𝑃𝑎𝑟𝑡 10🍁

324 19 30
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Pintu rumah dibuka dari luar. Matanya melilau di sekeliling rumah.

Lampu menyala?...

Setahu Uwais hanya dia sahaja yang berada didalam rumah ini kerana Diandra berada di rumah adiknya Lisa.

Mungkin kah?...

Kepala laju menoleh ke arah meja makan yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri, dan betul lah sangkaan Uwais. Diandra telah pulang ke pangkal jalan.

Dilihat nya Diandra yang sedang bertanggu sambil mata tidak lepas dari merenung Uwais dengan pandangan datar. Seakan dia sedang merancang soalan - soalan peluru berpandu pada suaminya.

Diandra senyum sinis. Bebola mata kemudian melirik ke arah jam yang tergantung kemas di dinding rumah.

"I syak pekerja you semua perangai macam you lah.. Jenis tak reti balik rumah awal and tak reti penat" Perli Diandra sarkistik. Dia melarikan anak mata bertentang dengan mata Uwais semula.

"Kenapa you tak balik tahun depan jer? Or should I siapkan satu ruang tidur dekat pejabat you? Well, you kan tak suka balik rumah" Sambung Diandra lagi dengan senyuman yang tidak manis langsung.

"You pula macam mana? Kenapa you tak stay je dekat rumah adik I tu sampai kiamat? You kan suka lari rumah" Balas Uwais semula.

Rasa - rasanya dia dah terlampau lama berdiam, jadi sekarang masanya untuk dia balas semula setiap butir bicara yang keluar dari mulut Diandra.

Diandra ketawa sinis.

"Wow! Impressive!.. You dah pandai lawan apa yang I cakap, ada kemajuan Hakim Uwais" Kata Diandra seakan menghina suami sendiri.

Uwais merenung Diandra tajam. Biadap sungguh isteri dia ni. Langsung tiada adab, sudah lah tak balik rumah! Sekarang bila balik semula buat perangai biadap pula.

"I rasa you dah lupa siapa I pada you Dian. You dah lupa apa status you sekarang, also you dah lupa apa hubungan kita sekarang ni. You nak I ingatkan you ke?" Balas Uwais sambil berpeluk tubuh dan badan disandarkan pada dinding rumah.

"Lupa? I yang lupa atau you yang lupa? Soalan tu sepatutnya di tuju pada you! Bukan pada I!" Bidas Diandra meninggi.

Uwais mengangkat kening nya sebelah sambil bibir tersenyum sinis melihat Diandra yang mula di amuk kemarahan.

"Day by day, you bukan lagi Dian yang I kenal. You bukan lagi the old Dian yang sentiasa berlembut dan manja dengan I.." Tutur Uwais.

"You dah berubah. I sampaikan dah tak kenal mana isteri yang dulu, mana Dian I yang manja yang mengada - ngada tapi comel.." Sempat lagi dia memuji Diandra. Diandra terdiam seketika.

"Yang ada sekarang cuma lah seorang Diandra Adryana yang ego, yang keras kepala yang biadap.. Yang tak tahu hormat suami dia sendiri" Kata Uwais lagi.

"You.. Kenapa I rasa yang you benci kan I Dian?" Tanya Uwais dengan mata yang sudah bertukar menjadi sayu.

Disebalik pandangan matanya itu, dia memendam rasa yang sudah lama dia mahu menyuakan. Diandra yang terkedu itu ditatap lirih.

Walaupun wajah nya terlihat beku, tetapi Diandra tahu Uwais terluka dengan nya. Dari pandangan rapuh Uwais mampu membuktikan segalanya.

Rapuh dan letih.

"Y-you, you mengarut apa? You jangan nak play victim dekat sini Is! You jangan nak buat I ni yang nampak bersalah dekat sini, sedangkan you yang bersalah!" Tengking Diandra.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now