Bab 14

1.1K 32 0
                                    

Amin dan Hamidah sedang duduk bersama di restoren di hotel yang bertaraf lima bintang di Ibu Negara.

Amin terasa sedikit janggal. Namun melihat gaya Hamidah yang bersahaja di tempat tersebut, Amin mula berasa tenang. Kelihatan Hamidah sudah biasa di tempat tersebut.

"Kalau kat sini privasi sikit. Sebab sini meja jauh-jauh. Nak cakap apa pun boleh. Makanan sini pun boleh tahan jugak. Tapi taklah sesedap nasi tomato yang Amin buat itu hari hehehe," kata Hamidah sambil mengusik Amin.

Amin tersenyum. Dia menyedari Hamidah ingin membuatkan dirinya lebih berasa santai apabila berada di tempat itu.

"Hi Puan Hamidah. Puan nak duduk di tempat biasa?" seorang pelayan perempuan berpakaian tuxedo menegur Hamidah sambil tersenyum.

"Hi Susan. Ya. Saya nak duduk tempat biasa. Kosong kan?"

"Sudah tentu kosong. Mari saya bawakan Puan Hamidah dengan err..ini? " Susan sedikit keliru apabila melihat Amin.

"Susan, kenalkan. Inilah bakal menantu saya. Amin nama dia," kata Hamidah kepada Susan.

"Bakal menantu? Eh, maksudnya bakal suami..? " Susan terkejut sehingga mulutnya terbuka.

"Iya. Tapi jangan bagitau orang lagi tau? I trust u Susan!" kata Hamidah sambil mengeyitkan matanya.

"Of course. Jangan bimbang puan hehehe. Tahniah by the way.." kata Susan sambil tersenyum gembira.

"Terima kasih.." jawab Hamidah.

Susan kemudiannya membawa Hamidah dan Amin ke sebuah meja yang terletaknya di tepi tingkap. Dari tingkap tersebut kelihatan pemandangan indah bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.

"Kalau malam lagi nampak cantik. Biasanya mak cik dengan Mia datang sini malam-malam. Siang susah sikit sebab Mia kerja kan.." kata Hamidah kepada Amin sambil membetulkan kedudukanya di kerusi.

"Mak cik memang biasa datang sini?" tanya Amin. Bersuara juga dia akhirnya sejak dari tadi.

"Biasa. Inilah tempat paling sesuai untuk artis popular macam Mia. Kat sini memang privasi jauh dari gangguan peminat-peminat Mia tu semua. Bukan Mia tak suka peminat, tapi kalau makan mesti dalam keadaan yang tenang kan?" kata Hamidah.

"Hehehe. Betul tu mak cik...oh!" Amin secara tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"Kenapa Amin?"

"Memang kalau tempat lain Mia pergi makan akan ada gangguan dari peminat ke?"

"Ya. Biasanya macam tulah.."

"Err..."

"Hahaha. Amin janganlah risau! Mia tak selalu makan kat luar. Dia lebih suka makan kat rumah je. Mak cik yang sebenarnya yang suka sangat makan kat luar ni. Mia tu teman mak cik je!" Hamidah ketawa melihat kebimbangan yang terpancar dari wajah Amin.

"Eh, bukan makcik. Err.."

"Mak cik faham. Tapi betul, kamu jangan risau. Kamu tak perlu bawak Mia ke tempat macam ni. Mia memang lebih suka makan makanan masak kat rumah sebenarnya. Lagipun kamu masak kan sedap. Buat apa nak makan luar kan?"

"Hehehe.. Baik mak cik.."

Hamidah tersenyum melihat Amin. Bagi Hamidah, Amin sememangnya seorang budak yang sangat baik.

"Amin..."

"Ya, makcik?"

"Amin betul ke bimbang nak kahwin dengan Mia?"

Amin memandang wajah Hamidah dengan tenang. Dia tahu, soalan ini akan keluar dalam pertemuan mereka ini.

"Saya.. Saya bukan bimbang pasal kahwin tu mak cik. Cuma...saya ni orang biasa je. Tak pernah lalui kehidupan glamor dan popular artis-artis tu semua. Maksud saya, yang sebenarnya saya bimbang adalah bagaimana kehidupan saya berubah nanti lepas kahwin dengan Mia. Daripada kehidupan biasa, kepada kehidupan yang popular macam artis.." jelas Amin panjang lebar.

"Maksudnya kalau Mia tu orang biasa..?"

"Ah, kalau Mia tu orang biasa tak ada masalah la mak cik haha"

"Jadi, Amin jadikanlah Mia tu orang biasa."

"Eh? Macammana tu makcik?"

