Bab 40

920 27 0
                                    

Amin akhirnya tiba di perumahan yang terletaknya rumah Mia Sofea. Bila difikirkan kembali, inilah kali pertama Amin pergi ke rumah Mia Sofea.

Pada mulanya Amin menyangkakan kawasan rumah Mia Sofea akan dipenuhi oleh para wartawan yang sedang menunggu kenyataan Mia Sofea. Namun anehnya, tak ada satu pun wartawan kelihatan..

Amin memberhentikan keretanya berhampiran dengan sebuah simpang. Dia kemudian memilih untuk berjalan kaki sedikit untuk pergi ke rumah Mia Sofea.

"Oit! Nak gi mana?" kedengaran suara seorang lelaki sasa menegur Amin. Amin sedikit terkejut melihat kehadiran lelaki yang seolah-olah seperti samseng itu.

"Saya sebenarnya nak pergi rumah Mia Sofea bang. Rumah dia kat sini kan?" tanya Amin, masih bernada sopan walaupun lelaki tersebut bercakap kasar.

"Kau siapa? Peminat ke, wartawan?" tanya lelaki sasa itu lagi.

"Saya ni-"

"Ah, tak kisah lah kau siapa! Blah! Sebelum aku kasi pecah muka kau kat sini!" lelaki sasa itu menunjukkan penumbuknya.

Amin hanya memandang lelaki itu bersahaja, tanpa memberi reaksi apa-apa.

"Apa pandang-pandang? Nak rasa penumbuk?" lelaki sasa itu sekali lagi memberi amaran.

"Abang ni bodyguard Mia Sofea ke?" tanya Amin tanpa perasaan takut.

"Eh? Err...bukan? Ah, peduli apa kau siapa aku? Aku nak kau blah dari sini!" kata lelaki sasa itu lagi.

Amin tersenyum. Dia memahami kenapa wartawan tidak berkampung kat sini. Lelaki sasa inilah yang menjadi puncanya. Lelaki ini yang menjaga kawasan perumahan Mia Sofea ini daripada diganggu oleh para wartawan.

Bagi Amin, lelaki ini menjalankan tugasnya dengan baik dan amanah sekali. Boleh sahaja Amin meneruskan perbalahan dengan lelaki sasa tetapi tiada sebab baginya untuk berbuat demikian. Lelaki yang kemungkinan bodyguard kepada Mia Sofea ini hanya menjalankan tugasnya sahaja.

"Takpelah bang. Saya pergi lah..." Amin mula meminta diri.

"Haa... bagus! Berambus cepat!"

"Err, sebelum tu bang ada nampak makcik Hamidah tak? Atau Yayat ke? Saya sebenarnya dah terputus hubungan dengan diorang. Saya tak jumpa dengan Mia pun tak apa. Dapat jumpa dengan makcik Hamidah atau Yayat pun jadilah..." kata Amin.

Lelaki sasa itu mengerutkan dahinya.

"Kau kenal makcik Hamidah? Yayat?" tanya lelaki sasa itu.

"Kenal. Makcik Hamidah tu kawan mak saya. Kiranya saya kenal Mia sebagai kawan la rasanya..." Amin ber-interview dengan lelaki sasa tersebut.

"Ah, ye ye je kau!" lelaki sasa itu cuba meningkah.

"Oh, sekejab ya bang..." Amin mengeluarkan telefonnya. Amin pernah mengambil gambar makcik Hamidah bersama ibunya Rugayyah pada suatu ketika dahulu. Dia hanya perlu tunjukkan gambar itu sahaja sebagai bukti.

Nasib Amin baik. Gambar tersebut masih ada tersimpan dalam galeri foto telefon miliknya. Dia segera menunjukkan gambar itu kepada lelaki sasa tersebut.

"Haa... tengok? Ini makcik Hamidah kan? Sebelah ni ibu saya. Mereka kawan..." jelas Amin.

"Mana kau? Takde pun dalam gambar?"

"Saya tukang ambik gambar la.. ini kan phone saya. Mana nampak sini?"

"Hmm..."

Lelaki sasa itu terdiam memikirkan sesuatu. Kalau diketahui oleh makcik Hamidah bahawa dia telah menghalau lelaki yang dikenali oleh makcik Hamidah ini, mungkin masak dia kena nanti.

"Betul ke kau ni kawan Kak Long?"

"Kak Long?"

"Mia Sofea lah! Mia Sofea!"

"Err.. boleh kata macam tulah..."

"Hmm... Mia Sofea tak ada kat rumah. Rumah ni kosong!" lelaki sasa itu akhirnya menceritakan keadaan yang sebenar.

"Eh? Makcik Hamidah pun tak ada?"

"Tak ada! Makcik Hamidah ikut Kak Long....err, Mia Sofea sekali!"

"Pergi mana?"

"Tak tahu."

"Ada mereka pergi airport?"

"Eh, macammana kau tahu?" Lelaki sasa itu terkejut.

Tekaan Amin tepat. Nampaknya Mia Sofea dan Hamidah telah pergi ke luar negara. Berdasarkan mesej misteri tadi, kemungkinan di Istanbul, Turki.

"Yayat ada nampak?" tanya Amin sekali lagi berkenaan Yayat.

"Pondan tak guna tu? Ah, aku-"

Belum sempat lelaki sasa itu menghabiskan kata-katanya, kolar bajunya terus dicengkam oleh Amin. Amin sebenarnya sama tinggi dengan lelaki sasa tersebut maka tiada masalah baginya untuk mencengkam kolar lelaki sasa tersebut.

"Kau jangan nak hina Yayat! Kau siapa nak mengata kat dia?!" Amin memberi amaran. Memang pantang bagi Amin jika kawannya dihina tanpa sebarang sebab.

Lelaki sasa itu hanya mendiamkan diri. Dengan perlahan dia memegang tangan Amin minta untuk dilepaskan. Amin melepaskan cengkaman tangannya.

"Yayat tak ada. Aku pun dah lama tak nampak..." jawab lelaki sasa itu. Kelihatannya dia sudahpun berlembut berbanding dari tadi.

Amin mendiamkan diri. Kehilangan Yayat menimbulkan sebuah lagi misteri yang tak terjawab.

Sebuah motorsikal berkuasa tinggi secara tiba-tiba muncul di simpang. Penunggang motorsikal berkuasa tinggi itu kemudiannya berhenti berdekatan dengan Amin dan si lelaki sasa tersebut. Kelihatannya si lelaki sasa mengenali penunggang motorsikal tersebut.

"Err, Kak Mastura?" lelaki sasa itu menegur.

Topi keledar full cover dibuka dan menunjukkan identiti penunggang motorsikal tersebut -Kak Mastura.

Kak Mastura, pemandu dan bodyguard peribadi kepada Mia Sofea itu memandang Amin atas bawah. Begitu juga dengan Amin memandang Kak Mastura, sepertinya mereka pernah berjumpa sebelum ini.

"Ah!" Kak Mastura akhirnya teringat. "Kamu ni tunangnya Mia kan?" sambung Kak Mastura lagi selepas itu dengan penuh teruja.

"Tunang? Hehe.." Amin berasa sedikit segan dengan perkataan tersebut.

"Tunang!?" Lelaki sasa itu terkejut. Dengan pantas dia menoleh ke arah Amin, sama sekali tidak sangka.

Lelaki sasa itu mula berpeluh...

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now