Bab 44

866 24 0
                                    

Entah mengapa, hati Mia Sofea terdetik untuk pergi ke tasik ini walaupun terpaksa bersusah payah curi-curi keluar daripada pengetahuan krew penggambaran yang tinggal di hotel yang sama.

Kalau diikutkan pada kontrak yang telah ditandatangan, Mia Sofea sama sekali tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan hotel di luar waktu penggambaran atas sebab keselamatan. Namun, Mia Sofea tidak pedulikan hal tersebut. Dia ingin mengikuti gerak hatinya untuk berada di kawasan tasik ini.

Mia Sofea memerhatikan tasik luas lagi cantik tersebut. Kelihatan pelbagai orang melakukan pelbagai aktiviti di sana. Ada yang berjoging, ada yang dating di bangku sambil mengadap tasik, ada yang memberi makan ikan dan ada juga yang bermain bot kawalan jauh dengan anak-anak mereka.

Pemandangan ini sebenarnya pemandangan yang biasa dilihat oleh Mia Sofea pada setiap petang dari beranda bilik hotelnya. Namun, kali ini adalah kali yang pertama bagi Mia Sofea sendiri turun dan merasai suasana di tasik ini.

"Hello!"

"Hello!"

Mia Sofea menyapa sambil tersenyum pada sepasang lelaki dan perempuan tua 60-an warga Turki ketika mereka bertembung di laluan jalan di tepi tasik tersebut.

Sejujurnya, Mia Sofea berasa tenang ketika berada di bumi Istanbul ini. Pemandangannya indah, dan orang-orangnya baik-baik belaka. Namun, ia masih tidak dapat menghapuskan rasa aneh dan curiga yang sedang bermain di minda Mia Sofea sekarang.

"Hello!"

"Hello..oh wow! U are so beautiful u make me shocked!"

"Hehehe. Thank you!"

"Where u are coming from sweetheart?"

"I'm from Malaysia."

"Ah, Malaysia! So u are my sister then!"

Mia Sofea meneruskan perbualannya dengan seorang wanita Turki yang sedang berjalan di tepi tasik itu bersama anaknya. Mia Sofea sebenarnya sangat fasih berbahasa inggeris. Dia juga mempelajari sedikit sebanyak bahasa turki selepas sampai ke bumi Istanbul ini.

Setelah berbual seketika, Mia Sofea meneruskan perjalanannya mengelilingi tasik. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa tujuan dia datang ke tasik ini. Maka Mia Sofea mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sahaja sambil melayani apa-apa yang bermain di fikirannya.

Perasaan aneh masih belum lupus dari hati Mia Sofea. Terlalu banyak perkara tidak kena berlaku ke atas dirinya.

Perubahan skrip drama secara tiba-tiba yang melibatkan scenes di negara Turki,

Dikehendaki untuk terbang ke Istanbul pada saat-saat akhir dengan alasan terpaksa mengejar schedule sehingga terpaksa membatalkan beberapa kerja yang lain,

Ibunya seolah-olah dipaksa untuk mengikuti Mia Sofea ke Turki,

Yayat yang masih belum datang lagi walaupun telah dijanjikan untuk datang ke Turki juga,

Krew penggambaran hampir kesemuanya ditukar dengan krew yang baru,

Tidak dibenarkan untuk memegang telefon di sepanjang masa walaupun di luar waktu penggambaran atas alasan tidak mahu rahsia babak penggambaran bocor,

Dan tidak dibenarkan bebas untuk keluar ketika berada di hotel.

Situasi yang berlaku ke atasnya sekarang sangat pelik. Tidak aneh jika dinyatakan bahawa dirinya dan ibunya sedang dijadikan tawanan oleh seseorang untuk terus berada di Turki ini sehingga waktu yang ditetapkan. Tapi kalau betul dirinya dijadikan tawanan, kenapa?

Masa penggambaran drama tinggal 5 hari lagi. Selepas itu mereka akan kembali ke Malaysia. Mengenangkan tinggal 5 hari sahaja lagi, Mia Sofea memilih untuk melayani sahaja apa yang berlaku. Lagipun, ibunya sekarang ada bersamanya maka tiada apa yang harus dibimbanginya sekarang.

Kecuali, atau kecuali...mungkin seseorang....

