Bab 7

2.3K 37 0
                                    

2006

"Mak buat apa ni mak?" tanya Mia Sofea yang berusia sembilan tahun kepada ibunya Hamidah Ahmad sambil menggosok matanya yang sudah merah kerana baru terjaga dari tidur.

Hamidah Ahmad pada ketika itu berada di meja tulis dalam bilik, sedang mengarang novel terbarunya.

"Mia, dah pukul 1 pagi ni kenapa Mia bangun?" tanya Hamidah Ahmad kepada Mia Sofea dengan nada sedikit terkejut. "Mak tengah menulis lagi ni Mia..." sambung Hamidah Ahmad lagi. Dia kemudiannya bangun dari kerusi dan pergi ke arah Mia Sofea.

"Mia pergi tandas tadi. Mak tak tidur lagi? Besok kan mak nak pergi sekolah jumpa cikgu Mia?"

Hamidah Ahmad menggosok kepala anaknya. "Takpe. Nanti mak tidur lah ya? Mak nak habiskan kerja mak sekejab," kata Hamidah Ahmad. "Dah jom. Mak bawakkan Mia masuk bilik," katanya lagi.

"Mak... Nanti minggu depan birthday Mia ayah dengan kakak datang tak?" terpacul soalan yang tidak dijangka daripada Mia kepadanya. Hamidah Ahmad sedikit tergamam dengan soalan tersebut.

"Maaf Mia. Ayah dengan kakak tak datang. Diorang sekarang ni kat Jerman. Tak boleh balik Malaysia sini," jelas Hamidah Ahmad kepada Mia. Dia kemudiannya memimpin tangan Mia pergi memasuki biliknya.

Mia Sofea kemudiannya terdiam. Dia menyedari dirinya telah menanyakan soalan yang tidak sepatutnya kepada ibunya.

"Mak..."

"Ya, Mia?"

"Maafkan Mia mak sebab tanya macam tu..."

Hamidah Ahmad tersenyum. Merasa bangga kerana anaknya menunjukkan kematangan dengan meminta kemaafan darinya walaupun usia Mia masih muda.

"Tak apa Mia. Mia pergi tidur dulu, besok kita pergi sekolah jumpa cikgu, lepas tu balik kita singgah KFC OK?"

"Tak nak lah KFC mak. Mahal tu.."

"Eh? Habis tu Mia nak apa?"

"Emm... Mia nak kek coklat yang mak buat itu hari boleh?"

"Nak kek? Tapi nanti birthday Mia makan kek lagi..."

"Tak apalah mak. Kita makanlah kek coklat banyak-banyak ya?"

"Yelah... Esok kita beli bahan-bahan kita buat sama-sama OK?"

"OK mak! Cantik lah!"

"High-five!"

Mereka memberikan high-five sesama mereka. Setelah tiba di bilik, Mia Sofea mencium pipi Hamidah Ahmad. Dia kemudiannya memasuki bilik untuk tidur.

Hamidah Ahmad menutup lampu bilik anaknya itu, kemudiannya dia kembali ke meja bagi menyambung penulisan novelnya.

Di atas katil, Mia Sofea sedang termenung. Dia menyedari kesusahan yang dialami oleh ibunya yang membesarkan dirinya seorang diri tanpa bapanya di sisi. Dia berjanji, akan memberi kesenangan kepada ibunya di masa akan datang...

***

MPV Vellfire yang dipandu oleh Kak Mastura tersebut akhirnya sampai di perkarangan banglo dua tingkat milik Mia Sofea.

"Kau betul ke ni nak ikut Yayat?" tanya Mia Sofea kepada Yayat meminta kepastian.

"Betullah. Aku nak bincang dengan mak kau pasal kau ni, " tegas Yayat.

"Berani betul kau nak jumpa mak aku. Ingat, kalau dia marah aku tak backup aaa..."

"Nak buat macammana. Ini soal kau. Soal karier dan masa depan kau. Aku kena step up lah!" kata Yayat. Jelas lagi ketara dia sedang memberanikan dirinya.

Isteri Paling Popular!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن