Bab 46

994 31 1
                                    

"Dato' Azman....hahahaha!"

Mia Sofea ketawa mengenangkan gosip perkahwinan yang direka antara dirinya dengan Dato' Azman tersebut.

"Kenapa? Dia tak OK ke?" tanya Amin selepas itu.

"Ah, tak guna dia tu! Semua orang dalam industri dah tahu yang dia tu pakai duit bapak dia buat semua benda. Taja rancangan TV, taja drama semua tu duit dari bapak dia. Kalau ikutkan dia bukan ada duit sangat. Produk D'bayu bukannya ada orang beli pun?"

"Bangsawan..."

"Bangsatwan lah..."

"Ish, mulut! Hmm, kalau diorang gosipkan awak dengan orang lain?"

"Haa? Siapa?"

"Entah? VIP mana-mana ke, keluarga diraja ke..?"

"Ah, takde maknanya semua tu? Kan aku dah ada orang yang aku minat..."

"Hah?! Awak ada minat kat orang? S-siapa???" hampir melompat Amin dari bangku panjang dibuatnya selepas mendengar kata-kata Mia Sofea itu.

Manakala Mia Sofea memandang Amin dengan wajah yang pelik. Sesaat kemudian, Mia Sofea menampar wajah Amin. Tidaklah begitu kuat, namun bunyi tamparan tetap kedengaran.

Pap!

"Aduh!" Amin menggosok pipinya yang tidak sakit. Terpinga-pinga dengan perbuatan Mia Sofea. Mia Sofea pula bangun dari bangku panjang tersebut sambil ketawa kecil. Dia kemudian berjalan menuju ke tepian tasik.

Amin masih duduk di bangku panjang. Mengurut-ngurut dagunya memikirkan perbuatan aneh dari Mia Sofea tadi...

Ooohh!

Barulah Amin faham!

Dengan perlahan Amin bangun dan berjalan menghampiri Mia Sofea yang masih berdiri mengadap tasik. Amin berdiri di sebelah Mia Sofea. Kedua-duanya kini mengadap ke arah tasik sambil menikmati pemandangan dan melihat ragam manusia di sekitar tasik tersebut.

Walaupun mereka tidak bercakap hanya melihat pemandangan sahaja, kehangatan dan kemanisan cinta antara mereka tetap terasa.

"Kalau kat Malaysia takde macam ni kan?" Mia Sofea mula bersuara.

"Takde tasik? Laa.. Tasik kan banyak kat Malaysia?" jawab Amin berloyar buruk.

"Ish, kau ni! Bukan! Maksud aku takde nak duduk berdua macam ni. Kalau kat Malaysia duduk berdua macam ni tak sampai sejam mesti dah kecoh kat twitter, Facebook semua tu..."

"Hmm.. mana-mana pun tak apa..."

"Maksud kau?"

"Yalah. Bagi saya duduk berdua dengan awak kat mana-mana pun tak apa. Asalkan duduk berdua. Tempat tu tak penting. Kat taman permainan tadika yang kita jumpa itu hari pun tak apa. Yang penting, berdua..."

Mia Sofea diam tidak memberi sebarang reaksi sambil pandangannya masih terarah pada tasik. Amin pula buat-buat menggeletar badannya, "Eeii...macam jiwang pulak ayat saya tadi. Geli pulak.."

"Ha'ah! Jiwang!" Mia Sofea menyiku Amin dengan agak kuat. Terundur setapak dua Amin dibuatnya. Mia Sofea dengan wajahnya yang tampak kemerah-merahan itu kemudian berjalan pergi meninggalkan tempat mereka.

"Eh? Awak? Nak pergi mana?" Amin mengejar Mia Sofea dari belakang.

"Kau tidur mana malam ni?" tanya Mia Sofea.

"Saya plan carilah mana-mana hotel bajet kat sini. Mesti ada hotel bajet untuk backpackers kan?"

"Kau tidur kat hotel aku je lah!"

"Astaghfirullahal'azim.."

"Woi! Bilik lain-lain lah!"

"Tak mahal ke hotel tu? Takut pulak saya tengok hotel tinggi macam tu. Mesti mahal..."

"Takpe. Kau duduk je. Nanti aku uruskan. Aku claim dengan production."

"Hmmm...lepas tu bila awak nak balik Malaysia?"

"Kalau malam ni boleh balik, aku nak terus balik sebenarnya. Tapi kena setelkan banyak benda dulu. Kena bergaduh dengan orang untuk dapatkan balik phone dengan passport! Kena bergaduh dengan production semua!"

"Nak saya tolong?"

"Tak apa. Nanti lagi kecoh pulak bila libatkan kau. Lagipun mak pun ada sekali so tak perlu bimbang lah."

"Oh, ya. Makcik Hamidah..."

"Oklah tu. Duduk hotel ni kau boleh jumpa mak aku terus!"

"Hmmm..."

"Kenapa?"

"Alang-alang mak awak ada sekali, kita boleh bincang macammana nak patahkan fitnah perkahwinan awak dengan Dato' Azman tu. Sebab saya tak rasa benda ni simple setakat menafikan je. Benda ni melibatkan kepentingan politik. Mesti diorang dah plan macammana nak bagi untung benda ni kat diorang..." jelas Amin panjang lebar.

"Boleh jugak."

Amin terdiam seketika. Dia kemudian menoleh merenung wajah Mia Sofea. Timbul perasaan simpati dalam dirinya.

"Apa tengok-tengok?" kata Mia Sofea.

"Memang tak guna betul la orang politik semua ni..." kata Amin.

"Kenapa?"

"Sebab libatkan awak dalam hal diorang lah! Tak pasal-pasal kerjaya awak terjejas lepas ni.." Amin sedikit kecewa dengan perbuatan orang-orang politik yang mempergunakan populariti Mia Sofea ini sehingga boleh menjejaskan kerjaya Mia Sofea selepas ini.

"Tak apa. Sampai masanya memang kerjaya saya akan jatuh pun. Tak selamanya berada di atas, kan?" Mia Sofea tersenyum.

Kelihatan Amin masih lagi tidak berpuas hati.

"Ala kau ni. Rilek la.. lagipun kan aku dah bagitau dulu. Aku dah tak kisah pasal reputasi atau populariti semua ni. Yang penting..."

"Yang penting awak terus dapat berlakon, walaupun sekadar extra..." Amin tersenyum, dia masih teringat kata-kata Mia Sofea sewaktu ketika dahulu.

Mia Sofea turut tersenyum. Gembira Amin masih teringat akan kata-katanya.

"Err..awak nak pusing tasik ni lagi ke? Dah nak satu round dah kita pusing ni.." Amin bertanya kepada Mia Sofea.

"Bolehlah. Satu round lagi..okey?"

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now