Bab 20

1.1K 26 0
                                    

Seorang gadis kelihatan melangkah masuk ke kawasan taman permainan Tadika Humairah. Dia terhenti seketika, meninjau-ninjau kawasan tersebut. Gadis tersebut, atau Mia Sofea akhirnya terpandang Amin yang sedang duduk keseorangan.

Tanpa membuang masa, dia terus berjalan ke arah Amin. Amin pada ketika itu sedang khusyuk bermain dengan seekor kucing jalanan yang mungkin tinggal di kawasan Tadika Humairah tersebut.

"Hey..." Mia Sofea menegur Amin. Amin terus berpaling ke arah suara yang menegurnya...

Alamak! Mia Sofea dah datang!

Kelihatan Mia Sofea dengan pakaian t-shirt labuh berlengan panjang berseluar jeans dan memakai tudung berwarna biru tua datang semakin menghampiri Amin. Walaupun hanya berpakaian santai, dia tetap kelihatan sangat cantik dan aura seorang selebriti yang ada padanya tetap terserlah.

"Hey..." Amin tersenyum. Dia terus bangun dari tempat duduknya meraikan kedatangan Mia Sofea.

"Amboi kau, ralit main kucing ya? Kucing siapa tu?" Mia Sofea memulakan bicaranya.

"Entah. Kucing jalanan sini kot. Tadika sini.." jawab Amin.

"Nampak sihat la. Gemuk. Mesti banyak orang bagi makan ni haha.." Mia Sofea memerhatikan kucing tersebut sambil tersenyum.

"Tapi, saya tengok tadi macam ada tak kena kat kucing tu. Macam sakit je.." Amin mengerutkan wajahnya berfikir.

"Sakit? Macammana kau tahu?" Mia Sofea bertanya dengan nada sedikit bimbang.

"Kucing tu berbau. Rasanya dia tak jilat badan dia ni. Biasanya kalau kucing tak jilat badan dia tu tandanya dia sakit.." Amin memberitahu.

"Hmm..." Mia Sofea memerhatikan kucing tersebut. Kelihatan dari segi luaran nampak biasa sahaja. Tak ada tanda-tanda sakit pun.

Mia Sofea mendekati kucing tersebut dan mengangkatnya. Bau busuk daripada kucing tersebut kemudiannya mula menusuk hidung Mia Sofea.

"Eeii! Ha'ah la busuk sangat ni.." Mia mengerutkan hidungnya.

"Saya dah tengok tadi. Tak ada cedera mana-mana pun kat badan dia. Hairan jugak.." kata Amin selepas itu. Memegang dagunya berfikir.

"Kalau macam ni rasanya dalam mulut dia yang cedera ni. Nah, kau pegang dia sekejab. Aku try bukak mulut dia tengok!" Mia Sofea menghulurkan kucing tersebut kepada Amin.

"Eh? Mulut dia?" Amin mengambil kucing tersebut dari tangan Mia Sofea.

Mia Sofea kemudian cuba membuka mulut kucing tersebut. Namun kucing itu mula meronta-ronta.

"Jab-jab Mia. Saya nak peluk kemas sikit kucing ni. Dah start meronta ni.." Amin memberitahu.

Manakala Mia menggosok kepala kucing tersebut, "Sabar ek sayang? Sekejabbbb je nak tengok mulut sekejab," kata Mia dengan lembut.

"OK. Ready. Cuba awak bukak mulut dia.." Amin memeluk kemas kucing tersebut untuk memastikan ia tidak begitu meronta-ronta.

"OK. Jab eh..." dengan penuh berhati-hati Mia Sofea membuka mulut kucing tersebut. Walaupun sesaat sahaja membuka sebelum kucing itu menutup mulutnya kembali, Mia Sofea sempat melihat seperti ada sesuatu yang terlekat pada gigi kucing tersebut.

"Eh, macam ada something la kat mulut dia!"kata Mia Sofea.

"Ada ke? Apa tu?" tanya Amin. Pelukan Amin pada kucing tersebut dilonggarkan seketika supaya kucing itu tidak berasa rimas.

"Tak tahu. Tulang kot?Cuba kau peluk dia kemas-kemas lagi. Aku nak try ambik benda yang melekat tu dalam mulut dia tu.." kata Mia.

"Awak nak ambik? Masukkan jari awak dalam mulut kucing ni?" Amin meminta kepastian.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now