Bab 35

876 24 0
                                    

Suzana meneliti beberapa artikel di internet dan media sosial mengenai isu perkahwinan Mia Sofea dan Dato' Azman.

Wajahnya berkerut. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada artikel-artikel tersebut. Iaitu setiap artikel itu menceritakan isu ini secara keseluruhan sahaja tanpa sebarang perkara terperinci di dalamnya. Langsung tiada gambar Dato' Azman dan Mia Sofea bersama. Langsung tiada kenyataan dari pihak Mia Sofea sendiri. Langsung tidak diceritakan sebarang peristiwa berkaitan yang menghubungkan Mia Sofea dan Dato' Azman.

Suzana pasti. Isu perkahwinan antara Mia Sofea dan Dato' Azman ini hanyalah sekadar gosip. Gosip kosong yang dibuat-buat tanpa sebarang asas padanya.

Namun, atas sebab tertentu gosip ini begitu meluas dan mendapat perhatian masyarakat kini betul-betul yang percaya bahawa Mia Sofea sememangnya akan berkahwin dengan Dato' Azman. Sepertinya, ada pihak yang sengaja menyebarkan gosip ini ke mana-mana demi mempengaruhi kepercayaan masyarakat.

Tapi siapa?

Siapa yang menyebarkan perkara yang tidak berasas ini?

Apa tujuan mereka?

Sekali imbas, sudah tentu perkara ini datangnya daripada pihak Dato' Azman. Ini kerana Mia Sofea adalah seorang artis yang bersih dari sebarang kontroversi. Jadinya tidak mungkin isu ini timbul daripada pihak Mia Sofea.

Berbeza dengan Dato' Azman, dia datangnya dari keluarga ahli politik. Bapa dan abangnya adalah orang berpangkat tinggi dalam parti kerajaan sekarang. Sebagai keluarga yang berlatarkan politik, tidak mustahil segala isu timbul disebabkan oleh tangan-tangan mereka.

Masalahnya, kenapa di pihak Mia Sofea sendiri tidak berkata apa-apa?

Suzana kemudiannya membuka emel. Dia memeriksa beberapa emel yang mungkin terlepas.

Ya, seperti diduga memang ada pihak yang sengaja menyebarkan gosip ini. Suzana menemui sebuah emel yang menawarkan dirinya wang sebanyak RM20,000 untuk menulis gosip berkenaan perkahwinan antara Mia Sofea dan Dato' Azman.

RM20,000...

Itu sememangnya suatu jumlah yang sangat banyak. Kalau diikutkan nafsu sudah tentu Suzana atau Si Gadis Bunga itu menulis sahaja berkenaan gosip ini walaupun hanya beberapa perenggan sahaja.

Namun, Suzana teringat akan cikgunya, Amin...

"Suzana, walau apa pun kerja yang kamu buat kamu kena jujur dan bersungguh-sungguh. Baru duit tu berkat. Tak guna kalau dapat duit yang banyak sekalipun tapi duit tu tak berkat. Bila-bila masa Tuhan tarik balik duit itu nanti. Penat je yang kamu dapat akhirnya..."

Atas dasar pesanan inilah yang membuatkan Suzana sentiasa jujur dalam penulisannya.

Maka, sudah tentu tawaran RM20,000 itu tidak akan dilayaninya. Suzana akan terus berusaha menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi tanpa sebarang penipuan atau fakta yang tidak berasas.

Oh, Suzana perasan ada kehadiran emel yang baru lagi.

Suzana membuka emel tersebut dan menelitinya....eh?

Daya Bintang Entertainment dah bertukar tangan? Kini diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia?

Bukankah Daya Bintang Entertainment ini agensi yang menguruskan Mia Sofea?

Kelihatannya seperti ada suatu konspirasi politik yang berlegar berkaitan dengan Mia Sofea..

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now