𝑃𝑎𝑟𝑡 25🍁

363 20 13
                                    

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Mereka memesan makanan dengan khusyuk lalu pelayan tersebut mengambil order. Kemudian pelayan tersebut berlalu pergi sebelum berlalu sempat dia menunduk hormat pada mereka berdua.

Wajah Zarif yang berada di hadapan matanya dia pandang datar atas bawah dengan tangan disilangkan kedada.

"Asal kau ajak aku bincang dekat luar? Asal tak bincang dalam office kau jer?" Tanya Lisa yang dari tadi dia menahan bibirnya dari berbahas tentang ini.

Zarif diam seketika sebelum dia membalas pertanyaan Lisa.

"Saja. Lagipun, aku tak breakfast lagi.. So apa salahnya kalau kita bincang dekat luar jer, sambil - sambil tu boleh breakfast sekali" Balas Zarif bersahaja namun matanya di alihkan memandang ke tepi.

Lisa mengerutkan dahinya sedikit. Musykil, Zarif bukan nya jenis manusia yang akan membazirkan masa yang ada. Satu lagi, jarang dia nampak Zarif bersarapan diluar.

Selalunya tiap kali dia bertemu jejaka itu, pastinya Zarif telah bersarapan di rumah. Bak kata orang masa itu emas.. Dan bak kata Zarif pula dia tidak suka benda yang menyusahkan dia.

Alang - alang dah ada dekat rumah, apa salahnya kalau dia bersarapan terus? Yer tak?

"Suspicious.. I don't believe you.. Ker kau sebernanya nak elak dari pekerja - pekerja kau tu mengumpat pasal kau dengan aku? Sebab kita asyik berjumpa, camtu?," Teka Lisa mengena tepat dibatang hidung seketul Zarif Haikal.

Dia terkedu namun disorokkan reaksi sebenarnya.

"Nope. Memang betul aku tak sarapan lagi, tak ada kena mengena dengan diorang mengumpat pasal aku dan kau.." Balas Zarif menyembunyikan perkara yang sebenar.

Lisa senyum sinis.

"Jadi betullah diorang mengumpat pasal aku dengan kau? Dasar pekerja makan gaji buta! Orang suruh buat kerja lain, kerja lain pula yang diorang buat. Apa best sangat ker jaga tepi stokin kau tu?" Lancang Lisa berkata.

Zarif mengerutkan kening nya sedikit. Macam lain jer.. Bukan ker 'jaga tepi kain orang?' Tang mana pula tepi stokin? Kuban - kuban sahaja seketul Lisa ni.

Pandai - pandai dia jer nak ubah - ubah peribahasa tu.

"Kau ni, BM dulu fail ker? Jaga tepi kain orang lembab. Bukan jaga tepi stokin aku!" Balas Zarif bersahaja. Dia kalau berjumpa dengan si Bad girl sorang ni, dengan dia - dia sekali jadi kurang adab.

Memang pengaruh rakan tak sebaya lah Lisa ni, senang citer!

Tajam Lisa menatap Zarif Haikal.

"Persetankan lah dia nak jaga tepi kain siapa pun! Apa kena mengena dengan aku? Sekarang ni, masalahnya ialah kenapa pekerja tak bertauliah kau tu nak mengumpat pasal aku dengan kau?! Ada yang aku hancurkan mulut sekor - sekor tu kang," Baran Lisa secara tiba - tiba.

Terus Zarif menarik wajah ke arah lain. Dia pun tidak tahu mahu membalas apa. Pekerja - pekerja dia pun boleh tahan tak makan saman juga! Lain yang disuruh, lain yang dibuatnya.

"Kau jangan nak buat kerja gila. Tu pekerja aku, kau takde hak nak sentuh diorang" Kata Zarif memberi amaran bagi melindungi pekerja yang berada dibawah jagaanya.

Lisa membuat muka toya nya. Kesah apa dia? Dah kalau perangai tak rupa manusia elok, baik dia pecahkan jer mulut - mulut longkang sekor - sekor tu.

"Na,Na,Na.. What ever.. Baik kau ajar sikit pekerja kau tu, sebelum aku yang ajar diorang. Nanti sakit diorang kena, silap - silap mengucap pun tak sempat" Balas Lisa dengan penuh selambanya.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now