"Kamu sebenarnya rindu seseorang kan?"

Usikan ibunya Hamidah kembali menjengah fikiran Mia Sofea. Ah! Ini sebenarnya mengingatkan Mia Sofea kepada perkara bodoh yang dia telah lakukan dua hari lepas.

Dua hari lepas, ketika menjalani penggambaran di Suleymaniye Mosque, Mia Sofea telah meminjam telefon pemandu pelancong tanpa pengetahuan krew yang lain. Entah apa yang merasuknya, dia telah menghantar mesej [Istanbul, Turki] kepada nombor milik Amin. Tersedar dengan perbuatan bodoh sendiri, Mia Sofea cepat-cepat mem-blocked nombor Amin supaya Amin tidak dapat membalas mesej tersebut. Mesej dipadamkan, dan telefon kembali diserahkan kepada pemandu pelancong.

Mia Sofea berhenti melangkah. Matanya terarah kepada pasangan lelaki dan perempuan tua yang disapanya tadi. Mereka masih lagi berjalan seiringan bersama-sama mengelilingi tasik tersebut.

Bagi Mia Sofea, apa yang dilihatnya itu sangat romantik. Cinta sejati apabila mereka tetap bersama walaupun telah menjengah usia tua.

Mia Sofea memandang ke arah lain.

Kira-kira lima meter dari kedudukannya, kali ini Mia melihat sepasang kekasih orang Turki, atau mungkin juga pasangan baru berkahwin sedang seronok menabur makanan ikan sambil melihat ikan berebutan di tepian tasik tersebut. Mereka saling berpandangan, bercakap dan ketawa antara satu sama lain.

Pelbagai lagi ragam pasangan sejoli dilakukan di sekitar tasik tersebut. Suasana petang yang redup ditambah dengan kecantikan kawasan cantik telah menambahkan lagi perasaan romantik di kawasan tersebut.

Mia Sofea tersenyum.

Dia menyedari, dia sememangnya ada perasaan rindu terhadap Amin. Mia Sofea sebenarnya merancang untuk bertemu dengan Amin lagi selepas pertemuan mereka yang tidak berapa romantik di taman permainan tadika suatu ketika dahulu.

Kalau diikutkan, Mia Sofea ingin bertemu dengan Amin di kawasan yang lebih terbuka, lebih cantik. Seperti di tasik ini. Namun apa kan daya, sebagai seorang artis paling popular Mia Sofea tiada sebarang privasi dan sering diperhatikan oleh orang lain. Tiada masalah baginya, cuma bimbang akan mendatangkan masalah kepada Amin pula.

Mia Sofea membayangkan, alangkah bagusnya kalau dia bebas berjalan sepertimana sekarang di Malaysia nanti. Tiada yang mengenalinya, bebas untuk berjalan seorang diri tanpa diganggu oleh para peminat atau melayani kehendak peminat.

Dan bebas juga untuk bertemu dengan Amin..

Ah!

Mia Sofea mencubit pipinya sendiri, meminta dirinya supaya tidak angau dan kembali ke dunia nyata sesegera yang mungkin.

Berhampiran dengan Mia Sofea kelihatan sebuah bangku panjang yang kosong. Mia Sofea mengambil keputusan untuk duduk di situ seketika, melepaskan penat berjalan sambil melihat pemandangan tasik sebelum kembali ke hotel nanti.

Namun sebaik sahaja Mia Sofea duduk di bangku, pada masa yang sama ada orang lain juga yang secara kebetulan turut duduk di bangku panjang tersebut,

Seorang lelaki pengembara backpacker.

"Alamak. Sorry-sorry. U sit, u sit. I go, I go..." spontan pengembara backpacker itu bangun dari bangku sebaik sahaja menyedari kehadiran Mia Sofea di situ.

"It's OK..eh? EH?????????!!!!?"

"Aik? Ah?? Ehh??????!!! Mia!!!???"

Terkejutnya Amin bukan kepalang. Setelah sehari suntuk berjalan di sekitar Istanbul, niat Amin pergi ke tasik ini adalah untuk berehat dan menikmati pemandangan. Namun tanpa disangka dia akhirnya telah bertemu dengan destinasinya,

Mia Sofea.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now