Bab 70

988 26 0
                                    

Bertemankan cahaya petang yang redup, Amin membawa Mia Sofea berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolahnya. Amin membawa Mia Sofea melihat padang bola jaring, tempat pasukan bola jaring yang diuruskan Amin untuk berlatih, perpustakaan, kantin sekolah, makmal sains sekolah dan blok bangunan bilik darjah.

"Okey. 'Adik saya sudah boleh menunggang basikal'. Kamu tengok dan baca. Apa yang salah pada ayat ini?"

Pada ketika ini Amin dan Mia Sofea berada dalam sebuah bilik darjah tingkatan lima. Mereka bermain cikgu-cikgu yang mana Amin di hadapan mengajar manakala Mia Sofea menjadi anak murid duduk di meja paling hadapan.

"Err..apa yang salahnya cikgu? Betul kan ayat tu?"

Mia Sofea termangu-mangu memikirkan kesalahan pada ayat yang dirasakan betul itu.

"Ayat ni salahnya pada penggunaan 'boleh'. Perkataan 'boleh' hanya digunapakai apabila melibatkan hubungan keizinan dan kebenaran. Contohnya, 'boleh'kah saya membantu awak? Ataupun, awak tidak 'boleh' berbuat demikian. Ataupun, kamu 'boleh' menyertai pertandingan jika mematuhi syarat yang ditetapkan.."

Jelas Amin di hadapan kelas dengan panjang lebar. Manakala Mia Sofea pula mendengar dengan penuh tumpuan, seolahnya dia adalah seorang pelajar sekolah yang sebenar.

Mia Sofea mengangkat tangan. Dia ingin bertanya soalan.

"Ya, Mia?"

"Kalau perkataan boleh itu salah, apa perkataan yang betul cikgu?"

"Penggunaan perkataan yang betul kat sini ialah 'dapat'. Jadinya ayat yang tepat kat sini ialah 'Adik saya sudah dapat menunggang basikal'. Penggunaan-"

"Ohhh! Ha'ah lah baru sedap sikit bunyinya! Dapat!"

Belum sempat Amin menghabiskan kata-katanya, Mia Sofea terus memotong kerana terlampau teruja.

"Saya belum habis cakap lagi.."

"Ah, maafkan saya cikgu."

"Awak selalu macam ni kan?"

"Eh? Saya macam ni macammana tu cikgu?"

"Saya selalu dapat aduan daripada pelajar lain yang awak ni suka membuli. Awak selalu cubit, menyiku, mintak duit dari pelajar lain.."

Kata Amin dengan wajah yang serius. Manakala Mia Sofea pula sedaya upaya menahan ketawa.

"Alah, bukan salah saya cikgu! Diorang yang bagi duit kat saya. Saya ambiklah!"

"Awak menjawab ya? Awak nak kena hukum ni..."

Kata Amin sambil meletakkan kedua tapak tangannya di atas meja Mia Sofea.

Mia Sofea sedikit terkebil-kebil dengan perbuatan Amin tersebut. Wajahnya kemerahan melihat perbuatan Amin, ditambah lagi dengan perkataan 'hukum' yang disebut Amin sebelum itu.

"Err.. A-Apa cikgu nak buat kat saya ni?"

Tanya Mia Sofea sambil menelan air liurnya. Mia Sofea mula berfikir yang bukan-bukan...

"Apa yang saya nak buat kat kamu? Hehehe. Saya nak awak tulis karangan 2000 patah perkataan. Hantar kat saya besok! Hahaha!"

Kata Amin sambil ketawa. Manakala Mia Sofea pula tiba-tiba bangun daripada kerusinya dan menampar pipi Amin.

Pap!

"Aduh? Eh?"

Amin keliru dengan perbuatan Mia Sofea tersebut. Dia sempat terpandang wajah Mia Sofea yang kemerah-merahan sebelum Mia Sofea keluar dari kelas.

Mia Sofea marah ke? Apa aku dah buat? Amin bertanyakan dirinya sendiri.

"Eh? Jomlah kita pergi tempat lain pulak!"

