𝑃𝑎𝑟𝑡 21🍁

283 17 7
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Saya pergi tandas dulu tau awak.." Kata dia sambil memandang ke arah jejaka itu. Lalu si jejaka laju menganggukkan kepalanya.

Dia melangkah menuju ke arah tandas yang berada didalam mall tersebut. Mata melilau - lilau disekeliling.

Sebelum dia menjumpainya, lalu dengan pantas dia menuju ke arah tandas tersebut tanpa disedari ada yang mengekorinya dari tadi.

Gadis yang mula memasuki tandas itu dipandang lama sebelum dia senyum sinis. Dia juga melangkah ke arah tandas tersebut dengan perlahan - lahan ayunan kakinya.

Berdetap - detup bunyi tapak kasut tumit tinggi yang dihasilkan apabila memijak lantai mall tersebut.

Dia berdiri di hadapan cermin tandas sambil tangan naik membetulkan rambut nya. Manakala si gadis itu tadi pula sedang ralit mencalit lip balm dibibir.

Dia melirik sekilas sebelum menegur si gadis dengan ramah.

"Hai!" Tegur Diandra sambil mata masih memandang ke arah cermin tandas. Fatihah terus menoleh ke arah Diandra.

Dia mengerutkan kening nya sedikit sebelum dia berkata.

"H-hai, me?" Tanya Fatihah sedikit blur. Dia takut kalau dia balas 'hi' nanti dia pula yang malu sekiranya gadis itu tidak bermaksudkan pada dia.

Diandra senyum manis sebelum dia menoleh ke arah Fatihah pula. Dia mengangguk laju.

"Yer, I hi dekat you.." Kata Diandra sambil mata langsung tidak lepas dari menatap Fatihah dengan satu pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

Fatihah mengangguk perlahan sebelum dia senyum semula pada Diandra lalu dia membalas.

"Hai pada awak juga. Cantik awak ni, kacukan ker?" Tanya Fatihah pada Diandra lemah - lembut.

Diandra ketawa kecil.

"Mana ada kacukan.. I memang orang sini, my father and mother orang malaysia. By the way, you pun cantik.. Cantik sangat.." Kata Diandra dengan senyuman.

Fatihah ketawa halus.

"Mana ada saya cantik. Saya ni, biasa -  biasa jer awak.." Kata Fatihah menunduk malu. Dia hanyalah gadis biasa! Cantik celah mana?

Tahupun kau.. Muka pun tak siap, ada hati nak rampas laki aku?!

Diandra masih statik dengan senyuman nya sebelum dia mata menangkap seutas jam tangan yang berada di pergelangan tangan Fatihah.

"Cantik jam you tu. You beli dekat mana?" Tanya Diandra walaupun, dia sememangnya sudah mengetahui dimana jam itu dibeli.

Fatihah menggeleng perlahan.

"Bukan saya beli jam ni. Saya tak mampu nak beli jam mahal macam ni.." Kata Fatihah sambil mengusap jam tangan tersebut.

"Then, tunang you yang bagi? Wah! Pandai tunang you carikan untuk you!" Kata Diandra dengan nada gembira yang dibuat - buat. Laju Fatihah menggeleng.

"Bukan tunang saya.. Dia orang yang saya.. Saya cinta, dia yang belikan untuk saya.." Kata Fatihah jujur sambil dia senyum manis melihat jam di pergelangan tangan nya.

Ya, Uwais yang memberikan pada dia. Sungguh dia langsung tidak meminta apa - apa dari Uwais. Tidak sangka pula dia yang Uwais akan membelikan dia jam tangan tersebut.

Kata Uwais itu sebagai tanda mereka menjadi sahabat. Fatihah mahukan lebih dari itu, tetapi dia juga perlu beringat bahawa Uwais mempunyai isteri yang sah.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now