𝑃𝑎𝑟𝑡 3🍁

411 26 2
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Dia memboloskan diri dari perut kereta. Jam ditangan dikerling sekilas.

Dah pukul 11 malam..haihh lambat betul aku balik hari ni..

Kaki dibawa kearah pintu rumah nya. Tanpa salam terus dia membuka pintu rumah lalu masuk kedalam nya.

"Awal you balik" perli seseorang dari suatu sudut.

Tidak perlu Uwais berpaling untuk melihat, sudah dia tahu siapakah gerangan yang memerlinya. Malas mahu bertekak segera dia bergerak menuju kearah anak tangga lalu dipanjat nya.

Diandra yang melihat mula diserang sakit hati. Berani betul Uwais tidak mengendahkan nya!

Cawan yang berada di tangan Diandra hentakkan kuat keatas meja sebelum dia mengejar Uwais yang sudah sampai ke tingkat atas.

"You!" Panggil Diandra sambil kakinya laju memijak anak tanga satu persatu.

Sampai di bilik Diandra terus meluru kearah Uwais yang sedang membuka butang baju kemeja nya.

"You tak dengar ker apa yang I cakap?!" Meninggi suara Diandra pada Uwais yang langsung tidak mengendahkannya.

Uwais masih tidak melayan, dianggap sahaja Diandra bagai tiada didepan mata. Dia terlampau penat jadi dia tiada masa mahu bergaduh. Dia mahu berehat.

"Hakim Uwais!" Jerit Diandra kuat seraya tangannya menarik bahu Uwais sehingga suaminya itu berpaling menghadap dirinya.

Tajam Uwais memanah kearah Diandra namun sedikit pun tidak Diandra gentar. Lagi dibalasnya pandangan tersebut adalah.

"You pekak ker? I tengah bercakap dengan you lah!" Marah Diandra. Naik turun nafasnya ketika ini.

"I tak ada masa nak bertekak dengan you sekarang" jawab Uwais. Dia cuba bersabar dengan Diandra yang semakin meninggi suara dengan nya.

Kalau diikutkan baran dia ni mahu mati dia kerjakan Diandra tapi sebabkan sayang dia bersabar sehabis boleh.

Diandra smirk.

"You tak ada masa nak bertekak dengan I? Kenapa? Sebab you dah letih layan betina dekat luar sana tu ker?! Sebab tu lah you balik lambat!" Tengking Diandra kuat. Menyala merah matanya tanda dia begitu marah.

Uwais mengetap giginya kuat sehingga rahang yang jelas terbentuk. Diandra betul betul menguji kesabarannya.

"Jangan tinggikan suara you Dian, I'm your husband" tegur Uwais datar.

Diandra mentertawakan Uwais menganggap apa yang dikatakan Uwais itu sebagai bahan lawak.

"Husband? Kalau you tahu you tu husband I then jalankan lah tanggungjawab you as husband!" Balas Diandra dengan nada yang masih meninggi.

"Tanggungjawab? You cakap pasal tanggungjawab dengan I? Hey semuanya I dah buat lah untuk you, segalanya! I dah lakukan semuanya untuk you apa lagi yang tak cukup?!" Lawan Uwais. Dia letih dengan perangai Diandra.

Langsung tidak faham apa yang dimahukan oleh isterinya itu.

"Segala nya? Mana? Mana? I tak nampak pun, sikit pun I tak nampak! Yang I nampak ialah perangai you yang tak pernah berubah! Sentiasa balik lewat tak pernah langsung you fikir pasal I!.." Suara Diandra.

"Asyik asyik kerja! Kerja! Kerja! Itu jer yang you tahu!" Sambung Diandra lagi.

Uwais meraup muka nya kasar. Diandra pertikaikan tentang kerja? Dia balik lewat kerja bagai nak mati semuanya demi Diandra dan juga masa hadapan nanti.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now