Bab 71

1K 32 2
                                    

"Hmmm..."

Amin mengerut wajahnya berfikir sambil tangannya memegang handle basikal.

"Kenapa? Apasal?"

Mia Sofea bertanya. Kehairanan melihat perbuatan tunangnya tersebut.

"Kejab. Saya blur kejab. Lama tak bawak basikal.."

"Takpe. Bawak je. Dua tiga kayuh dapatlah feel tu balik."

"Kalau jatuh macammana?"

"Jatuh, jatuhlah!"

"Saya je yang jatuh tak apa. Masalahnya takut awak jatuh dengan saya sekali.."

"Kau ni. Kita jatuh sama-samalah. U jump, I jump gitu kan?"

Amin ketawa terbahak mendengar kata-kata Mia Sofea tersebut.

"Yelah cik Mia! Okey, jom naik!"

Dengan perasaan teruja, Mia Sofea duduk membonceng basikal yang ditunggangi Amin itu. Amin kemudian memulakan kayuhan dengan perlahan dan membaca bismillah.

"Bismillahirrahmanirrahim.."

"Bismillahirrahmanirrahim!"

Mia Sofea turut membaca bismillah, dengan kuat sekali. Basikal mula bergerak. Pada awalnya Amin sedikit kekok namun lama kelamaan kayuhannya semakin lancar dan lancar.

Secara rasminya Amin dan Mia Sofea menaiki basikal untuk pulang ke rumah!

Berlatarkan keindahan malam, Amin menunggang basikal sambil dibonceng oleh Mia Sofea. Tidak begitu perlahan, tidak juga begitu laju. Sebenarnya mereka menyedari bahawa perbuatan dua orang dewasa menunggang dan membonceng basikal seperti kanak-kanak mungkin kelihatan janggal untuk dilihat. Namun mereka tidak mempedulikan hal itu.

Kerana apa yang penting, mereka berdua boleh bersama. Ini adalah perkara yang cukup bahagia bagi mereka berdua...

Buk!

Amin terlanggar lubang kecil di tengah jalan. Spontan Mia Sofea memeluk Amin dengan lebih erat.

"Eh, sorry Mia. Saya tak perasan lubang tadi!"

Segera Amin meminta maaf.

"Tak apa.."

Pelukan Mia Sofea kepada Amin dilonggarkan perlahan-lahan. Merah menahan malu wajah Mia Sofea sebenarnya.

"Awak pegang la saya."

"Kau okey ke aku pegang kau?"

"Tak apa. Kang awak jatuh lagi susah saya."

Mia Sofea kemudiannya kembali memeluk pinggang Amin. Tidaklah begitu erat, sedang-sedang sahaja. Cukup untuk dirinya menstabilkan diri dalam keadaan membonceng basikal.

Langit kelihatan sangat indah pada malam ini. Dengan hiasan bintang-bintang yang bertaburan, cukup cantik untuk dipandang.

Namun langit yang indah itu langsung tidak dipedulikan oleh Amin dan Mia Sofea. Ini kerana mereka telahpun berada dalam keindahan dunia mereka sendiri. Berdua.

"Kau okey ke? Atau nak berhenti sekejab?"

Tanya Mia Sofea kepada Amin. Pada ketika ini Amin sudahpun mengayuh kira-kira dua puluh minit.

"Okey je. Tak letih sangat.."

Jawab Amin dengan tenang.

"Aku ni..."

Mia Sofea kelihatannya ingin bertanya sesuatu.

"Hmm?"

"Aku ni berat tak?"

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now