Mia Sofea memanggil Amin. Amin semakin keliru dengan Mia Sofea. Sekarang nampak macam biasa, tak marah pula. Jadinya kenapa dia ditampar tadi?

Ah, Amin mengambil keputusan tidak memikirkan perkara ini lagi. Sememangnya perempuan ini adalah makhluk yang sukar untuk difahami!

Amin dan Mia Sofea terus berjalan berdua-duaan dan berbual sesama mereka, sehinggalah mereka kembali semula ke bilik kaunseling. Pada ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh malam. Amin mengajak Mia Sofea ke surau sekolah untuk mengerjakan solat Maghrib bersama-sama. Akan tetapi Mia Sofea menolak kerana uzur. Namun begitu Mia Sofea tetap mengikuti Amin ke surau, kerana dia enggan berada keseorangan di bilik kaunseling itu.

Berhampiran dengan surau kelihatan sebuah bangku panjang. Mia Sofea duduk di situ, menunggu Amin selesai solat maghribnya.

Usai sahaja solat maghrib, Amin kemudian mendatangi Mia Sofea di bangku. Duduk berduaan tanpa berbicara apa-apa sesama mereka. Hanya duduk dan melihat suasana malam dan sunyi di sekolah SMK Ibrahim Yaakub tersebut.

"Pak Guard tu tak ada lagi ke?"

Mia Sofea bertanya kepada Amin.

"Saya rasa tak ada lagi. Tak ada dengar bunyi motor pun. Tapi tak apa, jom kita pergi pondok pengawal. Kot-kot dia dah sampai ke?"

"Baiklah.."

Amin dan Mia Sofea bangun dari bangku panjang tersebut dan mereka mula berjalan ke pondok pengawal. Seperti yang dijangka, pondok pengawal masih bergelap menandakan pengawal keselamatan sekolah masih belum datang lagi.

"Ish..memang nak kena buang pak guard semua ni."

Amin mencengkak pinggangnya. Dia sudahpun berkira-kira untuk membuat aduan mengenai perkara ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Sekolah ini sebenarnya boleh terdedah kepada bahaya jika tiada kehadiran pengawal keselamatan pada waktu yang ditetapkan.

"Eh, ada basikal lah.."

Mia Sofea menjumpai sebuah basikal di belakang pondok. Kelihatannya basikal itu masih sempurna dan elok untuk digunakan.

"Basikal?"

Amin pergi ke belakang dan melihat basikal yang dikatakan oleh Mia Sofea itu.

"Basikal siapa ni eh?" tanya Mia Sofea.

"Saya rasa basikal budak-budak ni kot. Mungkin tinggal kat sini."

"Eh, kalau dia tinggal basikal kat sini, budak tu balik macammana?"

"Mungkin tumpang motorsikal kawan dia? Budak-budak sini ada yang bawak motorsikal."

"Kalau kita naik basikal ni balik rumah kau, macammana?"

"Naik basikal ni? Awak ni biar betul Mia?"

"Better dari jalan kaki kan? Atau duduk sini sampai lewat malam? Pak guard ni pun entah datang ke tidak.."

"Tapi awak kan selebriti. Bimbang pulak saya kalau orang mengata bila nampak awak naik basikal dengan saya."

"Kau ingat aku kisah dengan orang semua tu?"

"Err..tak?"

"Yes. Betul. Jadinya jom! Kita balik rumah awak, naik basikal ni lah. Boleh kan?"

"Err..."

Amin sebenarnya agak keberatan. Seperti yang dikatakannya tadi, dia bimbang jika perkara ini menjadi isu apabila ada orang ternampak Mia Sofea menaiki basikal dengannya.

'Mia Sofea menaiki basikal dengan seorang lelaki tidak dikenali'

Begitulah agaknya kot tajuk artikel yang keluar nanti..

Namun, memikirkan hari yang sudah melabuh malam Amin akhirnya mengambil keputusan untuk menerima cadangan Mia Sofea.

Mereka akan pulang ke rumah Amin dengan menaiki basikal!

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now