"Amin, dunia populariti sebagai seorang artis ni sebenarnya sangat bahaya. Bila-bila masa boleh mengubah sikap seseorang jadi tak baik. Riak, sombong, pandang rendah pada orang lain... Makcik tak mahu benda tu jadi kat Mia. Sekarang makcik masih ada bolehlah makcik jaga Mia. Tapi nanti kalau makcik dah tak ada macammana?"

Amin sedikit terkejut. Terasa ada yang tidak kena dan tidak sedap hati pula dengan kenyataan Hamidah tersebut.

Hamidah menyambung percakapannya,

"Amin, maksud makcik tadi jadikan Mia sebagai orang biasa adalah supaya Mia tak terus hanyut dalam dunia populariti. Dia perlu ada tali yang memegang dia daripada terus hanyut. Sebelum ni tali tu adalah makcik sendiri sebagai mak dia. Dan selepas ni tali tu adalah Amin, sebagai suami dia.."

"Tapi makcik, macammana Amin nak jadikan Mia orang biasa tu? Amin tak yakin dapat buat semua tu.."

"Amin jangan risau. Amin tak perlu buat apa-apa. Sekadar jadi suami kepada Mia je."

"Eh?"

"Amin. Kehadiran Amin sebagai suami kepada Mia sebenarnya sudah cukup untuk menjadi tali keselamatan kepada Mia. Cumanya selepas itu, Amin kena jadi suami yang terbaik lah untuk Mia. Jaga keperluan dia dengan baik, fahami diri dan emosi dia, selalu beri sokongan pada Mia.."

"Tapi..."

"Ya, bukan mudah sebab populariti Mia boleh menghalang kehidupan biasa Amin. Tapi Amin adalah pilihan makcik dan dipersetujui oleh ibu Amin sendiri. Kami yakin, Amin boleh jadi suami yang terbaik untuk Mia!"

Amin memandang wajah lembut Hamidah yang sedang tersenyum kepadanya. Amin menyedari betapa Hamidah mempercayai akan dirinya untuk menjadi suami kepada anaknya itu.

"InsyaAllah makcik. InsyaAllah..."

Senyuman masih tidak putus dari wajah Hamidah.

"Makcik syukur sangat ada Amin ni tau. Dari kecil makcik tahu Amin ni budak baik. Bila dah besar, dah hensem macam ni pun sama lagi. Masih tak berubah.."

"Hehehe. Mana ada makcik.."

"Syukur sangat makcik. Kalau Amin tak ada, tak tahulah kat siapa makcik nak percaya untuk jaga Mia lepas ni.."

"...makcik?"

"Amin, ada satu perkara lagi yang makcik nak bagitau. Makcik harap Amin dapat merahsiakan perkara ini daripada Mia.."

"A-apa tu makcik?"

Amin mula tidak sedap hati dengan apa yang bakal didengari.

"Makcik sebenarnya merancang untuk pergi belajar pengajian pondok kat Kedah. Makcik nak habiskan sisa hidup makcik sepenuhnya untuk belajar ilmu agama yang dah lama makcik tinggalkan..."

"...Kedah?"

"Sebab itu makcik nak menikahkan Amin dengan Mia. Makcik nak serahkan Mia pada Amin secepat mungkin.."

"Maaf makcik. Sekejab. Kenapa ni makcik? Kenapa macam tiba-tiba...?"

"Makcik ada kanser hati Amin. Dah tak lama lagi dah makcik akan tinggalkan dunia ni.."

"K-kanser? Allah.." Amin terkejut. "M-Mia tak tahu pasal ni makcik?" tanya Amin selepas itu.

"Tak tahu. Mia tak tahu. Makcik tak nak menyusahkan dia. Sekarang adalah waktu puncak dalam hidup dia. Makcik tak mahu rampas saat-saat ni daripada Mia.."

"Tapi makcik, sepatutnya Mia kena tahu lah?"

"Kalau Mia tahu, percayalah cakap mak cik. Sekarang jugak dia akan berhenti jadi pelakon dan jaga makcik sepenuh masa.."

"Tapi...?"

"Tak apalah Amin. Makcik terima kenyataan ni. Izinkanlah makcik jadi tamak sedikit. Makcik nak habiskan sisa hidup makcik dengan Tuhan sahaja lepas ni, tak mau susahkan siapa-siapa.."

"Mama tahu tak pasal ni?"

"Mama Amin tahu. Apa yang Amin cakap tadi, itulah yang mama Amin cakapkan. Dan jawapan yang sama jugak makcik berikan kat mama Amin.."

"Makcik..."

"Maafkan makcik Amin, kalau makcik kelihatan seperti memaksa Amin. Tapi, Amin sahajalah orang yang makcik percaya untuk menjadi suami kepada Mia Sofea..."

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now