Bab 29

948 20 0
                                    

Sebaik sahaja pulang daripada berjumpa dengan Amin di sekolahnya semalam, Yayat menerima panggilan daripada Kak Ani, seorang penulis dan wartawan hiburan veteran yang bertanyakan tentang kebenaran di sebalik cerita Mia Sofea yang dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Terkejutnya Yayat bukan kepalang mendengar pertanyaan tersebut. Macammana perkara ini boleh terbongkar?

"Dari mana Kak Ani dapat berita ni?" tanya Yayat, sedikit cemas.

"Ada orang PM facebook Kak Ani tadi. Entahlah akak pun tak tahu siapa. Dia pakai fake account. Itulah akak nak tanya kau betul ke tak cerita ni?" jelas Kak Ani.

"Err...no komen?"

"No komen? Haa? So betul lah ni? Mia nak kahwin?!"

"Tak ada? Saya tak kata pun? Saya tak kata.."

"Wah..untung lah Dato Azman!"

"Dato' Azman? Azman mana? Apahal dengan dia pulak?"

"Laa...Dato' Azman pengasas D' Bayu tu? Kan dia yang katanya kahwin dengan Mia?"

"Haaa?? Azman tu? Dia yang kahwin dengan Mia?"

"Dia lah. Eh, kenapa? Maksud kau... Mia sebenarnya memang nak kahwin, tapi dengan orang lain? Bukan Dato' Azman? Macam tu ke-"

Tut....!

Panggilan dimatikan oleh Yayat.

Kak Ani mendengus kegeraman kerana usahanya untuk mengorek cerita daripada Yayat terhenti. Dia kemudian mengurut dagunya, memikirkan teori dan kisah daripada perlakuan Yayat tadi.

Pertamanya, Mia Sofea sememangnya akan berkahwin, namun Yayat sendiri tidak tahu bahawa Mia akan berkahwin dengan Dato' Azman. Kerana itu Yayat terkejut.

Atau kedua, Yayat sudahpun mengetahui bahawa Mia akan berkahwin dengan Dato' Azman. Tetapi Yayat tidak bersetuju dengan perkara ini. Kerana itu dia terkejut dengan berita Dato' Azman yang tetap juga akan mengahwini Mia.

Atau yang ketiga, Mia Sofea akan berkahwin tetapi dengan orang lain, bukan Dato' Azman. Kerana itu Yayat terkejut mengapa nama Dato' Azman tiba-tiba dikaitkan dengan Mia ini.

Itulah teori dan hipotesis yang dibuat oleh Kak Ani, seorang wartawan hiburan veteran yang berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 90-an lagi. Kak Ani berhasrat untuk mengorek perkara ini dengan lebih mendalam lagi. Berita perkahwinan Mia Sofea ini adalah satu peluang keemasan baginya untuk kembali menjadi wartawan hiburan dan gosip nombor 1 di Malaysia, selepas takhta itu dirampas oleh seorang wartawan muda misteri yang dikenali sebagai "Si Gadis Bunga".

Si Gadis Bunga.

Itu adalah nama pena seorang wartawan hiburan misteri yang secara tiba-tiba menempa nama dalam bidang hiburan. Identiti sebenarnya masih tidak diketahui. Ada khabar angin mengatakan dia adalah wartawan hiburan otai yang menyamar perempuan muda sebagai gimik. Ada yang mengatakan Si Gadis Bunga itu sebenarnya lelaki. Ada juga yang mengatakan Si Gadis Bunga ini adalah sekumpulan wartawan hiburan yang bernaung di bawah nama pena yang sama.

Penulisan Si Gadis Bunga mengenai bidang hiburan tanah air adalah sangat menarik perhatian dengan lenggok bahasanya yang sangat sastera dan mudah difahami sambil bersulamkan sindiran 'troll'. Kecintaannya terhadap bidang hiburan tanah air samada dari segi pelakon, penyanyi, drama TV ataupun filem adalah sangat mendalam. Ini dapat dilihat berdasarkan ketelitiannya ketika menulis dan menceritakan mengenai perkara-perkara tersebut.

Penulisan yang bermula di laman facebook itu semakin lama semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya peminat hiburan tanah air. Akhirnya, Si Gadis Bunga ini mendapat tawaran untuk menulis di kolum ruangannya di akhbar, majalah hiburan dan portal hiburan popular tanah air.

Dalam sekelip mata, nama Si Gadis Bunga semakin naik dan akhirnya diiktiraf sebagai penulis dan wartawan hiburan nombor 1 di Malaysia, menenggelamkan beberapa nama wartawan otai yang lain.

Kak Ani menghembus nafas yang berat. Sudah sedaya upaya dia mencuba untuk melawan gaya penulisan Si Gadis Bunga, namun setiap kali juga dia telah gagal dan terus tenggelam.

Harapnya dengan isu Mia Sofea ini, dia dapat kembali menarik perhatian masyarakat. Dia harus mengalahkan populariti Si Gadis Bunga dahulu, sebelum dia dapat bersara dengan tenang dalam bidang penulisan hiburan ini...

*****

Terkejutnya 'Si Gadis Bunga' bukan kepalang.

Sedang dia bersembang dan bersenda dengan kawan baik dan gurunya, secara tiba-tiba dia menerima satu emel daripada orang yang tidak dikenali, memaklumkan mengenai perkara Mia Sofea yang bakal berkahwin dengan Dato' Azman.

Bagi "Si Gadis Bunga", ini adalah suatu perkara yang sangat besar dan boleh menjadi sejarah penting dalam kalendar industri hiburan tanah air. Ingin sekali dia pergi ke mejanya dan terus menulis mengenai perkara ini.

Namun, bila difikirkan kembali... setakat mana kebenaran cerita ini?

Benarkah Mia Sofea akan berkahwin?

Dengan Dato' Azman?

Nalurinya sebagai penulis dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan khabar berita ini. Ada sesuatu yang tidak mengikuti logik jalan cerita. Plot hole. Tapi apakah benda tu?

"Si Gadis Bunga" akhirnya mengambil keputusan untuk menyiasat dahulu berita ini. Buruk nanti padahnya jika dia menyebarkan berita yang tidak betul.

Biarlah lambat dalam menyampaikan berita, yang penting berita yang disampaikan itu adalah tepat dan benar.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now