Bab 2

7.6K 46 0
                                    

Tetikus yang bersambung pada konputer bimbit milik Amin digerakkan. Amin kemudiannya klik pada icon youtube yang terletak di paparan skrin desktop-nya itu.

Setelah selesai menanda kerja rumah dan menyiapkan material pengajaran untuk hari esok, Amin kini mengambil kesempatan berehat seketika dan membuka youtube, sebelum menyambung membuat soalan ujian Bahasa Melayu untuk bulan Jun selepas ini.

Seketika selepas youtube dibuka, Amin terus pergi ke channel youtube Inilah Drama, sebuah channel youtube milik sebuah stesen TV Malaysia terkemuka TV TriGa yang memaparkan drama-drama dan telefilem yang pernah ditayangkan oleh stesen TV tersebut.

Amin melihat-lihat tajuk drama yang ada.

"Ah, drama semua pasal cinta je. Kata ada yang bukan cinta..."

Amin kemudiannya beralih pada kandungan telefilem pula.

"Yang telemovie ni bolehlah. Menarik jugak ni.. "

Di skrin laptopnya, terpapar senarai telefilem dengan pelbagai tajuk seperti 'Hidup Seorang Bapa', 'Misteri Kampung Sakti', 'Jatuhnya Tasbih', 'Dodol Untuk Opah' dan pelbagai tajuk lagi.

Mata Amin kemudiannya tertumpu kepada sebuah video yang memaparkan Mia Sofea pada thumbnail-nya. Video tersebut bertajuk "Rumahku Syurgaku Episod 13: Mia Sofea".

Wow...Amin berasa sangat kagum.

Ini kerana video tersebut telah mencapai tontonan 15juta views dan menjadi trending nombor 1 walaupun baru sahaja 6 hari dikeluarkan.

Amin mula mengakui, nampaknya Mia Sofea ini sememangnya seorang artis yang sangat popular. Dia kemudiannya menjadi malu sendiri kerana tidak mengenali Mia Sofea ini dari awal.

"Hai, assalamualaikum semua! Jumpa lagi kita dalam program istimewa, eksklusif hanya di channel Inilah Drama, Rumahku Syurgaku! Bagi yang baru sahaja menonton Rumahku Syurgaku ini, ini adalah sebuah program dimana kita akan melawat dan melihat-lihat rumah atau tempat tinggal para selebriti popular di negara kita. Dan pada hari ini, kita akhirnya...akhirnya kita akan melawat rumah artis paling popular di negara kita iaitu Mia Sofea! Yeahh!! Sementara itu jangan lupa like dan klik suscribe ya!" pengacara berambut pendek paras bahu dan berbadan genit itu membuka bicara dengan nada suara yang penuh keterujaan.

Amin mengangguk-angguk sambil menggosok dagunya. Dia kemudiannya menggerakkan tetikus untuk melihat durasi masa video tersebut.

"Berapa tadi..ah, 15minit. Lama jugak. Umm... Layanlah sekejab.."

"Baiklah dan akhirnya... Cik Mia Sofea kita! Yayyy!! Say hi to our viewers cik Mia!" kata pengacara tersebut dengan penuh teruja sekali.

"Hi semua! Assalamualaikum." suara lembut Mia Sofea mengucapkan salam kepada penonton video.

"Wah, cik Mia kita ni cute as always. Nak gigit rasanya hehe"

"Mana ada. Awak lagi cute lah."

"Terima kasih. Saya tahu saya cute hahaha. Eh, saya tertarik dengan baju muslimah long dress awak ni tau. Sempoi dan selesa je saya tengok. Mana awak dapat eh?"

"Oh, ini baju masa saya zaman matrikulasi dulu ni. Baju kenang-kenangan saya punya kelas. Kalau awak tengok kat belakang ni masih ada senarai nama-nama classmates saya dulu. Boleh pakai lagi ni so biasanya saya pakai macam ni je kat rumah"

"Wow! Seriously? Baju zaman matrikulasi dulu still muat? Baju I dah kecik dah bagi kat adik dah pun hahaha."

"Eh, ini nak cakap pasal rumah ke nak cakap pasal baju ni?" Amin mula mempersoalkan kandungan video tersebut.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now