnya sudah cuba sehabis baik untuk menukar fikiran Mia Sofea dan Hamidah berkenaan dengan hal perkahwinan dengan Amin ini. Namun gagal.

Sebaik sahaja menerima mesej [Aku jadi kahwin] daripada Mia Sofea semalam, Yayat menyedari dirinya sudah pun kalah. Tiada apa yang boleh dilakukannya lagi. Mia Sofea akan berkahwin. Popularitinya akan jatuh. Segala reputasi yang dibina akan berkecai. Mia Sofea tidak lagi akan menjadi popular seperti dahulu...

"Apa yang kau menungkan ni Yat? Dari tadi aku tengok pikir sorang-sorang? Tengah monolog apa kau ni?"

Mia Sofea menegur sambil menghirup teh bobba yang dibeli oleh pembantu pengarah kepadanya tadi. Mia hairan, daripada tadi dia melihat Yayat termenung panjang. Langsung tidak menyentuh pun teh bobba miliknya yang sudah mula mencair itu.

Pada ketika ini, Mia Sofea sedang berehat sementara menunggu giliran adegan penggambarannya. Sekali sekala Mia Sofea menoleh ke arah set, melihat-lihat sesi penggambaran lain yang sedang dilakukan oleh krew. 

"Kau cuba cakap apa masalah kau ni Yat? Share je kat aku!" kata Mia Sofea sambil memandang ke arah Yayat kembali.

Yayat merenung wajah Mia Sofea.

Huh....

Yayat menghembuskan nafas yang berat. Padanya kelihatan Mia Sofea langsung tidak menyedari apa yang bakal berlaku di masa depan nanti kesan daripada keputusannya untuk berkahwin dengan Amin itu.

"Kau tengok muka aku kau mengeluh?  Nak kena debik kau ni!" Mia Sofea mengacah-acah untuk menumbuk Yayat. Spontan Yayat menjerit kecil. Tertawa Mia Sofea dibuatnya.

"Kau ni Mia! Aku sedang pikir pasal kau ni lah!" Yayat akhirnya membuka mulut.

"Pasal aku? Pasal apa?"

"Pasal hal kahwin kau dengan Amin lah nanti!"

"Laa.. Apa yang kau nak pikirkannya?  Yang kahwin aku, bukan kau.."

"Mia..."

Mia Sofea memandang wajah Yayat yang serius itu. Mia Sofea tersenyum kecil, memahami kegusaran yang sedang bermain di fikiran Yayat.

"Kau risau pasal populariti aku ke nanti Yat?" nada Mia Sofea bertukar lembut. Kali ini mereka akan berbincang suatu perkara yang boleh dikatakan serius.

"Ya..." Yayat memegang wajahnya dan menunduk.

"Kau tak payah risau la pasal tu Yat. Sama ada aku popular atau tak, aku tetap akan berlakon..."

"Maksud kau?"

"Ya, aku tahu. Bila aku dah kahwin nanti, populariti aku mungkin akan jatuh. Tapi aku tak kisah itu Yat. Aku berlakon bukan sebab nak kejar populariti. Aku berlakon sebab memang aku minat berlakon. Aku suka kerja aku sekarang ni. So kalau lepas ni populariti aku jatuh, aku tak dah tak popular, dapat watak-watak yang kecil je.. Aku tak kisah. Yang penting aku dapat teruskan kerjaya aku. Walaupun tanpa populariti.  Tu je... " jelas Mia Sofea dengan bersahaja.

"T-tapi selama ni kau dah bersusah payah bina populariti kau Mia. Tak kan nak biarkan musnah macam tu je!"

"Tak apa..." jawab Mia Sofea, dengan senyuman yang penuh dengan ketenangan.

Yayat merenung wajah Mia Sofea. Nampaknya tak ada apa lagi yang boleh dilakukannya. Mia Sofea sudahpun bersedia untuk menerima impak yang bakal berlaku hasil daripada perkahwinannya dengan Amin selepas ini.

"Yat.. Kalau aku dah tak popular lagi lepas ni, kau nak stay jadi manager aku lagi ke?" tanya Mia Sofea sambil menongkat dagunya memandang tepat ke arah Yayat.

Yayat terpaku seketika dengan soalan tersebut.

Dan sedetik kemudian, senyuman terukir di wajah Yayat.

"Mestilah! Sampai bila-bila pun aku stay jadi manager kau Mia! Sampai bila-bila pun aku akan ikut kau!" kata Yayat dengan penuh bangga sekali.

"Haa... Macam tulah manager aku!" Mia Sofea turut merasa bangga dengan Yayat.

"Hehehe..." Yayat tersengih-sengih. "Tapi sorilah kalau kau tak selesa. Aku just concern dengan populariti kau je, dengan kerjaya kau semua ni Mia. Kalau tak aku, siapa lagi yang concern pasal benda semua ni kan?" kata Yayat lagi selepas itu.

"Hmm.. Sebenarnya kau orang kedua yang cakap dengan aku pasal benda ni, tau?" Mia Sofea tersenyum sinis.

"Eh? Dah ada orang lain cakap pasal benda ni kat kau? Siapa tu Mia? Oh?  Mak cik Hamidah eh?" Yayat agak terkejut.

"Bukan..err," riak wajah Mia Sofea sedikit berubah. Seakan dirinya telah terkantoi sesuatu.

"Habis tu? Siapa lagi?"

"A-Amin..." serba salah Mia Sofea menyebut nama Amin. Atau, malu-malu?

"Amin? Bakal suami kau tu?" Yayat terperanjat.

"Y-y-ya..." Mia Sofea mengalihkan anak matanya memandang ke arah set. Nasibnya baik, penolong pengarah melambai ke arahnya memanggil. Adegan untuk Mia akan bermula sebentar lagi. Pantas Mia Sofea bangun dari kerusi dan terus pergi meninggalkan Yayat yang masih termangu.

"Amin..." Yayat menyebut nama Amin. Agak sukar untuk Yayat percaya bahawa Amin juga sebenarnya mengambil berat tentang risiko kerjaya dan populariti Mia Sofea.

Yayat akhirnya mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Amin selepas ini. 



Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now