𝑃𝑎𝑟𝑡 24🍁

355 20 23
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Dia menuangkan air ke dalam cawan lalu disuakan pada si sepupu. Fatihah menyisip air suam itu sebanyak dua kali lalu dikembalikan pada Qaseh semula.

Dia senyum manis pada sepupu kesayangan nya itu.

"Qaseh, kau tak nak balik ker? Esok kau kerja kan?" Tanya Fatihah prihatin. Setahu dia Qaseh memberitahunya bahawa gadis itu telah mempunyai clien baru.

Mana mungkin Qaseh boleh mengambil cuti sesuka hati. Qaseh membuat muka malasnya sebelum dia melabuhkan punggung dibirai katil hospital itu.

"Tak nak. Aku nak temankan kau malam ni, aku nak jaga kau" Balas Qaseh tidak mahu meninggalkan Fatihah keseorangan di hospital ini.

Fatihah senyum nipis. Tahu sangat dengan perangai keras kepala Qaseh ni.

"Qaseh, aku oky jer. Kau jangan lah risau... Balik yer? Esok kau kerja, kalau kau termasuk lambat macam mana? Nanti bos kau marah macam mana?" Pujuk Fatihah lembut seraya tangan nya mengusap sedikit bahu Qaseh.

Qaseh menggeleng tidak mahu. Dia mahu menjaga Fatihah. Dia risau kalau - kalau sepupu kesayangan dia ni diserang lagi.

"Taknak! Aku nak duduk sini. Aku nak jaga kau! Biarlah boss aku nak marah sekalipun, ada aku kesah?" Bidas Qaseh degil ya amat. Fatihah sengih hambar. Susah betul nak pujuk seketul Qaseh Amanda ni.

"Banyaklah kau tak kesah. Nanti aku juga yang kena menjawab dengan boss pasal kau! Jangan degil sangat Jejak Qaseh! Balik jom" Paksa Danny yang baru sahaja selesai dari solat Isya'.

Qaseh menatap Danny tajam. Kurang asam punya dodol, berani dia memaksa seorang Qaseh Amanda ya?

"Apa susah? Jawab jelah dengan boss! Kau tu banyak sangat alasan, tak reti nak membantu kawan langsung! Dasar dodol liat!" Balas Qaseh lantang. Danny membulatkan matanya besar.

Apa dia?! Dodol liat?!

"Dodol liat?! Kau tu yang liat tak sedar diri pulak!" Lawan Danny. Qaseh membuat muka beruk.

"Siapa yang liat? Aku tak liat oky! Aku bukan dodol! Kau yang liat, sebab kau tu dodol! Tapi dodol warna merah jambu, langsung tak menepati citarasa dodol!" Kutuk Qaseh depan - depan memerli rambut merah jambu Danny.

Berasap - asap Danny ketika ini. Qaseh ni harapkan muka jer ayu, tapi perangai! Nauzubillah! Ayu nya ke laut.

Fatihah sudah menggeleng kepala berkali - kali. Letih dia melihat perang mulut diantara Danny dan Qaseh. Nama sahaja bff, tapi bergaduh mengalahkan musuh antarabangsa.

"Dah - dah lah tu.." Kata Fatihah memberhentikan peperangan diantara dua pihak. Dia memandang Qaseh lama dengan satu pandangan lembut.

"Balik oky? Jangan risau tentang aku, in shaa Allah aku oky.. Dekat sini ada nurse, doktor. Kau jangan lah risau, diorang boleh jagakan aku" Pujuk Fatihah buat sekian kalinya.

Qaseh memandang Fatihah lama. Berat hatinya mahu meninggalkan Fatihah keseorangan.

"Haa! Dengar tu.. Over betul, macam lah hospital ni terbengkalai. Takde nurse dengan doktor apa semua. Suka sangat lah buat drama sinetron" Perli Danny membuatkan Qaseh panas hati semula.

Baru dia mahu membuat drama air mata. Terus tak jadi akibat mendengar perlian tahi ayam daripada seketul Dodol Danny!

"Diamlah! Sibuk jer.. Aku campak dalam kuali baru tahu!" Balas Qaseh sebelum dia menjeling Danny tajam. Danny membuat muka toya nya.

"Yerlah - yerlah.. Aku balik.." Balas Qaseh pasrah sambil memuncungkan mulutnya serupa itik katik.

Fatihah sudah senyum sedepa. Akhirnya! Qaseh mendengar juga pujukan dari dia.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now